ح.ف.ت.ش.ا تويت Profile picture
Kewangan (UM, CFA L1) | Fizik (USM RPJJ) | Shariah (Diploma Modular, KDH)
2 Dec
Bila kita baca Surah Al-Baqarah:2, kita akan dapati bahawa Al-Quran ini
هدى للمتقين
Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.

Dan kita akan dapati banyak ayat Al-Quran yang menyuruh manusia bertaqwa.
Persoalannya, apa yang dimaksudkan dengan taqwa?

Ayuh kita teliti.
Antara pengertian taqwa yang kerap digunakan ialah pengertian yang disandarkan kepada Saiyidina Ali RA:

Taqwa ialah takutkan Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan, redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.

Ada definisi lain yang diberi? Ada.
Menurut Saiyidina Abdullah ibn Mas'ud RA, taqwa ialah:

Kamu sentiasa mengingati Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari.

Saiyidina Ibn Mas'ud tak memasukkan elemen 'takut kepada Allah' sebagai sebahagian dari takrifnya.
Read 19 tweets
1 Dec
Menarik. Menurut komen anon Curiouscat, Nabi SAW bersabda bahawa jika manusia mengetahui apa yang ada pada halba, nescaya mereka membelinya dengan emas.

Persoalannya, apakah status hadis ini?
Adakah hadis ini boleh diamalkan?

P.s: Ini hanya ringkasan.
Jika kita selidiki, ada hadis yang mirip maknanya, berbeza sedikit lafaznya dalam Mu'jam Kabir at-Thabarani.

Teksnya seperti dalam gambar yang diselitkan.
Jika kita teliti perawi hadis yang dinukilkan Imam at-Tabarani, terdapat perawi yang bermasalah seperti Sulaiman bin Salmah.
Apa masalah dengan dia?

Ibn al-Jauzi menukilkan dalam kitabnya Ad-Dhuafa wal Matrukin akan statusnya oleh ahli Jarh wa Ta'dil.
Dia digelar: Kazzab. Hadisnya matruk.

Pendek kata, dia ini dikenali sebagai pendusta hadis dan hadis riwayatnya ditinggalkan.
Aduhai.
Read 12 tweets
30 Nov
Antara frasa menarik dalam Al-Quran ialah:

يمحق الله الربا ويربي الصدقات
Allah kurangkan pertambahan dan tambahkan sedekah
(Al-Baqarah:276)

Ia menarik dari 2 aspek:
- Allah kurangkan riba
- Allah tambahkan sedekah

Fokus bebenang ini ialah pada: menambah sedekah.
Jika kita perhatikan, Allah SWT berfirman bahawa Dia akan kurangkan riba, dan akan tambah nilai sedekah.

Erti riba dari segi bahasa ialah pertambahan.
Boleh rujuk disini:

Bila kita faham erti riba, kita akan mula rasa 'eh, wah, sekejap'.
Sebab apa?
Sebab pemilihan perkataan oleh Allah SWT dalam ayat ini amat menarik.

Cuba kita lihat:
يمحق الله الربا
Allah mengurangkan riba (riba dari segi bahasa ialah pertambahan).
dan
ويربي الصدقات
Dan tambah nilai sadaqah.
Sedekah, secara zahirnya akan kurangkan amaun harta.
Read 11 tweets
28 Nov
Soalan bagus.
Melakukan jual beli saham daripada analisis graf/carta saham, adakah ia judi?

Analisis graf/carta saham (dan pasaran komoditi, kontrak niaga hadapan[futures] dsb) ialah sebahagian dari analisa teknikal.

Adakah ia judi?
Ayuh kita lihat jika keduanya sama. Image
Sebelum kita mendalami idea di sebalik analisa teknikal, kita teliti apa itu judi.

Imam Ibn Hajar al-Haitami menakrifkan judi sebagai pertaruhan.
Perhatikan kalimah 'pertaruhan'.

Judi ialah pertaruhan yang boleh jadi dimenangi, atau berakhir dengan kerugian.
Apapun, ia haram.
Pengharaman judi jelas dalam Al-Quran.
Allah SWT arahkan kita untuk jauhi judi, seperti dalam Al-Maidah:90,

يا أيها الذين آمنوا إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون

Ayat ini menyeru kita untuk jauhi judi (antaranya) agar kita berjaya.
Read 11 tweets
28 Nov
1. Ayat Al-Fatihah bukti Baginda SAW itu zat Allah?
2. Frasa Innallah ma'ana bukti Baginda SAW itu Allah?
3. Autoriti hadis nasakh hukum Al-Quran bukti Baginda SAW itu Allah?

Ayuh kita teliti.
P.s: Kenyataan pelik di Curiouscat den bukti bukan semua layak berijtihad. Image
1. Apakah erti sebenar:
الحمد لله رب العالمين
Segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam?

Dari segi zahir, kita memahami bahawa ia bererti Allah SWT layak dipuji dengan segala kesempurnaan, dan kita memuji Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan olehNya.
Allah SWT juga berfirman:
وقل الحمد لله
Dan katakan: Alhamdulillah
(Al-Isra:111)

Ayat pertama surah Al-Fatihah bukan ayat yang menyatakan bahawa zat diriNya ialah Nabi Muhammad SAW.
Namun, ia merupakan seruan untuk ucapkan Alhamdulillah dan memujiNya atas kuasaNya.
Read 19 tweets
27 Nov
Kenapa Ijtihad bukan benda mudah?
Satu persoalan menarik.

Ijtihad bukan perkara mudah. Ia bukan semudah baca Al-Quran dan Hadis, kemudian terus buat kesimpulan dan hukum-hakam darinya.

P.s: Soalan di Curiouscat ini discreenshot pada jam 3:00 petang tadi. Baru buat bebenang.
Jika kita teliti kalimah 'Ijtihad', ia merupakan masdar (kata nama terbitan) berpola
افتعال
yang bererti untuk berusaha bersungguh-sungguh.

Maka, ijtihad ialah sesuatu yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan usaha yang keras.

Ia bukan perkara mudah.
Mujtahid pula ialah isim fail atau kata nama pelaku, bagi seseorang yang melakukan ijtihad ini.

Dari segi bahasa pun, kita dapat lihat bahawa ijtihad bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha keras.

Baik, apa pula erti ijtihad dan mujtahid dari segi istilah?
Read 25 tweets
27 Nov
Dalam Surah Al-Kahfi:108, Allah SWT berfirman bahawa syurga Firdaus ialah tempat bagi golongan yang beramal soleh.

إن الذين آمنوا وعملوا الصالحات كانت لهم جنات الفردوس نزلا

Apakah hebatnya Jannatul Firdaus?
Ayuh kita teliti Jannatul Firdaus dari segi:
1. Bahasa
2. Dalil
1. Dari segi bahasa, Jannatul Firdaus ialah kombinasi 2 perkataan yang sangat unik iaitu:

i. Jannah
ii. Firdaus

Apa etimologi dan signifikannya 2 kalimah ini, sehingga dinamakan Firdaus lebih unik berbanding nama syurga-syurga lain dalam ayat Al-Quran dan Hadis?
i. Kalimah
جنة
Jannah
Berasal dari akar kalimah
جنن

Ia merupakan perkataan yang berasal dari akar Semitik, Gann.
Ia boleh difahami sebagai taman.

Erti asal dalam konteks Semitiknya ialah berehat atau santai di taman.
Ia juga digunakan bagi taman yang ada banyak tanaman/kebun.
Read 20 tweets
26 Nov
Berita untuk semua pelabur saham Bursa Malaysia yang mencari rezeki halal:

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SAC SC) telah keluarkan senarai saham patuh Syariah baru berkuatkuasa 27.11.2020.

Berikut ialah info tentang perubahan status patuh Syariah saham.
Alamak! Saya ada beli saham Malaysia Smelting Corporation!

Macam mana ini? Jika dah untung, jual segera.
Jangan ragu, jangan malu. Jual segera.

Sabda Baginda SAW, kita akan ditanya akan sumber rezeki kita seperti pada frasa hadis ini:

وماله من أَين اكتسبه
(HR Tirmizi)
Jika beli saham Malaysia Smelting Corporation pada RM 0.60 seunit, dan pada waktu senarai ini dikeluarkan, harganya RM 0.85 seunit - maka perlu dijual segera pada harga pasaran dan untungnya halal untuk disimpan.

Jangan alpa dan leka, dan telitilah sumber rezeki yang halal.
Read 8 tweets
26 Nov
1. Adakah hanya 'great traits' disebutkan tentang anjing dalam Al-Quran?

2. Dalam mazhab Syafi'e, anjing itu najis. Apakah dalil disebaliknya?

3. Adakah benar ia 'personal preferences' atau ia dibelakangi metodologi/usul?

Ayuh kita teliti kenyataan yang tak cerdik ini.
1. Adakah Al-Quran jelaskan 'great traits' sahaja tentang anjing? Tak.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A'raf:176,

فمثله كمثل الكلب إن تحمل عليه يلهث أو تتركه يلهث ذلك مثل القوم الذين كذبوا بآياتنا فاقصص القصص لعلهم يتفكرون

Apa ertinya?
Lihat di untaian berikutnya.
Maka bandingannya seperti anjing, jika kau halaunya, ia jelirkan lidahnya termengah-mengah, dan jika kau biarkannya, ia juga jelirkan lidahnya termengah-mengah. Itulah bandingan bagi kaum yang dustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.
Read 12 tweets
25 Nov
Assalamualaikum.
Den Haikal.
'Acah' penganalisis, pedagang saham separuh masa.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UM.
Kini usaha dapatkan CFA (Lulus L1, L2 incoming)

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Fizik (Jarak Jauh) USM
Diploma Syariah (Modular) di Kolej Dar al-Hikmah ImageImageImageImage
Akaun ini bertujuan untuk luahkan perasaan dan berinteraksi sebenarnya.
Juga untuk baca untaian mereka yang hebat dalam ilmu sains, agama dsb.

Ciapan den tak berfaedah mana pun. Harapnya ada lah faedahnya, (kalau ada).

Hobi den?
Baca Light Novel Jepun, Touhou, KDrama.
Inspirasi (selain Rasul dan Sahabat RA):
1. Imam Abu Hanifah
2. Imam Abu Mansur Al-Maturidi
3. Imam al-Ghazali
4. Imam an-Nasafi
5. Michael Merzenich
6. Richard Axel
7. Arthur Ashkin
8. Richard Feynman
9. Warren Buffet
10. John Bollinger
Semoga dapat ikut jejak mereka.
Read 4 tweets
25 Nov
Teringat Al-Furqan:30,

يارب إن قومي اتخذوا هذا القرآن مهجورا
Wahai Tuhan, sesungguhnya kaumku
اتخذوا
Al-Quran ini sebagai
مهجورا

Ia sering diterjemah sebagai:
Wahai Tuhan, sungguh kaumku jadikan Al-Quran ini sebagai sesuatu yang ditinggalkan.

Ada uslub menarik dalam ayat ini.
Jika kita teliti, kalimah
اتخذوا
berasal dari akar kalimah
أخذ
yang bererti ambil.

Kalimah
مهجورا
pula berasal dari akar
هجر
yang bererti tinggalkan, berpisah.

Jadi, ayat ini difahami begini:
Wahai Tuhan, sungguh kaumku mengambil Al-Quran ini sebagai sesuatu yang ditinggalkan.
Bayangkan, Allah SWT berfirman akan kata-kata Nabi bahawa Al-Quran ini diambil sebagai sesuatu yang ditinggalkan.

Ia bukan sekadar 'Al-Quran ini ditinggalkan'.
Tetapi ia lebih tepat difahami sebagai:
'Al-Quran ini mesti dilihat sebagai entiti yang mesti ditinggalkan'.
Read 9 tweets
22 Nov
Memahami ayat:
ونحن أقرب إليه من حبل الوريد
Dan Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya
(Qaf:16)

Apa kefahaman sebenar ayat ini?

P.s: Lepas ni den memang tak layan komen pelik sebegini di Curiouscat den. Haiih lah, kenapalah kronik sebegini dalam memahami nas.
Cuba kita teliti secara penuh ayat yang dihujahkan.

ولقد خلقنا الإنسان ونعلم ما توسوس به نفسه
Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dan tahu apa yang dibisikkan hatinya.

Kemudian baru diikuti:
ونحن أقرب إليه من حبل الوريد
Dan Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya
Dari sini, mufassirin seperti Al-Baghawi berkata bahawa dekat disini ialah dekatnya ilmu Allah, bukan ZatNya.

Kerana apa? Kerana Allah mengetahui apa yang tersembunyi dalam jiwa manusia, dan diberikan bidalan 'hampirnya', iaitu ilmuNya lebih hampir dari urat leher manusia.
Read 18 tweets
21 Nov
Antara kesalahan fatal dalam memahami nas syarak ialah mengabaikan Usul Fiqh.

Dalam ilmu Usul Fiqh, ada perbahasan bab Al-Am.

Apa itu Al-Am?

P.s: Ini komen yang diajukan di Curiouscat den.
Fokus den ialah menjawab tafsiran songsang.
Apa itu Al-Am?
Al-Am ialah lafaz yang meliputi keseluruhan makna yang sesuai dengannya berdasarkan satu peruntukan

اللفظ المستغرق لجميع ما يصلح بحسب وضع واحد

Contoh:
Lelaki.
Bila kita sebut 'lelaki', ertinya semua yang memenuhi kriteria lelaki tergolong dalamnya.
Tak kiralah dia orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, tinggi, pendek, gelap, cerah, kuning langsat - jika dia memenuhi kriteria lelaki, maka dia termasuk dalam kategori lelaki.

Buruh: Tak kiralah apa kerjanya, berapa umurnya, apa bangsanya, selagi dia pekerja - dia buruh.
Read 21 tweets
20 Nov
Bila baca Surah Al-Kahfi:1,

الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا

Segala puji bagi Allah yang telah turunkan kepada hambaNya Al-Kitab, dan tak jadikan padanya kebengkokan.

Teringat mereka yang 'berhujah' guna Al-Quran demi benarkan hujah dongengan Bumi Rata.
Menurut golongan Bumi Rata, Al-Quran mengesahkan bahawa bumi itu rata.

Menurut mereka, jika bumi bukan rata - maka kita telah mendustakan Al-Quran.

Dan jika bumi benar-benar bukan rata, maka Al-Quran telah silap.

Namun, adakah cara mereka memahami Al-Quran benar?
Al-Quran tiada kesalahan dan pemesongan.

FirmanNya:
ولم يجعل له عوجا

Apa ertinya? Ertinya, Al-Quran yang diturunkan Allah SWT tiada sebarang pemesongan, kebengkokan.

Namun, mereka yang tak faham Al-Quran yang 'memesongkannya'.

Bagaimana? Dengan salah tafsir Al-Quran.
Read 9 tweets
16 Oct
Dalam Al-Kahfi:54,

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل وكان الإنسان أكثر شيء جدلا
Dan telah Kami Sarafna dalam Al-Quran ini bagi manusia dari segala perumpamaan, dan adalah manusia itu terbanyak Jadala dalam sesuatu.

Apa erti ayat ini?
Apa erti kalimah Sarafna dan Jadala?
Perhatikan ada 2 perkataan menarik yang Allah SWT himpunkan dalam 1 ayat iaitu:

1. Sarafna
2. Jadala.

Kenapa Allah SWT hubungkan 2 perkataan ini dalam 1 ayat?
Apa erti Sarafna dan Jadala?
Apa signifikannya?
Apa nilai dari ayat ini?

Sempena hari Jumaat, ayuh bedah ayat ini.
Seringkali, jika kita lihat terjemahan Al-Quran;

ولقد صرفنا في هذا القرآن للناس من كل مثل
Dan telah kami Sarafna dalam al-Quran ini untuk manusia dari segala bentuk perumpamaan.

Sarafna diterjemah sebagai jelaskan.

Namun, apa erti Sarafna yang sebenarnya?
Read 25 tweets
15 Oct
Bila baca kisah-kisah di Internet, teringat firman Allah SWT:

هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون
Adakah sama mereka yang berilmu dan yang tak berilmu?
(Az-Zumar:9)

Di sini, Allah SWT bertanya akan keadaan orang berilmu dan yang tak berilmu.

Samakah mereka?
Jawapannya mudah: Tak sama.

Allah SWT angkat darjat orang berilmu dari kalangan orang beriman dengan beberapa darjat seperti firmanNya dalam surah Al-Mujadilah:11

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات

Lihat, ini bukti golongan berilmu lebih mulia disisi Allah.
Diriwayatkan dalam tafsir Imam at-Tabari berkenaan ayat ini bahawa Mutarrif bin Abdullah, ulama Tabi'in Basrah berkata:

Kelebihan ilmu lebih aku cintai dari kelebihan ibadah.

Ini antara bukti kelebihan golongan berilmu.

Maka, kita patut berusaha menjadi golongan berilmu.
Read 13 tweets
14 Oct
Terdapat 2 kalimah yang digunakan dalam konteks Allah SWT utuskan Rasul iaitu:
بعث و رسل
Ba'asa dan Rasala.

Kenapa Allah SWT gunakan 2 perkataan ini?
Apa ertinya?
Apa bezanya jika ada?
Apa pengajaran yang boleh diperolehi daripada 2 kalimah ini?
Akar kalimah
رسل
boleh membawa beberapa erti seperti:

1. Membacakan/menuturkan
2. Menyampaikan
3. Mengutuskan
4. Menghantar
5. Mesej

Kalimah Rasul pula bererti
ذو رسالة
Pemilik risalah, pemilik mesej untuk disampaikan
(Lisanul Arab, Taj Al-Arus min Jawahir al-Qamus)
Maka, ketika Allah SWT guna kalimah

رسل

dalam ayat Al-Quran untuk gambarkan tugas para Rasul, ia bermakna para Rasul diutuskan untuk sampaikan dan bacakan risalah wahyu.

Contoh:
إنا أرسلناك بالحق
Sesungguhnya Kami utuskan kamu dengan kebenaran
(Al-Baqarah:119)
Read 13 tweets
9 Oct
Bila murajaah Al-Kahfi, Allah SWT beritahu golongan rugi.

Siapa mereka?

الذين ضل سعيهم في الحياة الدنيا وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا
Iaitu mereka yang 'Dhalla Sa'yuhum' dalam kehidupan dunia dan mereka sangka sesungguhnya mereka berbuat baik
(Ayat 104)

Apa itu Dhalla Sa'yuhum?
Apa maksud frasa 'Dhalla Sa'yuhum'

Untuk fahami Dhalla Sa'yuhum, kita kena bedah 2 perkataan iaitu:

1. Dhalla
2. Sa'yuhum.

Lihat erti Dhalla dulu.

ضل

Berasal dari akar
ضلل

Apa ertinya?

ضد الهدى والرشاد
Lawan kepada petunjuk dan jalan yang lurus/tepat.
(Lisanul Arab)
Pendek kata, Dhalla bererti sesat.

Sesiapa yang Dhalla dah tersasar dari jalan yang tepat, dan dia tiada petunjuk untuk tahu yang dia sesat.

Contoh: A memandu ke lokasi yang dia tak tahu jalan ke arahnya dan sesat.
A tiada peta/Waze/Google Maps untuk beritahu dia sesat.
Read 16 tweets
8 Oct
Antara rukun Islam ialah solat.

Namun, ada golongan yang tolak wajibnya solat fardu.

Mereka tunggang ayat Al-Quran untuk tegakkan pendirian mereka dengan etimologi kalimah Solat.

Ini hujahan dan jawapan terhadap mereka yang tunggang kaedah bahasa Arab dalam tafsir Al-Quran.
Menurut antihadis, solat dalam Al-Quran bukan solat menurut istilah syarak:

أقوال وأفعال مفتتحة بالتكبير مختتمة بالتسليم غالبا
Kata-kata dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam

Menurut mereka, ini bukan maksud solat yang diperintahkan Allah.
Mereka 'cerdik', jadi mereka guna etimologi bahasa Arab bagi kalimah solat.

Antara makna solat dari segi bahasa ialah:

الدعاء
Doa.

Bagi penuntut ilmu agama, ini erti yang terkenal.

Namun, ada erti lain yang kurang diketahui orang ramai namun dieksploitasi.
Read 19 tweets
7 Oct
Dalam surah An-Nahl:43, Allah SWT berfirman:

فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Maka bertanyalah pada ahli zikri(ilmu) jika kalian tak tahu

Kenapa Allah SWT tak gunakan kalimah
علم

Namun sebaliknya guna kalimah zikri
ذكر

Apa tujuan dan signifikannya pemilihan kalimah ini?
Maksud zikr yang sering kita faham ialah:
1. Ingat
2. Mengulangi sesuatu dengan lafaz (zikir).

Contoh:
Berzikir: Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah

Ini memang salah satu maksud zikr.
Namun, maksud zikr lebih luas lagi lagi jika dikaji dari aspek bahasa.
Dari sudut etimologi, zikr ialah perkataan Semitik yang asalnya digunakan dengan beberapa maksud seperti:

1. Ingat
2. Mengulangi bacaan
3. Tinggalan
4. Fikir
5. Belajar
6. Melaporkan dan menyampaikan sesuatu

Kognat Hebrew bagi zikr ialah zachar.
Read 11 tweets
22 Sep
Antara nikmat memahami etimologi Al-Quran ialah dapat lihat makna disebalik terjemahan.

Contoh: Bila solat, kita wajib baca
اهدنا الصراط المستقيم
Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Usul kalimah Sirat ialah dari Latin, strata.
Apa makna strata?
Strata ada beberapa maksud iaitu:
1. Jalan berturap.

Di zaman Rom, jalan diturap dengan batu. Di zaman moden, jalan berturap dengan tar.
Apapun, jalan berturap lebih selesa untuk pejalan kaki berbanding jalan biasa (kecuali turap berlubang). Image
Dan masyarakat Rom membina jalan berturap dengan tepat (mengambilkira teknologi zaman itu).

Maka, sirat membawa maksud jalan berturap yang dibina dengan ketepatan - dan dikuatkan permintaan kita dengan Mustaqim (lurus, benar).
Read 7 tweets