Fakhrullah Samerin Profile picture
https://t.co/9vqyrhjSpl Ws: 01112227385 Link youtube Ms Word ⬇️

Aug 24, 2019, 44 tweets

Masa buat intern report baru ni, ada 3 benda yang aku baru belajar untuk mudahkan kerja pakai word.

1. Buat page number start dari page 5.
2. Buat list of table n figures auto dari caption
3. Buat table of content dari set-up heading.

Kalau ramai rt, aku tunjuk cara buat.

Ramai je dah tahu buat benda ni. Aku pun beginner dlm word.

Tapi, tengok member2, ramai je tak reti buat. Semua buat list tu manual je.

Bila lagi nak upgrade skill microsoft word?

Dalam resume sembang expert. Tapi list of figure pun tak reti nak buat. 🙊

Takde rt aku malas buat 😂😂😂

Penat kot tulis panjang²

Ok la... walaupun tak ramai rt, untuk hargai 11 orang yg rt ni, aku buat jugak la thread ni.

Tapi rt la lagi 😂😂

Penat aku habis masa dari pagi sampai tghri cari cara buat tu, korang boleh dpt dalam 1 thread je.

Petang sikit aku sambung.

Ok. Aku start sekarang..

Kenapa nak start page number di page ke-2, ke-3 atau ke-5?

Biasa dalam report nak kena ada front page, table of content, acknowledge, abstract, bla bla bla.... dan semua tu tak nak masuk dlm page report. So kita nak asingkan page ni.

So ni overview page yang kita nak buat.

kdg ada orang tak nak letak page pd front page. Dan pd page table of content, list table n figures tu kita nak letak page dlm roman I-II-III. Lepas dari tu baru nak start page 1-2-3. Ada org dia buat document asing. Mcm aku dulu la 😂

Jadi untuk buat beza page tu, kita kena asingkan page kita. kita akan pecah 3 bahagian. Front page-content-report.

Klik pada page yg kita nak asing, pilih "Layout>Breaks>Next page"

Biasa kita buat page number pada footer kan? jd double click kat bahagian footer tu. Dia akan keluar mcm ni. kalau nak double click kat header pun takde masalah.

Dah click pada bahagian footer tu, tgk bahagian atas ada tulis "Link to previous". Click tu untuk cancelkan link antara page tu dengan page sebelumnya. kalau dia bold tu dia tgh link la tu.

Bila dah tekan tu, automatik page sebelum tu tak akan bersambung dgn page yg kt nk guna

Untuk front page, kalau kita nak asing terus, ada cara lg senang. Just click pada "Different First Page".Auto dia jd page pertama yang takkan diganggu bila kau buat page number (Kecuali la kau pergi isi page number kat page tu)

Untuk masukkan page number, pada page yg kita nak tu, kita edit dulu page number tu. "Page number>format page numbers"

pada format page, Kita set "Start at I". number format tu ikut la nak dlm roman I-II-III atau 1-2-3.

Untuk masukkan page,

"Page Number>pilih la nak bottom or top page>pilih style untuk numbering"

number page keluar mcm ni

Untuk page report dlm bentuk 1-2-3. Ulang step tadi.

letak "Next page", unclick "link to previous"

Untuk format page set mcm ni. Pilih 1-2-3, start at 1.

gambar 2 tgok beza antara num page I-II-III dgn 1-2-3

Ok settle untuk buat page number. Kalau ada tak faham boleh tanya.

Kita teruskan dengan buat Table of Content. Sebelum tu kita nak set heading dulu.

Korang masterkan dulu la buat page number ni. 5.30 ni aku nak workout dulu.

One-punch man workout - 100 push up - 100 sit up - 100 squat.

malam nanti aku sambung thread untuk buat table of content dgn list of figures.

Ok jom kita sambung thread sambil minum teh hijau kosong + lemon.

Untuk buat table of content dengan mudah. Kita kena set heading setiap tajuk besar dalam report tu.

So, ni kita punya overview untuk report.

Aku intern TNB dulu, aku letak gambar2 pencawang tnb je la senang.

Untuk heading ni, kita modify dulu apa yang patut. Ni ikut suka kita la nak heading tu mcmna.

"Home>check bahagian kotak yg ada tulis heading 1, heading 2"

right click heading yg kita nak>modify

Di sini kita boleh edit font, saiz font, nak colour font dan juga nak bold atau tak. tapi biasa heading bold la, nampak la tu tajuk besar dia.

dah modify, tekan "Ok"

Nak tukar tajuk kita tu jd heading yg kita set td, select tajuk utama tu, then tekan je heading mana kita nak, nak heading 1 ke 2 ke 3.

Mcm dlm gambar, aku select perkataan overview tu, click pd heading 1. Kalau ada tajuk kecik bawah, pilih heading 2, dan seterusnya.

Heading 2 n 3 tu modify jugak la ikut format report. Tukar font, saiz n color.

2.1 Overview - heading 1
2.1.1 Description ... heading 2
2.1.1.1 type of substation ... heading 3

Nampak kan susunan dia?

Dah siap buat heading untuk semua tajuk besar n tajuk kecik, korang pergi page yg nak buat table of content tu. Page yg kat depan tu la.

"References>Table of contents> Pilih la nak design yg mana"

lepas pilih je design yg korang nak tu....

booommmm....

siap terus table of content korang. siap semua dengan page number.

Kat sini korang boleh edit balik page number or nak full edit table tu, just tekan je kotak tu, nanti ada option nak edit.

Ok siap dah table of content kita. tak payah la penat2 nak isi satu2, nak belek semula page berapa tajuk yg tu, page mana tajuk yg ni. semua dah settle.

So, kita teruskan dengan buat list of figures n table.

Untuk buat list of figures, list ni akan cari benda yg link dgn gambar. cara paling senang nak mark gambar ni adalah dengan buat caption.

Caption ni bukannya suka2 tulis bawah gambar macam tu je (macam aku buat dulu 😂)

Ada cara senang nak buat caption.

Nak buat caption, click gambar tersebut. Kemudian tekan right click.

Cari la benda yang nama dia "Insert caption"

Dah click tu, isi la maklumat dia. Apa yang gambar tu tunjuk.

Pastikan label dia "figure"

tekan ok, caption akan terus masuk.

Untuk edit font, color n saiz pada caption tu, boleh modify mcm buat heading td.

"home> cari part caption> modify> edit la apa yang patut"

Nak buat list of figure, pergi la page yg kau nak buat list of figure tu.

"References>Insert table of figures"

Dah click tu, dia akan keluar mcm ni.

Caption label pastikan "figure"
tab leader tu boleh la modify nak ada titik atau tak.

Buka option, pastikan style tu adalah "caption". kalau tak nanti list tu tak keluar.. (mcm aku la stress fikir list tak jd)

Settle semua, tekan "Ok"

Tekan Ok

Boommmm (k dah tak function dah)

Settle la list of figures sekali dengan page number.

Untuk buat list of table sama je. Buat caption untuk setiap table.

Tapi dekat label tu, pastikan pilih "table"

kat page yg nak buat list of table tu,

"References>insert table of figures"

Caption label tu pastikan "Table"

Option> pastikan style "Caption"

Ok, list of table siap

Ni contoh table of content, list of table dan list of figure dalam report intern aku.

Lebih jimat masa nak buat ni. Tapi aku banyak masa habis la sebab baru nak belajar buat masa tu.

Korang yang dah dapat ilmu ni, praktikkan la. Share2 pada kawan2 korang yang nak buat report tu

Siap sudah thread kita ni.... moga bermanfaat kepada semua pembaca.

Alang2 dah dapat ilmu ni, doakan aku untuk graduate electrical engineer, jadi Professional Engineer (Ir) dan jadi Jurutera Elektrik Kompeten (JEK).

Doakan jugak untuk mudahkan urusan jodoh aku.

Aku cakap kat dia 3 tahun je. Dalam tempoh ni, kami takde dating, couple bagai. Dia just suruh aku datang rumah dia je kalau dah ready..

Moga2 dalam tempoh ni, aku mudah dapat kerja dan mudahkan keperluan untuk kearah yan baik tu...

Lagi 1, aku tengah diet ni.

Fasa 1 dulu turun 23kg.

Skrg tgh build muscle n workout.

Nak tanya tips diet boleh je nak tanya.

Aku malas buat thread sbb selalu takde org rt 😂

Kalau ramai nak tips, nanti la aku buat thread.

Alang2 masuk 3k rt ni, nak tanya je la. basic je ni.

Masa korang nak buat page baru, ada tak korang jenis tekan enter-enter-enter sampai wujud page baru?

Tak perlu buat tu. Sebab dalam word memang ada function untuk buat page baru. "Insert>page break"

Ni sebelum n selepas

Page break ni tak kacau page numbering.

Lg 1, ada orang dia dah tulis2. pastu mcm tak lawa. dia nak letak benda tu kat page sebelah. Dia pukan tekan la enter-enter-enter sampai perenggan tu ke page sebelah.

Page break ni pun boleh selesaikan masalah tu.

Aku nasihatkan korang baca thread ni sambil duduk depan laptop/komputer tengah buka word.

Buat terus sambil baca. Baru akan faham cara buat.

Rt yg ni sekali pls

Yg ni sekali untuk microsoft excel

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling