Selamat bersidang, Parlimen Digital 🇲🇾!!
Saya mengikuti rapat perkembangan tentang penganjuran Parlimen Digital yang akan menghimpunkan seramai 222 orang belia selama 2 hari bagi mendebatkan, membincangkan dan meluluskan rang undang-undang atau dasar secara alam maya.
Saya menyokong penuh inisiatif sidang Parlimen Digital yg menyediakan satu wadah baru bagi anak-anak muda untuk menyuarakan pendapat dan perspektif mereka dalam soal penggubalan dasar, penggubalan undang-undang negara sebagai usaha untuk menangani krisis yang kita hadapi sekarang
Tempoh hari saya sempat bertukar pandangan dengan beberapa rakan-rakan Ahli Parlimen Digital yang menghimpunkan idea baru ataupun cadangan berkait rapat dengan isu pengangguran, Perkhidmatan Kesihatan dan Kebajikan Sosial yang harus diberikan perhatian khusus.
Perkongsian data dan cadangan dari mereka cukup memberangsangkan dan saya percaya ianya akan membantu untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang kita hadapi sekarang.
Pemimpin dan Ahli Politik juga boleh mengikuti perdebatan anak-anak muda melalui sidang Parlimen Digital supaya mereka dapat memahami perspektif anak muda dan mengumpulkan idea-idea yang dibicarakan nanti.
Tahniah & Syabas buat Sekretariat @ParlimenDigital
yang menyediakan satu platform khusus kepada anak-anak muda.
Selamat bersidang buat semua 222 Ahli Parlimen Digital yang akan bersidang mulai hari ini hingga Ahad.
THIBAN SUBBRAMANIAM
NAIB KETUA AMK MALAYSIA
#ParlimenDigital
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
