1/ "KALAU KITA SENYAP, KITA TAK AKAN DAPAT HAK KITA."
Sebagai pekerja kontrak, pekerja pembersihan sering dibayar gaji minimum (RM1,200), dan tidak menerima kenaikan gaji tahunan atau apa-apa faedah lain termasuk kontrak tetap, cuti umum berbayar 15 hari cuti tahunan dan bonus.
2/ Satu pekerja yang kami bertemu telah berkerja selama 20 tahun sebagai pekerja pembersihan. Gaji dia hanya RM1200 sebulan. Manfaatnya semakin kurang setiap tahun – contohnya, manfaat kesihatan telah dikurangkan dari RM1,200 ke RM200.
3/ “Selepas potongan pencen dan keselamatan sosial pembersih hanya dapat membawa pulang lebih kurang RM1,000 (US$233) – di sebuah negara di mana anggaran gaji kehidupan wajarnya adalah sebanyak RM2,700 (US$633) sebulan untuk seorang.”
Sumber:
newnaratif.com/journalism/we-…
4/ @KesatuanPSHK
jg telah menuduh syarikat sub-kon secara khusus menyasarkan pekerja pembersihan yang aktif dalam kesatuan dgn:
• Mengubah waktu bekerja & syif pekerja yang aktif dlm kesatuan;
• Sewenang2nya memindahkan anggota kesatuan ke hospital yang jauh dr tempat tinggal
• Melarang perbincangan berkaitan kesatuan antara jawatankuasa pekerja dengan pekerja, walaupun pada waktu rehat;
• Melarang ahli kesatuan bekerja lebih masa untuk meningkatkan pendapatan mereka;
• Menakut-nakutkan dan mengancam anggota kesatuan dengan tindakan tatatertib.
6/ Laporan media telah menyatakan bahawa ini mewujudkan iklim ketakutan.
“Penyelia-penyelia mengikuti saya; mereka menangkap gambar saya. Mereka selalu menukar tempat [kerja] saya. Saya tidak dibenarkan untuk bercampur dengan orang lain ... loker saya telah rosak”
7/ Pada 2 Jun, 5 orang aktivis (terdapat beberapa pembersih di antara mereka) terlibat dalam satu piket kecil yang mengecam perlakuan yang kononnya tidak adil terhadap pembersih-pembersih. Mereka telah amalkan jarak sosial, memakai pelitup muka dan memeriksa suhu badan.
8/ Mereka menghadapi denda sehingga RM1,000 (USD 234) setiap seorang atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya, kerana didakwa melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit yang melarang daripada mengadakan perhimpunan besar.
Kami meminta Peguam Negara @AGCPutrajaya untuk menggugurkan kesemua tuduhan terhadap mereka. Piket adalah komponen penting dari hak untuk berpersatuan.
Mereka tidak harusnya dihukum kerana meminta kondisi kerja yg lebih baik.
#CleanerJugaFrontliner
#HormatiPekerjaPembersihan
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
