Walaupun kisah Aokigahara Forest (Hutan Bunuh diri) telah ramai yg tahu, tapi admin akan ceritakan lagi, tapi THREAD kali ini dengan lebih terperinci akan kisah Aokigahara Forest ini. Antara tempat yang paling berhantu dan seram di dunia.
Aokigahara adalah sebahagian dari Gunung Fuji, yg berkeluasa 35 km (14 mil sq) dan sangat berhampiran dengan Gunung Fuji, bila malam suhu di Aokigahara jatuh sejuk terlalu cepat. Aokigahara juga dikenali sebagai “Jukai” bermaksud “Lautan Pokok”.
Sebelum Aokigahara ni jadi tempat bunuh diri, tempat ini di jadikan tempat “ubasute” atau “oyasute” iaitu tempat meninggalkan orang orang tua, orang cacat, orang sakit atau lumpuh dibiarkan dihutan sendirian sehingga mati. Ini kerana zaman dahulu mereka kekurangan bekalan.
Bermula nya tragedi bunuh diri ini sekitar tahun 1970, pada tahun 2002 hanya 78 mayat ditemukan. 2003, 105 mayat ditemukan. Tahun 2010 lebih dari 200 mayat ditemukan, kematian bunuh diri semakin meningkat dan akhirnya pihak berkuasa malas untuk hitung, kerana hampir beribu.
Ada yang matinya bukan hanya gantung diri, tapi mengelar tangan, minum acid dan sebagainya, yg popular adalah mengantung diri. Pelbagai mayat ditemukan tak kira umur.
Didalam hutan tersebut terdapat banyak tali yg di ikat dipokok, ada 2 maksud, pertama, ia adalah untuk mereka yg masuk supaya tidak sesat dan kedua adalah untuk tanda agar orang lain dapat jumpa tubuh mereka yg bunuh diri.
“Yūrei” atau “Bōrei” dikenali sebagai penunggu atau roh jahat yang sering menganggu mereka yg sedih. Jika anda dalam keadaan sedih, pihak ranger akan melarang anda untuk masuk, kerana Yūrei boleh menghidu rasa sedih dan perangkap anda untuk mati bunuh diri.
Terdapat Gua yang juga bekas laluan Lava gunung berapi dihujung cerun Aokigahara, penduduk setempat mengatakan ia adalah laluan untuk ke Alam Ghaib dan laluan tempat yūrei keluar masuk.
Pernah heboh tentang lokasi Aokigahara ini adalah tarikan graviti yg kuat sehingga magnetic pada jarum kompas tak boleh dibaca dan berpusing secara laju, menyebabkan mereka sesat. Pihak Perhutanan Jepun membuat kajian dan fakta tersebut adalah palsu.
Kalau anda sedang teroka hutan tersebut dan terjumpa khemah, itu bermakna mereka tidak pasti untuk bunuh diri atau tidak, boleh lah ambil kesempatan untuk pujuk mereka yg ingin bunuh diri.
Sebelum masuk ke Hutan Aokigahara, ada satu papan tanda, ia tertulis jika anda perlukan bantuan sekira nya sedang lemah dan melarang anda untuk bunuh diri. Apa apa pun tolong ikut laluan yg betul, dan jika ternampak sesuatu atau diganggu sesuatu, jgn ambil peduli.
Sekiranya berminat nak tahu lebih lanjut, boleh saksikan movie movie ni, yang diambil dari kisah benar atau anda boleh lihat dokumentasi yg dibuat oleh ramai pengkaji hutan di Youtube dan sebagainya. Sekian. Terima Kasih.
Sila baca thread ini sampai habis ya, penat nak menaip nya 😂
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.