Hari Malaysia bukan sekadar hari cuti tambahan.
Ia hari untuk memperingati kelahiran sebuah negara-bangsa baharu (new nation) bernama Malaysia.
Dan kelahiran new nation ini sedikit pun tak mudah. Malah lebih mencabar berbanding merdeka dari British.
Kalau nak merdeka kita perlu lawan British saja. Malah tak perlu lawan sangat pun, boleh berunding. British selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945) dah nyawa-nyawa ikan. Decolonization soal awal atau lambat saja.
Penubuhan Malaysia lain. Kita kena berdepan dengan banyak musuh sekali gus. Musuh yang tak mahu berunding. Musuh yang dimotivasi oleh "irredentism" yang tak rasional.
Irredentism merujuk kepada gerakan nasionalis untuk membina negara yang lebih besar dari wilayah yang sedia ada. Macam irredentis Greece nak bina "Greater Greece" (Megali Idea) yang berpusat di Constantinople. Tu yang asyik bergaduh dengan Turki.
Irredentism berbeza dengan tuntutan wilayah yang biasa. Tuntutan biasa bersandarkan asas-asas undang-undang seperti perjanjian. Irredentism berdasarkan romantisme sejarah silam dan sentimen "satu bangsa, satu negara".
Nasionalis Indonesia termasuk Presiden Sukarno menaruh cita-cita "Greater Indonesia" atau Indonesia Raya berdasarkan wilayah Majapahit yang merupakan empayar paling agung yang pernah wujud di bumi Indonesia.
Di Malaya pun ada ramai nasionalis (kebanyakannya dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya / PKMM) yang nak bergabung dengan Indonesia jadi "Melayu Raya". Tapi tepuk sebelah tangan je lah. Dah gabung nanti tak ada lah Melayu Raya. Bila masa Sukarno mengaku Melayu.
Pada tahun 1961-1962, Indonesia melancarkan Operasi Trikora untuk menawan Papua Barat yang masih berada di bawah penjajahan Belanda, menamakannya semula sebagai Irian Jaya. Kemudian pada tahun 1974, Indonesia terus menakluk Timor-Leste apabila penjajah Portugis berundur.
Jadi boleh bayangkan kalau British berundur dari Sabah, Sarawak dan Brunei, Indonesia akan terus kerahkan tenteranya untuk take over seluruh Borneo.
Nasionalis Filipina pula mengidamkan "Greater Philippines" (Filipina Raya) atau Filipina Irredenta yang merangkumi Sabah. Presiden Diosdado Macapagal mula mengeklaim Sabah pada tahun 1962, mendakwa Filipina sebagai pewaris kedaulatan Sabah dari Kesultanan Sulu.
Tengok Indonesia Raya, Filipina Raya, Brunei pun nak raya juga. Brunei Raya (Greater Brunei) yang diperjuangkan oleh Ahmad Muhammad Azahari (pemimpin Parti Rakyat Brunei) meliputi Sabah dan Sarawak yang pernah dikuasai oleh Kesultanan Brunei dulu-dulu.
Tapi Sultan Brunei rasa "Lesser Brunei" pun not bad, siap nak menggangotai Malaysia. Maka Azahari melantik diri sebagai perdana menteri "Federasi Kalimantan Utara" dan melancarkan pemberontakan pada Disember 1962. Gagasan Brunei Raya terkubur selepas pemberontakan dipatahkan.
Kalau bukan sebab Malaysia ditubuhkan, cita-cita tiga negara ini pasti akan membawa kepada perang dan konflik. Borneo akan jadi medan Perang Dingin kedua di Asia Tenggara selepas Indochina, atau macam Syria yang tersepit antara kuasa-kuasa serantau (Saudi, Iran, Turki, Israel).
Tapi mujurnya semua itu tak berlaku. Apa yang berlaku ialah Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 dengan menggabungkan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah.
Dan tarikh asal penubuhan Malaysia dalam Perjanjian Malaysia (Malaysia Agreement) adalah 31 Ogos 1963. Tapi Indonesia dan Filipina tak setuju dengan penubuhan Malaysia sebab masing-masing mengintai wilayah Sarawak dan Sabah.
Indonesia dan Filpina mengadu dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) bahawa penubuhan Malaysia tak selari dengan prinsip "national self-determination". Mereka mempertikaikan hasil tinjauan Suruhanjaya Cobbold. Maka penubuhan Malaysia ditundakan.
Dan tinjauan dibuat, pada 14 September 1963, Setiausaha Agung PBB, U Thant mengesahkan ("ascertain") bahawa penubuhan Malaysia menepati prinsip self-determination. Malaysia boleh jalan terus pada 16 September 1963.
Sebab tu kita ada Jalan U Thant.
Tapi Indonesia dan Filipina masih tak puas hati, malah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya dan tak nak iktiraf Malaysia.
Kedutaan Malaya (kini kedutaan Malaysia) di Jakarta dan konsulat di Medan diserang dan dibakar.
Rakyat Malaysia yang patriotik pun balas dengan berdemo di hadapan Kedutaan Indonesia.
Khalid Yunus dan Samy Vellu yang masing-masing berumur 20 dan 27 tahun siap panjat kedutaan turunkan bendera Indonesia, naikkan bendera Malaysia.
Ni baru orang muda keras melawan, bukan berbunyi kat Twitter je.
Sukarno meneruskan Konfrontasi yang dilancarkan pada Januari 1963. Konfrontasi tu confrontation lah. Cuma orang Indonesia ambil terus dari Bahasa Belanda "confrontatie". Macam prestasi dari "prestatie", bukan "prestation" (tak sama maksud dengan prestasi).
Sukarno tak puas hati Tunku seolah-olah sailang Indonesia Raya dengan gagasan Malaysia. Tapi dia cover line dengan mendakwa Malaysia sebagai "boneka nekolim" (neokolonialisme-kolonialisme-imperialisme) yang dipergunakan oleh British untuk mengepung Indonesia.
Sukarno menghasut rakyat Indonesia untuk benci Malaysia. Kempen "Ganyang Malaysia" dilancarkan (ganyang tu perkataan Jawa bermaksud "memakan mentah-mentah", "mengunyah").
"Musuh kepada musuh adalah kawan saya". Sukarno disokong oleh kuasa-kuasa komunis iaitu Soviet dan China yang juga mengintai Borneo. Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) yang disokong oleh China memberi bantuan kepada pasukan tentera Indonesia untuk mencerobohi Sarawak & Sabah.
Kawasan yang bersempadanan dengan Indonesia jadi sasaran, macam Serian di Sarawak & Tawau di Sabah. Serangan pertama dilancarkan ke atas balai polis Tebedu di Serian pada 12 April 1963. Koperal John Ramek jadi bunga bangsa yang pertama gugur akibat serangan 10 tentera Indonesia.
Manakala serangan yang paling teruk berlaku di Tawau pada 29 Disember 1963 apabila tentera Indonesia meledakkan grenade di pos tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kalabakan. 8 anggota RAMD terkorban, namun serangan berjaya dipatahkan.
Lagu Perajurit Tanah Air ("Inilah barisan kita") dicipta zaman Konfrontasi untuk naikkan semangat anggota keselamatan Malaysia. Lirik "siap sedia berkorban" "andai kata kami gugur semua" gambaran betapa getirnya suasana. Bila-bila masa polis & tentera boleh gugur diserang musuh.
Malaysia dapat bantuan ketenteraan dari British dan negara-negara Komanwel terutamanya Australia dan New Zealand. Tentera Malaysia pun bukan calang-calang. Rejimen Renjer Diraja di Sarawak penuh dengan wira Dayak seperti Kanang Anak Langkau. Memang tak ada chance lah Indonesia.
Kegagalan Indonesia di Borneo membuat Sukarno mengalihkan fokus ke Semenanjung. Tentera payung terjun Indonesia mendarat di tempat macam Labis dan Pontian di Johor. Tapi semua kena tapau dengan RAMD dan Gurkha (Nepal berkhidmat untuk British).
Konfrontasi mengorbankan seramai 114 askar Malaysia & Komanwel, 36 orang awam Sarawak, dan hampir 600 tentera Indonesia. Rasa tidak puas hati terhadap Sukarno meningkat, lagi-lagi tindak-tandukya yang pro-komunis. Sukarno digulingkan oleh Suharto susulan peristiwa 30 Sept 1965.
Pada 11 Ogos 1966, Malaysia dan Indonesia menandatangani perjanjian perdamaian menamatkan Konfrontasi dan mendirikan hubungan diplomatik. Setahun selepas itu, ASEAN ditubuhkan. Perang-memerang tidak lagi jadi norma di rantau Asia Tenggara.
Manakala Filipina kena tunggu tahun 1977 baru mengiktiraf Malaysia. Presiden Ferdinand Marcos cakap kat Malaysia akan gugurkan tuntutan terhadap Sabah, tapi depan rakyat sendiri cakap lain ("we will pursue our claim to Sabah by peaceful means"). Tu yang jadi isu sampai hari ini.
Konfrontasi dah menjadi sejarah. Hari ini Malaysia dan Indonesia adalah negara saudara. Tapi sejarah ini wajar diingati oleh kita semua supaya kita sedar harga yang telah dibayar untuk penubuhan negara bernama Malaysia.
Yang lebih penting, semasa Konfrontasi, semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan negeri telah berganding bahu mempertahankan tanah air. Semangat perpaduan yang ditunjukkan ketika itu mengingati kita tentang common destiny sebagai Malaysian yang ramai dah semakin lupa.
Sebagai generasi baharu, menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara keutuhan dan perpaduan negara bernama Malaysia ini, supaya mereka yang telah terkorban dalam Konfrontasi tidak "die in vain".
Lest we forget!
Selamat Hari Malaysia.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.