Suara Marhaen Profile picture

Aug 8, 2020, 15 tweets

"Rafizi Ramli Hero Rakyat"

Selain memastikan usaha mengembalikan mandat rakyat terlaksana.. penglibatan Rafizi Ramli untuk bersama-masa mengemudi parti adalah amat diperlukan..

Benar, hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengetuai parti. menjadi harapan untuk diangkat sebagai bakal Perdana Menteri seterusnya supaya agenda Reformasi dapat digerakkan dalam kerajaan..tapi barisan yang benar utuh untuk berdiri bersama menyokong dan mengemudi parti

bersama DSAI perlu dikembalikan

Sejarah kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 lalu jangan dilupakan.
Peranan dan sumbangan Rafizi Ramli terlalu besar untuk dinafikan.

Namun banyak persoalan yg timbul.. dimana Rafizi Ramli kini?

Adakah beliau akan lakukan 'comeback' bila tiba masanya atau benar seperti desas desus yg mengatakan bahawa beliau benar-benar akan bersara dari politik..
Jika benar, ini merupakan satu kehilangan besar bukan saja kepada Parti Keadilan Rakyat..tapi juga negara.

Tapi perlu diingat, jasa dan pengorbanan Rafizi adalah terlalu besar.. Bermula dari Free Anwar Campaign (FAC) di Eropah, beliau bertanggungjawab menjalankan kempen dengan Parlimen United Kingdom, Kementerian Luar UK dan Suruhanjaya Eropah antara tahun (1999 – 2002)

dan turut berperanan sebagai Pengasas Keadilan Antarabangsa Eropah .

Malah jangan dilupa, Rafizi Ramli juga bertanggungjawab menyusun langkah ke arah penubuhan Pakatan Harapan dalam tahun 2015.

Apabila dilihat kurangnya keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik yang ada dapat menyelesaikan perbezaan untuk bersatu menghadapi Umno/Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-14, Rafizi Ramli mengambil inisiatif untuk membentuk sebuah badan yang dinamakan INVOKE .

Beliau (Rafizi) menyumbangkan ratusan ribu wang simpanannya sendiri untuk membantu menggerakkan inisiatif baru ini secara profesional bagi menjadi platform menggerakkan rakyat di negara ini.

Ini disusuli dgn gerak kerja beliau membentuk pasukan sukarelawan serta mengendalikan kursus bagi mnghadapi pilihanraya. malah Rafizi Ramli sendiri membentuk satu team bagi turun berkempen bersamanya menjelajah ke seluruh negara

khususnya dikawasan-kawasan parlimen yang sebelum ini sukar kita tembusi.

Ini akhirnya membuahkan hasil yang cukup besar bagi memenangkan Pakatan Harapan pada PRU14 yang lalu... ini FAKTA.. !!!

Adalah diharap, biar apapun perbezaan pendapat antara beliau dgn pimpinan lain dalam organisasi parti atau Pakatan Harapan..satu usaha bagi kembalikan kerjasama erat diperkukuhkan kembali demi mengembalikan MANDAT RAKYAT.

- Aku Marhaen

@rafiziramli HeroRakyat
#Keadilan
#Invoke

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling