Harmoni IIUM Profile picture
An Islamic youth-led & youth-focused organization aiming to shape holistic activists intellectually and spiritually.

Aug 19, 2018, 13 tweets

11 SEBAB KENAPA UIA BEST!

Terlalu banyak yang menarik dan unik berkenaan kampus UIAM Gombak ini dan apa yang ada di dalamnya. Ini adalah 11 daripadanya dan semestinya new intakes perlu tahu!

Ini adalah thread. Jom RT dan kongsikan pengalaman menarik anda di UIA!

#discoveriium

Terletak di tengah kampus, masjid mudah dicapai walau di mana anda berada. Sejuk, tenang, imam baca sedap, nak tidur dan rehat semasa gap antara kelas pun best

Pelbagai buku, journal, kitab dalam library ni. Selain jadi tempat rehat pelajar sebab dalamnya ada R&R, Darul Hikmah Library memang menjadi tempat rujukan semua orang tak kira dari luar atau dalam kampus.

Pelbagai aktiviti untuk meraikan budaya dan tradisi dari negara yang pelbagai, sesuai dengan ramainya pelajar-pelajar antarabangsa dari luar negara. Dalam program tu memang korang akan dapat kenali dan rasai sendiri vibes negara diorang.

Padu beb

UIA memang syurga makanan. Shawarma Zubair, Sandwich @MahallahSiddiq , burger abang masak laju di Cafe Ali, air pisang Cafe Ali, Arab mandy, Mosha, Wowkawkaw dan banyak lagi semuanya sedap belaka. Orang kata sedap dia sedap masa depan. Sedap tak logik. Dah la murah pulak tu

UIA sangat meriah dengan majlis-majlis ilmu dan perbincangan intelektual. Sehinggakan ianya telah jadi budaya dan tradisi sehingga tidak asing lagi bagi masyarakat kampus. Setiap hari akan ada pengajian di masjid, tepi sungai dan even di cafe

Mesra OKU sebagai manifestasi prihatin UIA. Pelbagai fasiliti dibina sesuai untuk dicapai oleh semua orang. Hal ini yang patut dicakna dan prihatin oleh semua warga kampus

Sesuai dengan status universiti antarabangsa, memang ramai pelajar dari negara luar. Diorg ni friendly dan sangat mudah untuk buat kawan. Untung2 bertemu jodoh dengan international students apadehal?

Kampus UIA ni sejuk sebab banyak pokok. Tambah2 di @IIUM_MSA (Mahallah Salahuddin), dah macam duduk di Cameron Highland dah kalau masa malam. Mandi pagi memang ketaq baq hang

Suasana memberi salam, bertegur sapa, tegur menegur dijadikan budaya di UIA. Besar harapan setiap warga kampus untuk semuanya bertolak ansur, meraikan perbezaan dan menghormati antara satu sama lain. Ini baru la biah solehah!

Festival ni hampir setiap sem akan banyak dan sampai korang tak larat nak makan nasi kerabu dan air mangga dah. Meriah sekali dianjurkan oleh pelbagai kelab dan persatuan, dan ada juga anjuran pihak universiti bersempena convo dan sebagainya

Sukan pun banyak korang jangan risau. Anjuran dan pertandingan yang banyak tu satu, fasiliti pun disediakan cukup dan pelbagai seperti stadium, gymnasium, kolam renang, padang Ali Trafford, dan lain2

Kalau korang nak tambah boleh komen atau RT untuk tambah. Nak tahu juga apa lagi yang korang rasa best di UIA ni. Netizen perlu tahu!

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling