Sahabat EmpayarSaham Profile picture
Ini bukan lagi twit bishe-bishe, aku hanya share sahaja CREDIT TO PAGE ASAL DI FB **LIHAT PADA PIN TWEET '📍'

Sep 25, 2020, 11 tweets

🎉 PARAS PRESTASI KEJAYAAN

Distribution chart di bawah ni sebenarnya nak menunjukkan kenapa orang yang success, success.

Hasil kajian mendapati, kejayaan seseorang mempunyai hubungkait dgn stress yang dihadapinya. Betullah tu sbb stress datang dari halangan dan halangan ialah sesuatu yang perlu dilepasi utk mencapai kejayaan.

Jika anda langsung tak stress, anda akan dilanda kebosanan - performance anda tak optimal. Jika anda tersangat stress pula, anda akan dilanda kebimbangan dan akhirnya mental breakdown - performance anda tak optimal.

Paling baik sekali ialah anda mengalami stress tidak keterlaluan - cukup utk mendorong anda pada tahap optimum.

Orang yang berjaya menjadi berjaya, kerana mereka berjaya mengawal stress mereka pada tahap yg tidak keterlaluan walau apa pun halangan yang datang. Mereka mengawal stress dan bukan stress mengawal mereka.

APA KAITAN DGN SAHAM?

Di dalam dunia saham, kita kenal stress sebagai emosi. Emosi yang terlalu rendah menyebabkan kita terlalu lambat bertindak terhadap sebarang perubahan market. Akibatnya kita seringkali ketinggalan.

Emosi yang terlalu tinggi pula menyebabkan kita terlalu mudah panik. Kedua-dua emosi ini tidak bagus buat kita - ia menyebabkan pelaburan kita tak optimum.

Sebaik-baiknya ialah kita mengawal emosi kita supaya tidak keterlaluan - cukup sekadar mendorong kita utk bertindak pantas tetapi tidak smpi panik.

Bagaimana orang berjaya mampu mengawal stress mereka?

Ini kerana mereka telah pun memprogramkan set tingkahlaku yang mereka amalkan berulang-ulang kali setiap kali mereka berhadapan dengan stress. Dalam erti kata lain, mereka dah tau apa nak buat.

Begitu juga pelabur-pelabur yang berjaya. Mereka ini berjaya dalam saham kerana mereka telah pun mempunyai cara atau stail pelaburan mereka sendiri yang mereka amalkan berulang-ulang kali setiap kali mereka berhadapan dgn emosi market.

Mereka tak terpengaruh dengan stail org lain kerana mereka sedar mereka unik. Dalam erti kata lain, mereka dah tau apa nak buat.

EmpayarSaham

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling