Cerita ni panjang. But its worth it. Masa tu baru balik daripada pj nak ke brickfields. Hujan renyai jadi aku bawak slow. 30-40 km/j je jalan basah punya pasal. Masa depan PPUM ada traffic light, time tu hijau so aku tak slow down.
Tiba-tiba out of nowhere ada kereta masuk kiri tak bagi signal. Nak elak tak sempat, tambah lagi honda wave aku bukannya ada brek sangat. Boom! Accident. Toyota lama warna putih langgar aku. Pakcik cina umur 40 lebih keluar, tengok kereta dia pastu tengok aku.
Aku marah dia kenapa tak bagi signal, dia mintak maaf pastu bawak aku masuk PPUM. Dah sampai dalam, aku mintak dia registerkan. Sebab dia yang langgar, masa tu dia naik hantu. Dia maki aku lepas tu dia suruh aku report je polis kalau aku rasa dia salah.
Kalau nak register kat PPUM ni kena bayar registration RM 70. Dalam wallet masa tu ada la RM 2. Pakcik yang langgar dah gerak. Nak call orang, phone aku dah jatuh masa langgar tadi dan rosak.
Masa tu kaki aku dah bengkak sangat, nak masuk balik dalam kasut dah tak muat. Aku pergi kat motor aku yang dah pecah tepi tu, aku cuba pakai balik kasut, aku cuma nak pergi mana-mana klinik ke hospital kerajaan sebab duit takde.
Tiba - tiba datang sebelah aku ada satu brader cina pegang bahu aku tanya kenapa aku dok sarung kasut padahal kaki aku dah besar gila time tu. Aku tak boleh tahan, aku nangis pastu cerita kat dia. Dia bawak aku masuk balik, bawak jumpa mak dia. Dia cerita semua
Lepas tu mereka dua bawak aku register, report polis, siap tolong aku tolak sana sini pakai wheelchair. Diorang belikan roti dengan air sekali sebab diorang tau aku tak sempat dinner.
Tak cukup dengan semua tu, sebelum balik diorang keluarkan semua duit yang ada dalam wallet pastu bagi aku untuk settlekan semua. Total RM 650. Aku nak mintak nama dengan alamat sebab nak pulang balik duit yang diorang dah belanja. Diorang tolak.
"Ambil ini duit untuk settle semua, jangan sedih lagi. Its okay". If that is not kindness despite what race you are, then I don't know what is.
#iniMalaysia @orangkata_my
Kepada yang dah baca lepas tu inspired. Meh kita kawan tak kisah melayu ke, cina ke, india ke. Korang follow aku, aku follow balik. Kalau terlepas tu mention je. Sebarkan kindness.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
