Ad-Dien Profile picture
Author | Editor | addienabdulkadir@gmail.com | #PengalamanCovid #PengalamanVaksin ongoing
laniazanjang🇲🇾 Profile picture raimiredmi Profile picture 2 added to My Authors
4 Jun
Seberapa kuat ketenteraan 🇮🇱? Infografik ini memberikan jawapan ringkas.

1. 🇮🇱 berbelanja untuk ketenteraaan lebih banyak daripada 🇺🇸 dan kuasa besar dunia yang lain.
2. Negara pembekal senjata kepada 🇮🇱
3. Perbezaan jumlah bantuan yang diberikan 🇺🇸 kepada 🇮🇱 adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding bantuan kepada 🇵🇸
Read 9 tweets
3 Jun
Saidina Ali memang suka dengan Fatimah tetapi beliau lelaki yang miskin. Jadi beliau takut dan malu nak melamar Fatimah. Sampailah pada suatu hari, Abu Bakar yang datang melamar Fatimah. Tetapi lamaran tersebut Nabi tolak kerana Fatimah masih muda...
Kemudian Umar al-Khattab melamar Fatimah. Juga ditolak Nabi kerana Fatimah masih terlalu muda. Lalu bekas pembantu Ali maklumkan kepada Ali bahawa Fatimah telah dilamar dua sahabat besar itu. Kemudian Ali datang bertemu Nabi dengan penuh rasa segan...
Nabi bertanya datang kenapa, ada hajat apa? Ali tidak mampu jawab, hanya diam. Sampai Nabi kata,

لعلك جئت تخطب فاطمة؟
Jangan-jangan kamu nak melamar Fatimah?

Kemudian Ali mengakuinya dengan penuh segan bahawa dirinya tidak berharta. Lalu Nabi menyuruh...
Read 9 tweets
2 Jun
Sebahagian besar orang kita ni dalam otak dia dah set pelajar agama ni macam rahib, tak boleh nak buat benda normal yang manusia normal lain buat. Padahal kita pun orang biasa cuma study lain bidang je. Bercinta ke, ada hobi, ada minat sama macam orang lain tapi masih "menjaga."
Bila dah banyak belajar biografi umat terdahulu, dan bergaul dengan ramai orang... saya jadi lebih terbuka. Kalau jumpa kawan-kawan atau ustaz yang jenis chill ke atau tunjuk hobi dia yang agak "tak islamik" ke bagi saya benda normal rilek sudah. Tak jejaskan keilmuan dia pun.
Sebab tu nak judge orang ni kena ada objektif. Bagi orang belajar hadis, ilmu menilai orang (jarh wa ta'dil) ni sangat berguna dalam kehidupan. Lihat bagaimana Imam Ahli Hadis objektif dalam menilai dan membezakan sifat peribadi, hobi, keilmuan periwayat hadis. Bukan pukul rata.
Read 4 tweets
2 Jun
Saya dah baca/kaji biografi lebih 10 tahun, so saya dah jumpa banyak kisah cinta para ulama'. Putus cinta, mabuk cinta, cinta tak kesampaian, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta ditolak banyak lagi lah. Cuma masyarakat kita tak biasa dengan "sisi manusiawi" seorang ulama.
Ustaz @fakhrifadzli cakap pasal crush dia pun dah kena tohmah/judge macam-macam. Dia macam kalau orang agama ni tak boleh cakap pasal perasaan dan cinta, kena cakap pasal agama, ibadat, hukum je. Cinta ni taboo, cringe etc. Sebahagian orang kita ni terlebih sudu dari kuah. 😂
Padahal korang cakap pasal cinta lagilah cringe dan mengarut, tu belum lagi "dosa cinta".. Eh time dia tak cringe pulak, time orang agama tiba-tiba judge cringe. Tulah orang suruh belajar tak mau. Sibuk nak jadi internet polis, diri sendiri tak sedar ntah pape. Noob wkwkkw
Read 4 tweets
2 Jun
Betul, Rasulullah pernah melamar Ummu Hani tapi ditolak, bukan sekali tapi dua kali. Kisah ini antara yang saya tak sempat cerita dalam tour Asam Garam Rumah Tangga Nabi. Cinta ditolak adalah lumrah hidup. Seorang Nabi pun pernah ditolak cintanya. [Tabaqat al-Kubra 10/147]
Lamaran pertama Rasulullah ditolak kerana Ummu Hani memilih lelaki lain. Kemudian lelaki tersebut meninggalkan Ummu Hani kerana tidak mahu masuk Islam. Selepas menjanda, Nabi melamar sekali lagi namun ditolak kerana...
Ummu Hani merasakan dirinya sudah tua dan anak kecilnya pula ramai. Dia bimbang tidak dapat memenuhi hak seorang suami dan dalam masa yang sama hak seorang Ibu yang ramai anak. Boleh jadi dia juga malu dengan Rasulullah. Nabi memujinya sebagai antara sebaik-baik wanita Quraisy.
Read 4 tweets
1 Jun
Dosa kecil menjadi besar dari sudut taraf kesalahannya bukan kategorinya. Ia masih dosa kecil tapi level dosa itu lebih berat. Para ulama menetapkan kaedah pembeza antara dosa kecil dan besar antaranya, dosa besar itu dimutlakkan bila disebut khusus dalam al-Quran dan hadis.
Contohnya syirik, sihir, membunuh, makan riba, makan harta anak yatim etc. Ini semua disebut khusus dalam al-Quran maka ia termasuk dosa besar.

Kaedah lain, dosa besar dipadankan dengan ancaman khusus, laknat atau pun hudud. Dosa kecil pula disebut umum, dosa atau keburukan.
Dosa kecil boleh meningkat atau digandakan dari sudut "kualiti" atau taraf dosa tersebut atas faktor-faktor lain antaranya apabila dilakukan berterusan, dilakukan di bulan mulia, atau ditempat mulia seperti di kota Mekah etc. [Matalib Uli an-Nuha 2/385]
Read 6 tweets
1 Jun
Kisah Abu Hanifah dan "Ustaz" Penglipur Lara.

Penglipur lara, tukang dongeng atau orang yang banyak membawa cerita karut berwajah agama ini sudah wujud beribu tahun lamanya. Imam Abu Hanifah sendiri pernah berdepan dengan mereka kerana Ibu Imam Abu Hanifah percaya ustaz dongeng!
Ibu imam Abu Hanifah bertanya hal agama kepada Abu Hanifah lalu beliau memberikan fatwa kepada ibunya. Namun fatwa itu ditolak si ibu. "Aku tidak percaya dan aku hanya terima jika ustaz "Zar'ah" yang cakap begitu. Zar'ah ialah tukang dongeng yang selalu berada di Masjid.
Lalu Imam Abu Hanifah pun membawa ibunya berjumpa Zar'ah. "Ibuku ingin meminta jawapan masalah sekian sekian, berikannya fatwa," kata Abu Hanifah kepada Zar'ah. Zar'ah terkejut lalu berkata, "Engkau lebih mengetahui daripadaku wahai Abu Hanifah, engkau lebih layak memberi fatwa."
Read 12 tweets
31 May
Allah menyuruh kita takut kepadaNya, bukan takut teori konspirasi. Bukankah Allah berfirman:

ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين
Mereka merancang tipu daya, Allah juga merancang dan Allah itu sebaik-baik perancang [Ali Imran: 54]

Kamu lebih yakin konspirasi berbanding Allah?
Islam ini agama yang mementingkan ilmu. Seluruh cabang ilmu agama baik al-Quran, hadis, fiqh sehingga ke bahasa dan sejarah punya disiplin dan rujukannya. Konspirasi ini khabar yang tidak jelas. Anda malah lebih taksub dengan sesuatu yang tidak jelas berbanding ilmu yang jelas.
Allah menyuruh kita supaya menjauhi sangkaan dan sesuatu yang tidak jelas kerana ianya dosa [Al-Hujurat:12] tapi kamu malah mencari-cari sesuatu yang tidak jelas dan menyebarkan sesuatu yang tidak pasti kepada orang ramai. Bukankah itu suatu dosa yang nyata?
Read 4 tweets
19 May
Teringat diri saya 4-5 tahun yang lepas. Selalu macam ni, minta maaf dan rasa bersalah bila dibenci ramai orang. Lama-lama baru sedar, buat la baik or contribute banyak mana pun, orang akan cari dan nampak part kurang kita je. Ramai beef and join bandwagon lagi bila nak bash.
Orang mengaku kawan ke, orang agama ke, orang yang pernah minta tolong ke semua sama je bila personally beef dengan kita for no valid reason. Padahal tak pernah kacau orang pun. So, i stop being too nice and apologize since that. Block je orang yang kita rasa semak. You do you.
Rileks je kalau dibenci ramai orang. Saya yang takde kacau orang pun ramai orang benci sebab apa? Takde sebab kukuh pun. Mostly sebab bitter je. Orang-orang macam ni akan selalu tunggu dan cari aib dan salah kita, lepastu guna untuk bash. Itu jelah yang dorang mampu.
Read 4 tweets
17 May
Netanyahu @IsraeliPM, Perdana Menteri 🇮🇱 mengulas isu pengeboman pejabat berita Palestin yang menurutnya menjadi tempat pengganas Palestin merancang serangan keatas 🇮🇱.

Amaran, ulasannya mengandungi unsur 🤡 maksimum. #IsraelStopPlayingVictim #IsraelTerrorism
Netanyahu berkata "Salah seorang wartawan kata dia bernasib baik berjaya keluar. Tidak, itu bukan nasib baik. Anda berjaya keluar kerana kami berusaha menghubungi semua yang berada dalam bangunan dan kami pastikan bangunan itu dikosongkan. Baru kami hancurkan bangunan itu." 🤡
Netanyahu sebelum itu berkata "Ada pejabat perisikan untuk organisasi pengganas Palestin yang ditempatkan dalam bangunan itu yang merancang dan mengatur serangan keganasan terhadap orang awam 🇮🇱 maka bangunan itu menjadi sasaran yang sah." lapor akhbar Haaretz. 🤡
Read 5 tweets
17 May
Duta Besar 🇮🇱 @giladerdan1 bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB/UN) mengatakan pada minit 1:03:

"🇮🇱 menggunakan peluru berpandu untuk melindungi kanak-kanak. Hamas menggunakan kanak-kanak untuk melindungi peluru berpandunya." 🤡 #IsraelStopPlayingVictim #IsraelTerrorists
"🇮🇱 memandang setiap kematian orang awam sebagai suatu tragedi sedangkan Hamas memandangkan kematian orang awam 🇮🇱 sebagai suatu kemenangan." kata Gilad Erdan sebelum itu.

Hakikatnya: 🤡🇮🇱 #IsraelStopPlayingVictim Image
Benar-benar kena dengan namanya Gila(d) 🤡
Read 4 tweets
2 May
Cara nak dapat kelebihan Lailatul Qadar secara umum bagi orang yang berpuasa dan bagi mereka yang uzur termasuklah wanita haid, nifas dan keuzuran lain.

Adakah wanita haid ada peluang? Jawapannya dibawah. ⬇️✨
Secara umum bagi orang yang boleh berpuasa, syarat minimum untuk dapatkan kelebihan lailatul qadar dengan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Ini ialah pandangan Imam as-Syafie dan Imam Malik. [Raudhah al-Tolibin 2/390, Lataif al-Ma'arif 1/185]
Disisi Mazhab Syafie, hidupkan ibadah malam Lailatul Qadar ada 3 level. Level 1 (Top tier); Memperbanyakkan solat sunat. Level 2: Banyak zikir. Level 3 yang paling minimum iaitulah solat Isyak dan Subuh berjemaah. [Nihayah al-Zain 1/198]
Read 7 tweets
1 May
Tak pernah terfikir ada orang buat sistem dan hub kumpul barang hilang macam ni. Rupanya orang Jepun dah buat dengan sangat power. Dalam Islam, ini termasuk hukum Luqatah (harta hilang orang lain yang dijumpai). Ajaran Islam terkadang ditemukan lebih baik di negara bukan Islam.
Tak salah untuk kita belajar dan ambil contoh kebaikan daripada negara bukan Islam. Tambahan ia sangat dekat dengan ajaran Islam. Why not kerajaan buat sistem dan hub macam ni. Dapat tingkatkan kualiti hidup masyarakat, keselamatan, dan peluang pekerjaan.
Bayangkan kalau Malaysia buat hub dan sistem ni, seluruh negara atau setidaknya bandar besar. Banyak peluang pekerjaan akan tercipta sebab benda ni perlukan sistem dan tenaga kerja yang ramai. Rakyat dapat kerja, orang hilang barang dapat barang balik. Semua happy. Cubalah!
Read 5 tweets
27 Apr
Adik Lutfi Huwallaziii comeback stronger! You will amaze with his ability. 9 tahun baru weh!!! 🥳👏🏻✨
Part 2. Pujian dan reaksi panel. ✨
Last part. Kata-kata akhir adik Lutfi. Terbaik, thanks #GengNgaji dan team. ☺️
Read 5 tweets
26 Apr
Isu Pendidikan Islam di IPT, sekadar pandangan peribadi saya. Bagi saya pendidikan Islam penting dan relevan di IPT mahupun sesudahnya. Cuma saya fikir perlu ada perubahan content dan cara penyampaian yang lebih segar. Make it fun learning and engaging. Contohnya:
1. Topik yang diajar.

Saya fikir topik asas seperti yang dah diajar di sekolah tak perlu diulang lagi di IPT. Topik pendidikan Islam yang lebih membuka minda dan praktikal kita bawakan. Contoh, topik berkaitan sirah Nabi. Kita ada banyak buku sirah untuk dijadikan silibus. ImageImageImageImage
- Topik Munakahat [Perkahwinan]

Kita sedia maklum rata-rata pelajar IPT bercinta di kampus. Why not ajar hukum-hakam perkahwinan, kursus kahwin dan undang-undang syariah berkaitan kahwin, cerai etc so nanti lepas IPT, graduan tahu apa nak buat. ImageImageImageImage
Read 18 tweets
19 Apr
Para Salafussoleh bila masuk Ramadan, mereka sibukan dengan al-Quran sampai berhenti buat benda lain. Kata al-Rabi' bin Sulaiman:

كان الشافعي يختم القرآن في شهر رمضان ستين ختمة
Imam As-Syafie khatam al-Quran di bulan Ramadan sebanyak 60 kali. [Siyar A'lam an-Nubala 10/36]

Kita?
Kita takkan mampu khatam sebegitu tapi tak bermakna kita tak boleh berusaha yang terbaik. Patutnya bulan Ramadan ni kita paling banyak spend time dengan al-Quran. Ia turun di bulan ini, Nabi pun belajar al-Quran bila tiba Ramadan. Kita Ramadan sampai pun, malas buka Quran...
Tiada kewajiban suruh khatam waktu Ramadan. It's all about apa effort terbaik kita boleh bagi untuk luangkan masa dengan Al-Quran. Khatam bacaan ke, Baca konsisten tiap hari ke, belajar mengaji semula ke, belajar tafsir etc. Tanya diri, apa effort untuk al-Quran bulan Ramadan ni?
Read 5 tweets
16 Apr
Saya belum berjaya mana tapi dari dulu selalu ingatkan diri apa yang saya ada, pinjaman Tuhan semuanya. Duit cukup ditangan bukan dihati. Kurang duit, saya beriman dan bersyukur. Bila berduit, semakin nak lagi beriman dan bersyukur. Apapun status saya, tak pernah lupa akhirat.
Sebab ramai tanya tips kaya etc, saya pun tak tahu nak jawab sebab saya tak rasa saya kaya mana. Saya malu nak ngaku kaya padahal banyak benda saya kurang dan tiada. Saya percaya, saya lebih senang memberi dan bantu orang mana termampu, nanti Allah bagi rezeki lebih lagi.
Saya dah terbiasa hidup sederhana. Jarang saya berbelanja besar selama hidup ni kecuali untuk keluarga. Untuk diri sendiri sangat jarang. Masa keluar beli gadget baru ni pun kawan terkejut tengok wallet lusuh. Saya masih pakai wallet zaman belajar, beli kat pasar malam rm15. 😅
Read 4 tweets
17 Dec 20
Kita kena selalu latih diri bersangka baik dengan orang lain. Setiap zann (sangkaan) kita terhadap orang, pada dasarnya mencerminkan keadaan hati. Kata Nabi:

إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث
Berhati-hatilah terhadap buruk sangka kerana ia sedusta-dusta bicara.[al-Bukhari]
Pernah dalam suatu Perang, sahabat Nabi bunuh pasukan Kafir perang lepas mereka mengucap Syahadah. "Dia ucap sebab nak selamat je, bukan ikhlas pun"

Nabi marah lalu jawab:

أفلا شققت عن قلبه حتى تعلم أقالها أم لا
"Adakah kau dah belah dada dia sampai tahu ikhlas atau tidak?"
Orang Kafir yang tiba² Syahadah di medan perang pun Nabi tak bagi main bunuh. Jangan main sangka buruk dan terus hukum. Orang kafir weh! Inikan sesama agama. Sebab tu kena check balik, kalau senang sangat asyik buruk sangka kat orang, sebenarnya diri sendiri yang bermasalah.
Read 6 tweets
17 Dec 20
Semalam sebelum tidur baru teringat belum belikan hajat Ma dan adik beradik saya bulan ni. Lupa sebab busy sangat. End up total habis almost 2k. Tadi, tiba-tiba dapat offer job lebih dari nilai saya habis semalam. Tak sampai 24 jam. Termenung jap rasa ajaib sangat rezeki... 😭✨ ImageImageImageImage
Pastu saya gi makan, berbekal sambal hitam Ma kirimkan. Saya terus rasa nak nangis sebab saya macam dapat rasa semua ni berkat doa Ma. Entah apa yang Ma saya doakan saya pun tak tahu tapi saya rasa berkatnya...
Tbh kan 3 bulan ni saya takda pun beli pape as self reward. Bila nak beli phone baru ke, apa ke mesti teringat family kat kampung ada pape lagi ke nak. Last² tak jadi beli. Dia macam takde nafsu nak beli barang mahal² untuk diri sendiri...
Read 8 tweets
26 Sep 20
Komen ringkas isu Poligami;

1. Poligami termasuk syariat Islam.

2. Nabi amalkan poligami. Tapi bukan semua amalan Nabi jika diikuti menjadi sunnah yang berpahala. Jika salah, boleh jadi makruh dan haram.

3. Nabi ada 11 isteri: 10 orang janda ramai anak, 1 orang saja anak dara.
4. Kebanyakan isteri Nabi adalah janda kematian suami di medan jihad. Anak tiri yang ditanggung Nabi lebih kurang 16 orang.

5. Poligami tidak sunnah kepada semua lelaki.

6. Tidak boleh membenci poligami sekalipun tidak berminat mengamalkannya. (Rujuk poin 1)
7. Poligami yang tidak mengikut petunjuk dan tauladan Nabi, bukan poligami sunnah.

8. Dalam mazhab Syafie, poligami hukumnya mengikut keadaan lelaki. Boleh jadi harus, sunat, makruh bahkan haram.

9. Tidak mengapa tak amalkan suatu sunnah, jangan pula sampai membencinya.
Read 7 tweets
16 Sep 20
Sebab ramai tanya so saya cerita sikitlah tentang SuperPark Malaysia ni. Lokasinya di Avenue K Mall, sebelah KLCC. Harga sepanjang PKP ni lebih murah daripada harga asal, RM35 boleh main 2 jam. Masa boleh pilih ikut sesi mana korang nak. Buka setiap hari dari jam 11a.m-7.30p.m. ImageImage
Ada lebih 20 permainan korang boleh main. Tak kisah lah nak main sorang² ke, nak main dengan kawan² ke, family ke semua boleh. Tapi semalam pergi, ada 2-3 permainan ditutup sebab nak jaga hygiene or tak selamat nak main time covid ni. Yang lain haa main la sampai penat! Image
Okay nanti masuk kat pintu tu korang kena isi maklumat diri dalam tablet yang disediakan. Dia tanya "ade booking tiket online tak?" Yes, boleh booking online. Kalau takde pun takpe, direct ke kaunter. Boleh pakai cash atau swipe wave card like a boss. 🤧 Image
Read 16 tweets