Thiban Subbramaniam 🇲🇾 (தீபன் சுப்ரமணியம்) Profile picture
N10 Bukit Melawati 🔺| LLB.Hons | Penyelaras DUN Bukit Melawati | Selangor FC| Chelsea FC | Liberal Democrats

Sep 19, 2020, 9 tweets

The Number Game & Semangat Setiakawan

Selama 20 tahun kita bersaudara dengan menjunjung semangat setiakawan. Waktu kita susah & senang kita saling mempertahankan semangat setiakawan yang kita bina selama ini. Kita sama-sama bina harapan Rakyat. Kita sama2 laungkan Reformasi.

Semasa Pas mendakwah DAP adlh punca mereka berpecah dari Pakatan Rakyat dulu kita telah pertahankan DAP sehingga saat akhir PR berkubur. Kita mengambil langkah berani mewujudkan PH. Hanya 3 Parti sahaja membina PH. Pada masa itu Atuk mahupun Warisan tidak bersama kita.

Namun bila kita menjadi sebuah Pakatan yang kuat & diterima oleh Rakyat ramai mula sertai kita dirumah yang kita bina sama2. Warisan bersama dengan kita setelah kita menang PRU 14. Kita menang dengan bina harapan @anwaribrahim adalah PM jika PH menang manakala Atuk PM interm shj.

Namun janji kita kepada Rakyat tinggal janji bila sebahagian dari sahabat kita berkuasa. Ada yang sanggup khianat untuk kekal berkuasa. Apa yang kita perjuangkan selama ini? Bukankah kita laungkan Anwar adalah satu satunya Calon PM dari PH? Kenapa kita perlu berundur sekarang?

Ada sesetengah pihak bincang soal nombor sekarang. Kononnya jika Anwar tidak cukup nombor maka kita boleh pilih pilihan kedua. Ini semangat setiakawan? Sanggup khianat perjuangan selama ini demi kuasa? Sanggup khianat semangat akar umbi PH?

Nombor itu bukanlah satu masalah untuk @anwaribrahim. Jika beliau gila jawatan PM maka beliau boleh sahaja menerima tawaran MP2 dari PN yang ingin bersama dengan beliau. Ianya jalan mudah untuk beliau jadi PM. Syaratnya mudah, mereka minta @anwaribrahim tinggalkan DAP.

Walaupun sudah dapat tawaran untuk menjadi PM beberapa kali, @anwaribrahim tidak sanggup khianati semangat setiakawan yang dibina selama ini. Beliau masih pertahankan DAP dan @guanenglim . Beliau seringkali mengalah demi pertahankan semangat setiakawan dan PH.

Kini ada yang sanggup meletakkan pilihan demi kuasa. Mengapa hanya DSAI sahaja perlu bawah numbers? Mengapa rakan-rakan komponen tidak turut berusaha. Mengapa mereka sanggup meletakkan seseorang yang tidak berjuang dengan kita selama ini diangkat sebagai satu pilihan?

Apa perjuangan mereka sebenarnya? Inikah semangat setiakawan yang mereka sembang selama ini? Wahai Pemimpin sedarlah diri. Rakyat bukan bodoh. Mereka sedang perhatikan segalanya. Jangan sampai anda ditolak rakyat. #Setiakawan #PakatanHarapan

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling