Kuala Lumpur AIDS Support Services Society (KLASS) Profile picture
A Malaysian NGO committed on providing high impact support services to help those at risk of HIV and STIs | Established in 2001 | PPM-002-14-23032001

Jul 23, 2019, 21 tweets

πŸ’Š MARI BELAJAR UBAT HAART πŸ’Š

APA ITU HAART?
HAART atau Highly Active Anti-Retroviral Theray adalah rawatan terkini bagi mereka yg positive HIV

Ubat HAART boleh bantu panjangkan jangka hayat & improve hidup lebih sihat 😊

APA TERJADI JIKA SAYA TIDAK MENGAMBIL UBAT?

πŸ’Š Memudahkan HIV untuk menyerang sel-T anda
πŸ’Š Jumlah sel CD4 akan berkurangan
πŸ’Š Sistem daya tahan akan bertambah lemah
πŸ’Š Mudah terdedah kpd penyakit
πŸ’Š Jumlah viral load makin bertambah

APA ITU KANDUNGAN VIRUS - VIRAL LOAD?

Jumlah kandungan virus (viral load) menunjukkan jumlah HIV dlm darah

semakin tinggi viral load, semakin cepat sel CD4 dimusnahkan

Bila sel CD4 berkurangan, menyebabkan sistem daya tahan badan semakin lemah

KENAPA KANDUNGAN VIRUS (VIRAL LOAD) BEGITU PENTING?

Jika anda mengambil ubat HAART, m viral load memberitahu tentang keberkesanan ubat HAART

Jika anda tidak mengambil ubat HAART, viral load memberi gambaran kadar perkembangan jangkitan HIV

BERAPA PARAS KANDUNGAN VIRUS YANG PATUT ADA PADA SAYA?

Jika anda mengambil ubat HAART, paras yg baik adalah kurang 50 salinan (copies)

Biasanya paras ini dikenali sebagai undectable

Tanda ubat HAART berkesan kurangkan jumlah virus HIV dalam darah

Target PLHIV makan ubat setiap hari mestilah nak supress viral load bawah 20 copies supaya risiko nak transmit kpd pasangan tu rendah

Undectable = Negative Reborn

Dengan syarat bebas dari jangkitan penyakit kelamin (STD)

SIDE EFFECT UBAT HAART

Ni topik paling ramai plhiv takut bila nak start ubat. Percayalah side effect bergantung pada sesorang. Ada je orang tak ada side effect, ala macam makan ubat penadol je

Okay jom kita start 😊

WAKTU MAKAN UBAT HAART

Masa mula start makan vitamin training, pilih masa sesuai untuk makan ubat sebab masa ini akan kekal buat selamanya

Biasanya farmasi suggest makan pukul 10/11 malam bergantung pada diri sendiri

Eloknya waktu makan ubat sekitar waktu anda nak tidur

PERMULAAN MAKAN UBAT HAART

Bagi anda yg baru nak mula start HAART, seeloknya makan waktu hujung minggu. Contohnya cuti Sabtu & Ahad, so boleh start makan Jumaat malam Sabtu.

At least esoknya boleh berehat jika ada side effeft seperti pening kepala, mual, lesu & sakit kepala

Jika anda bekerja shift & cuti tidak menentu, mulakan makan ubat HAART pada malam cuti anda

Jangan mula pada hari anda bekerja/ke kuliah esoknya kerana mungkin akan pening sewaktu bangun

SIDE EFFECT UBAT HAART

Berapa lama side effect ni?
Biasanya 4-6 minggu bergantung imune sesorang

Side effect akan slow-slow hilang bila ubat dah biasa dgn badan

Side effect tanda ubat tu berkesan dgn badan. So jangan takut nak start rawatan ye

ADA BEBERAPA JENIS SIDE EFFECT NAMUM TIDAK SEMUA ORANG AKAN MENGALAMI

1. Kelesuan
Tanda2 ialah kepenatan, sukar bangun dari katil, lemau

Tips:
πŸ‘‰πŸ» Masuk tidur & bangun pada masa sama setiap hari
πŸ‘‰πŸ» Bersenam ringkas
πŸ‘‰πŸ» Simpan makanan mudah dimasak untuk makan sewaktu anda lemau

2. Ruam
Wanita lebih cenderung dapat ruam. Perhatikan kalu ada perubahan warna, kegatalan & perubahan lain pada kulit

Tips:
πŸ‘‰πŸ» Standby losen moisture untuk lembapkan kulit
πŸ‘‰πŸ» Guna sabun jenis lembut mcm β€˜Johnson & Johnson’, β€˜Dove’
πŸ‘‰πŸ» Jangan mandi guna air panas, elok air suam je

3. Sakit kepala
Disebabkan oleh ketegangan. Cuba kurangkan stress

Tips:
πŸ‘‰πŸ» Tutup mata & berehat dlm bilik senyap & gelap
πŸ‘‰πŸ» Letak kain lembap atas mata
πŸ‘‰πŸ» Urut di pangkal leher & bahagian tepi dahi dgn ibu jari
πŸ‘‰πŸ» Elakkan makanan fast food, teh, kopi

4. Mulut kering
Mulut terasa kering myebabkan proses kunyah, telan & bercakap jadi susah. Mungkin boleh effect deria rasa

Tips:
πŸ‘‰πŸ» Minum air dgn banyak
πŸ‘‰πŸ» Elak minum air bergas, teh, kopi
πŸ‘‰πŸ» Kunyah gula2 getah, hisap gula2 atau ais hancur
πŸ‘‰πŸ» Berkumur dgn air garam

5. Kerosakan saraf
Kaki, jari kaki & tangan rasa panas, pedih, kebas, geli & kejang. Boleh jadi kejang ringan atau teruk sampai tak boleh jalan

Tips:
πŸ‘‰πŸ» Guna kasut & stoking longgar
πŸ‘‰πŸ» Urut kaki
πŸ‘‰πŸ» Berjalan2 untuk lancarkan pengaliran darah

6. Cirit birit
Bila pergi toilet lebih 2x sehari

Tips:
πŸ‘‰πŸ» Minum air dgn banyak. Elak air bergas
πŸ‘‰πŸ» Makan seperti biasa
πŸ‘‰πŸ» Pilih bijirin oat, roti putih lembut atau bubur
πŸ‘‰πŸ» Jangan minum susu, makan makanan berminyak, pedas atau terlampau manis

7. Rambut gugur
Rambut gugur 100 helai sehari adalah normal. Jika rambut gugur luar biasa, mungkin disebabkan ubat yg anda makan

Tips:
πŸ‘‰πŸ» Elakkan dari mewarna, mgkerinting, mlurus, sanggul & guna pengering rambut
πŸ‘‰πŸ» Kurangkan stress

8. Loya & muntah-muntah
Rasa nak termuntah atau muntah. Boleh mgakibatkan kehilangan air dlm badan

Hubungi doktor jika and muntah sepanjang hari

Tips:
πŸ‘‰πŸ» Makan pisang, bubur, roti bakar
πŸ‘‰πŸ» Minum air limau suam atau teh hijau jepun
πŸ‘‰πŸ» Elakkan makanan pedas & berminyak

Jika semua simpton berlaku pada anda selepas start rawatan HAART, boleh maklumkan pada doktor

Kebiasanya side effect akan beransur hilang bila badan mula menerima ubat

Jika anda muntah selepas makan ubat dlm 5-10 minit & ubat terkeluar sekali muntah. Makan ubat sekali lagi

Jika anda terdedah kepada risiko jangkitan HIV, segeralah hubungi pekerja kes kami untuk saringan HIV & STI di klinik kesihatan terpilih

#myKLASSorg #KnowYourStatus #KetahuiStatusAnda #DapatkanRawatan #GetToTested #GettingToZero

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling