Cara Menambah Syarat Lain dalam Perjanjian Ta'liq
#KetahuiHakAnda #Telenisa
Ta’liq tambahan boleh dilakukan sebelum mahupun selepas nikah. Ta‘liq tambahan tidak disebut secara langsung dalam Undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.
Namun, pasangan dibenarkan untuk menambah sebarang Ta‘liq yang dirasakan perlu selain dari Ta‘liq rasmi yang dibacakan oleh suami ke atas isteri selepas akad pernikahan berdasarkan peruntukan berikut (seksyen mungkin berlainan bagi setiap negeri):-
Catatan dalam Daftar Perkahwinan
Selepas sahaja akad nikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta’liq yang ditetapkan atau ta’liq lain bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.
Berdasarkan peruntukan di atas, pendaftar dituntut untuk mencatat butiran maklumat yang dikehendaki seperti yang dinyatakan di dalam Borang Empat, Ta‘liq rasmi serta Ta‘liq lain di dalam buku daftar perkahwinannya.
Perkataan “ta‘liq lain” di dalam peruntukan berkenaan menjelaskan bahawa pasangan dibenarkan untuk membuat sebarang penambahan Ta‘liq yang dirasakan perlu selepas berlangsungnya perkahwinan di antara mereka.
Sebelum sijil berkenaan dikeluarkan, pendaftar dikehendaki mencatat segala butiran yang ditetapkan berserta Ta‘liq yang ditetapkan atau Ta‘liq lain di dalam daftar perkahwinan seperti dalam peruntukan berikut (seksyen mungkin berlainan bagi setiap negeri):-
Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta’liq
Selepas mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya fi yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu surat perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.
Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan ta’liq dalam borang yang ditetapkan kepada tiap-tiap satu pihak bagi perkahwinan itu.
Sekiranya si isteri tidak mahu mengambil alternatif untuk bercerai, adakah terdapat cara lain bagi menjamin hak si isteri dalam poligami?
Di dalam Perjanjian Ta’liq Tambahan itu, syarat lain juga boleh diletakkan dan dipersetujui bersama.
Antara contoh syarat yang boleh diletakkan ialah suami tidak akan berpoligami tanpa pengetahuan dan kebenaran si isteri, namun jika isteri bersetuju dengan poligami tersebut, si suami hendaklah menyerahkan rumah matrimonial (kediaman) ke atas nama si isteri. (rujuk contoh draf)
Secara ringkas, pasangan yang telah bersama-sama bersetuju ke atas apa-apa syarat, perlu membuat Ta’liq tambahan sebelum akad nikah secara bertulis (rujuk contoh draf yang diberikan) dan perlu dilafazkan oleh bakal suami bersaksikan sekurang-kurangnya 2 orang saksi lelaki.
Si isteri juga boleh menuntut hak-hak lain seperti Mutaah, Harta Sepencarian, Nafkah Anak, Nafkah Iddah, dan Hak Jagaan Anak seperti biasa di Mahkamah Syariah selepas mendapat penghakiman Ta’liq.
Draf Ta'liq Tambahan untuk rujukan:-
Langkah-Langkah Membuat Ta'liq Tambahan
1.Pasangan perlu menyediakan satu Perjanjian Ta’liq Tambahan.
2.Perjanjian Ta’liq Tambahan tersebut hendaklah dibawa bersama-sama majlis akad nikah.
3.Bakal suami harus melafazkan Perjanjian Ta’liq Tambahan itu tadi bersama-sama Ta’liq Rasmi bersaksikan sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki.
4.Pasangan perlu menandatangani Perjanjian Ta’liq Tambahan tersebut semasa majlis akad nikah, bersama-sama dua orang saksi lelaki
5.Perjanjian Ta’liq Tambahan yang telah lengkap ditandatangani oleh kesemua pihak, perlu dibawa bersama dan didaftarkan semasa mendaftarkan perkahwinan di Pejabat Agama.
6.Setelah Pendaftar mengambil maklum tentang Perjanjian Ta’liq Tambahan tersebut, Pendaftar akan mengeluarkan Sijil Nikah dan juga Surat Perakuan Ta’liq yang telah mengandungi syarat-syarat di dalam Ta’liq Rasmi dan juga syarat-syarat di dalam Perjanjian Ta’liq Tambahan tersebut
Bagaimana pula Proses Membuat Aduan Suami Ingkar Perjanjian Ta’liq? Ikuti thread kami yang seterusnya! #KetahuiHakAnda #Telenisa
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
