π˜Όπ™’π™žπ™§π™ͺ𝙑𝙓 Profile picture
● Inni Mutazawwij ● Graduated in Usuluddin ● UIS πŸ‡²πŸ‡Ύ ● Sakarya Üniversitesi (SAÜ), Turkiye πŸ‡ΉπŸ‡· ● Table Talk @penghuniteologi

Aug 8, 2020, 8 tweets

Mari belajar loghat Melaka :πŸ˜†

1. Konci : Kunci
2. Majal : Degil
3. Baktang : Bagi sini
4. Tiak : Panggil
5. Sangap : Hamak
6. Amek : Ambil
7. Kensal : Tuala Mandi
8. Kahau : Cakap Kasar
9. Beledi : Baldi
10. Tungkek : Bangkai

(Put yours if you have too)🌿

-Continue-

10. Hawau : (Penekan Ayat)

Contoh :

Besar hawau : Besar sangat

(Ayat Bila Menyirap)

Cam hawau je perangai : Perangai tak guna

11. Labahau (permulaan ayat untuk tanya khabar)

Contoh :

"Weyh, labahau? Ingat dah mati! haha"

"Hi, how are you my friend? I'm miss you, muah"

12. Leba lebo : Cakap cam ye ye (tak leh pakai)
13. Melantak : Makan
14. Cekau : Ambil semua/Korek sedalam-dalamnya
15. Cepuk : Pukul
16. Gobok : Almari
17. Mencanak : Terhebat
18. Menyandau : Kenyang sangat
19. Seloghoh : Bergurau.

20. Dak-dak : (sesuatu golongan)

Contoh :

Dak-dak motor : Komuniti bermotor

21. Bapak (Penegasan ayat)

Contoh :

Bapak susah! : Susah sangat
Bapak besar! : Besar sgt
Bapak power! : Power gila!

(Ayat menyirap)

Bapak ar! : Ape ni!

(Bahasa sekarang orang cakap "Takleh brain")

And last, cara membeza orang itu orang melaka atau tidak adalah cara sebutan "-au" dan "-ee" nya.

Contoh :

"Ikan bakar"

orang pure Melaka sebut akan bunyinya lebih kpd "ikan bakaw" not "ikan bakau", tapi cara tulisnya adalah "bakau"

Dan orang melaka juga, biasanya vowel -ee mereka panjang sikit harakatnya di hujung ayat, (2 harakat)

Contoh

"Mana ada"

we'll say "Mane adee~" not "mane ade"

Beza sikit, tapi dapat tahu lah kau orang melake tak. Giteew.

And ya, aku tak masukkan carutan, sebab aku tak mencarut.

Tapi tbh, some of orang melaka ni memang kalau satu panjang ayat dia tu, 90% adalah carutan. haha

Orang Melaka ni, ada 3 jenis generally :

1. Kuat Mencarut & ayat Deep
2. Tak Mencarut tapi ayat deep
3. Tiada dua2, baik.

Cuma jenis yang ketiga susah sikit ar nak dapat.

Tapi sekarang sepanjang observation aku, ramai dah org melaka sudah berpindah pada jenis yg kedua dari yg pertama.

Tapi apa faktor yang sama dalam 3 jenis ni?

iaitu "Orang Melaka Hati Baik"

HOHOHHOHOHOHOHO

#AngkatBakulGais

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling