Khairul Azri Profile picture
Sembang Kedai Kopi. Penglipur lara. Rajin RT.

Jan 29, 2020, 13 tweets

Sejak Novel Coronavirus ni, nama Wuhan tiba - tiba naik. Dan baru tu la sampai kat telinga orang kita.

Sebelum tu macam tak pernah tahu akan kewujudan tempat yang bernama Wuhan ni.

So apa yang ada di Wuhan?

1. Wuhan terletak di tengah - tengah negara China. Dan dah terkenal sejak 3500 tahun yang dulu sebagai tempat pelabuhan teh di lembah sungai Yangtze.

2. Wuhan adalah ibu negeri bagi Hubei. Merupakan antara bandar besar yang mempunyai 10.76 juta penduduk.

3. Wuhan sangat terkenal dengan kepakarannya dalam pembinaan jambatan, kejuruteraan keretapi berkelajuan tinggi dan industri berteknologi tinggi.

Untuk pengetahuan semua, 50% jambatan yang dibina di dunia dan jugak 60% keretapi kelajuan tinggi direka dan dibuat di Wuhan.

4. Wuhan ni antara wilayah industri atau pengilangan yang terbesar di China selain Guangzhou,Shenzen, dan jugak Hangzhou. Kira Wuhan ni antara bandar yg terpenting kerana merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi China.

Gambar: Wuhan Economic & Technological Development Zone

5. Sektor pengilangan utama Wuhan adalah dalam bidang teknologi tinggi, kejuruteraan keretapi, optikal, automobile, iron & steel, pharmaceutical dan kejuruteraan biologi. Silap ari bulan, peralatan dan ubat - ubatan yang kita guna datang dari Wuhan.

6. Tahu kah anda? Syarikat Dongfeng - Citroen Automobile Company Limited merupakan pengilang utama kenderaan bagi jenama Citroen untuk di pasarkan di pasaran rantau Asia. Ya. Untuk pasaran rantau Asia dia conquer.

7. Di Wuhan juga terdapat sebuah makmal biologi yang telah dibina oleh kerajaan China khusus untuk mengkaji pelbagai jenis virus yang berbahaya di dunia. Jangan di tanya pulak ada kaji tak novel coronavirus ni. Coronavirus ni ada 7 jenis. Tak tahu dia kaji yg mana satu..

8. Malah makmal ini direka memenuhi standard biohazard tertinggi agar sebarang kajian ke atas patogen berbahaya boleh dilakukan. Kiranya dia bina ikut standard yang betul la. So tak payah nak sebar cerita yang tak betul k.

9. Mengikut catatan, Islam telah bertapak di Wuhan sejak abad ke 16 lagi.

10. Masjid pertama yang dibina di wilayah Wuhan ni adalah Wuhan Qiyijie Mosque @ Wuhan Chengwai Mosque. Masjid ni dianggarkan boleh menampung 500 jemaah dalam satu - satu masa dan terletak kat jalan Qiyi.

So, begitulah lebih kurang cerita mengenai Wuhan.

Gambar² kat bawah ni gambar bangunan yang ada di Wuhan.

Mohon cuci mata.

Lagi gambar-gambar..

Ok last, ini gambar-gambar Wuhan landmark pada waktu malam.

Kredit: Sichi Amado.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling