Cerita pasal cuLtUral aPpROPriAtion ni, teringat kes tahun 2018 dulu ada Cina US sound minah salleh yang pakai qipao (cheongsam).
Tapi tu Cina US yang terlebih woke. Cina normal tak triggered pasal benda macam tu.
In fact, di China dan even di Malaysia hari ini, orang dah tak ambil kisah sangat pasal cheongsam dan samfu, malah ada gerakan untuk menggantikan cheongsam dan samfu dengan Hanfu yang dianggap sebagai pakaian Cina Han yang asli.
Cheongsam dan samfu sebenarnya diilhamkan oleh pakaian etnik Manchu. Nama alternatif cheongsam iaitu qipao pun dinamakan sempena nama alternatif Manchu, Qiren (旗人).
Manakala Cina macam Xi Jinping, macam aku, macam kawan2 kau yang bernama Lim, Goh, Tan tu semua etnik Han.
Cuma kat Malaysia kami jarang refer diri sebagai Han sebab orang2 selatan (Kantonis, Hokkien, Foochow dll) lebih selesa dengan nama orang Tang (唐人). Complicated kan.
Han ada pakaian tradisional sendiri yang telah pupus pada tahun 1644, tahun Manchu menawan China dan mendirikan Dinasti Qing.
Manchu memaksa orang Han tukar pakaian dan gaya rambut ikut style diorang.
Gaya rambut lelaki Han yang asal yang berbentuk bun diubah jadi tocang.
Pakaian Hanfu yang berkolar luas kiri tutup kanan diubah jadi kolar sempit.
Tujuan Manchu adalah untuk melenyapkan identiti Han & mengasimilasikan Han, kira macam "cultural genocide".
Jadi apabila Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911, orang Han semua terus potong tocang sebagai tanda merdeka dari pemerintahan Manchu. Cuma tak buat gaya bun balik.
Kadang tengok orang buat cultural show pakai topi sekali dengan tocang untuk gambarkan "pakaian tradisional Cina".
Tu kalau dapat kat kaum yang woke memang habis dikecam. Nasib baik most Cina tak woke.
Malah pakaian Manchu pun diubahsuai jadi cheongsam dan samfu jadi pakaian adat Cina pasca-Qing.
Hanfu tak pula dihidupkan balik sebab dari segi praktikaliti kurang. Macam mana nak buat kerja dengan lengan lebar boleh muat kucing.
Tapi memasuki abad ke-21, fenomena Hanfu mula muncul. Bila sesuatu bangsa dah lepas fasa survival, dia akan mula fikir soal identiti, mula korek sejarah silam.
Ada persamaan juga dengan tren memakai busana dan tanjak tahun-tahun kebelakangan.
Mungkin ada yang rasa kelakar dan duk perlekehkan, tapi kalau Cina China pun buat, apa salahnya orang Melayu buat kan?
Nak tahu lebih banyak pasal aspek budaya Cina yang orang jarang tahu? Tunggu aku siapkan buku Kitab Tamadun Cina yang akan diterbitkan oleh The Patriots.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.