Demokrasi berparlimen (parliamentary democracy) bukan sistem yang stabil.
Kerajaan ('eksekutif') dibentuk daripada parti atau gabungan parti (coalition) yang ada majoriti di badan perundangan ('legislatif'). Kerajaan berubah apabila coalition di legislatif (parlimen) berubah.
Sebab tu kita tengok PM di Jepun dan Itali asyik bertukar-tukar. Dari tahun 2000-2020 Jepun ada 10 PM. Itali pun sama, ada 9 PM dalam masa 20 tahun. Secara purata seorang boleh bertahan 2 tahun saja.
Australia pernah ada "The Year of Three Prime Ministers" pada tahun 2013. Mula2 Julia Gillard disingkirkan sebagai ketua parti Labor, jawatan PM diganti oleh Kevin Rudd. Pastu tak sampai 3 bulan, Labor kalah PRU, Rudd diganti oleh Tony Abbott dari parti Liberal.
Kerajaan di negara-negara demokrasi berpresiden (presidential democracy) pula lebih stabil sebab mengamalkan pengasingan kuasa (separation of powers) yang tulen: eksekutif, legislatif dan judisiari (badan kehakiman) masing-masing terdiri daripada orang yang berbeza.
Di US, komposisi ahli Kongres (macam Parlimen kita) tak menentukan siapa kerajaan. Ketua eksekutif (presiden) dipilih menerusi pemilihan presiden yang berasingan daripada pemilihan wakil rakyat. Kat Indonesia, Filipina, Korea pun sama.
Tengok betapa banyak kotak kena tick.
Katakan Republican menang pemilihan presiden tapi Democrat menang pemilihan wakil rakyat di House of Representatives (dewan bawah Kongres) dan Republican menang pemilihan wakil rakyat di Senate (dewan atas Kongres). Tak ada masalah, kerajaan masih boleh dibentuk bawah presiden.
Selalunya presiden boleh bertahan sampai habis penggal, kecuali kena impeachment. Dan presiden boleh lantik sesiapa saja jadi menteri, tak perlu (dan memang tak boleh) lantik orang dari kalangan wakil rakyat.
Sebab tu US boleh bentuk kerajaan 'the best and the brightest'. Jawatan menteri sains bagi dekat profesor sains yang dapat Hadiah Nobel, menteri luar bagi kat profesor hubungan antarabangsa, menteri pertahanan bagi kat jeneral 5-star. Macam mana negara tak kuat.
Nak lantik orang politik pun boleh, untuk tujuan 'reconciliation'. Macam Jokowi lantik Prabowo yang lawan dia dalam pemilihan presiden jadi menteri, jadi penyokong Jokowi dan Prabowo masing-masing tak perlu bergaduh.
Tapi sistem berpresiden pun ada masalahnya juga. Sebab kalau presiden dan kabinet nak buat undang-undang baharu, dia akan mengalami masalah kalau majoriti badan perundangan dikuasai oleh parti lawan.
Trump seorang Republican, so apabila Democrat dapat majoriti di Kongres dalam pemilihan Kongres tahun 2018, Trump tak dapat nak luluskan undang-undang. Cadangan bajet ditolak. Tu yang jadi 'government shutdown' sebab tak ada bajet nak bayar gaji kakitangan kerajaan.
Benda macam tu tak berlaku di negara demokrasi berparlimen sebab usul kerajaan mesti akan lulus sebab kerajaan memegang majoriti badan perundangan.
Sistem berpresiden juga lebih mudah melahirkan diktator.
Negara berwarna biru dalam peta ni mengamalkan sistem berpresiden.
Sebab tu kita selalu dengar kes diktator di Amerika Latin & Afrika. Presiden terlalu berkuasa, & terlalu sedikit mekanisme untuk mengimbangi kuasanya.
Kalau dalam demokrasi berparlimen, ketua eksekutif boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya atau desak bubar parlimen. Jadi ia lebih menjamin demokrasi.
Tak ada sistem yang sempurna. Tak perlu runsing pasal suasana politik yang berubah-ubah. Politik memang sifatnya macam tu. Inilah 'new normal' yang kita perlu hadap kalau memilih demokrasi.
Benda-benda ni aku akan terangkan dalam buku 'Politik Untuk Pemuda' nanti.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.