Profile picture
, 16 tweets, 6 min read Read on Twitter
Lemang periuk kera - tersepit antara amalan tradisi dan keperluan konservasi?
Periuk kera atau Nepenthes ini telah diketahui mempunyai hubungan istimewa yang disebut sebagai ‘mutually beneficial relationship’ dengan beberapa jenis haiwan seperti kelawar dan roden (keluarga tikus) terutamanya.
Spesies tikus/ tupai (Mountain treeshrew) selalu mendapatkan sumber makanan harian daripada periuk kera dimana tikus ini menjilat bahagian dalam periuk kera yang kaya dengan nectar (gula). Hasilnya – najis tikus ini akan dibuang dalam periuk kera yang akan menjadi baja.
Kajian daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) membuktikan terdapatnya kaitan unik diantara kelawar pemakan serangga (insectivorous bats) dan periuk kera karnivor (carnivorous pitcher plants) di kawasan hutan Borneo.
Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa adanya hubungan timbal balik di antara periuk kera dan kelawar di mana kelawar menjadikan pokok periuk kera sebagai sarang (roosting area) yang bebas daripada parasit dan pemangsa.
Sebagai balasan, najis kelawar menjadi baja kepada periuk kera. Selain itu, struktur unik pada periuk kera tersebut juga bertindak sebagai ‘acoustic reflectors’ yang boleh memantulkan kembali gema ultrasonik. Adaptasi ini membantu kelawar untuk kembali ke sarang mereka.
Bayangkan bagaimana kelawar ini nak kembali ke rumah (periuk kera) jika periuk kera telah hilang diambil? Mampukah kelawar tersebut selamat sementara mencari sarang yang baru?
Bagi yang tidak tahu – kelawar memainkan peranan yang penting dalam proses pendebungaan pokok durian. Tanpa kelawar, proses pendebungaan durian akan terjejas. Tanpa kelawar, durian mungkin tiada. Akan pupus. Adakah ini yang anda mahukan?
Periuk kera adalah tumbuhan yang mempunyai kadar pertumbuhan yang rendah, beberapa bulan untuk bertambah beberapa cm dan barulah 'pitcher' atau jug menjadi matang. Seterusnya mampu menarik kehadiran serangga atau mamalia.
Dalam kes lemang periuk kera - pengusaha berkata mereka menggunakan Nepenthes ampullaria yang merupakan salah satu pitcher plant yang common di Malesian region. Persoalannya - adakah semua pengusaha betul-betul hanya menggunakan N. ampullaria?
Bagi mereka yang menanam sendiri periuk kera ini untuk dijadikan sebagai kelongsong lemang - itu tiada masalah. Yang menjadi masalah adalah penuaian N. ampullaria liar di hutan secara tidak terkawal & kadangkala diambil sekali spesies lain kerana seakan sama?
Benda ni simple - apa2 pon kalau kita buat secara sederhana & terkawal, biasanya tiada masalah. Tetapi bila benda viral, pergi just kutip je periuk kera liar nak jual buat lemang - ini menjadi masalah sebab selalunya tamak & tak terkawal.
Sentimen inilah yang diutarakan oleh pakar taksonomi tumbuhan (we all respect him as the father of botanist in Malaysia) - Prof Emeritus Dr Abdul Latiff Mohamad - bukan hanya spesis Nepenthes ampullaria sahaja yang diragut, tetapi juga spesis lain seperti Nepenthes mirabilis.
Disebabkan itulah Prof Latiff telah memohon Jabatan Perhutanan untuk mewartakan semua 13 spesis periuk kera di Semenanjung Malaysia dan meletakkannya dalam spesis yang dipelihara & dipulihara supaya tidak diancam kepupusan.
Kami di @ZoologiMY tiada niat untuk merosakkan punca rezeki pengusaha lemang periuk kera. Our main concerns adalah apabila ada group pencari nepenthes yang begitu beria menunjukkan hasil pencarian mereka yang boleh dikatakan tidak terkawal. Banyak tahun ini, next year?
Anda mahu menyumbang kepada rosaknya ekosistem hutan yang selama ini tidak diusik oleh kita? Jika tidak, kembalilah kepada asal kita – lemang buluh & ketupat daun palas atau daun kelapa.

KAMI DI ZOOLOGIMY INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ZoologiMY
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!