Pulangku dari kerja sambil kemas barang di bonet kereta.
Terlihat seorang ayah yg baru keluar dari speedmart, bersebelahan dgn office kami
Ayah itu keluarkan aiskrim cornetto dari plastik lalu diberikan kpd anak perempuannya yg sdg duduk di atas motor, lalu anaknya berkata...
"Terima kasih ayah 😁, dah 3 bulan kita tak makan aiskrim ni kan"
Ayahnya membalas kembali.
"Hari ni ayah baru dapat gaji, kamu pun dapat keputusan yang baik.
Kamu belajar rajin² tau, nanti ayah belanja lagi aiskrim ni 🙂"
dibalas anaknya
"Terima kasih ayah! sayang ayah!❤"
Selepas dari melihat kejadian tersebut, aku renung seketika di dalam kereta apa itu erti kehidupan.
Usaha & pengorbanan seorang ayah yang ingin menggembirakan anaknya walaupun hanya dengan sebatang aiskrim corneto.
Ada orang, sesuatu barang kehendak itu hanya pandangan biasa saja baginya.
Kerana bagi mereka, barang itu boleh dibeli lebih dari satu atas sebab mereka lebih dari mampu.
Ada orang pula, mereka juga ingin membeli barang kehendak.
Namun mereka berfikir berulang kali kerana ada barang keperluan yang perlu didahulukan.
Cuba kita renung kembali, bila kita fikir kita dalam kesusahan.
Sebenarnya ada yang lebih susah dari kita.
Kita fikir kita sudah susah kerana hanya ada RM50 untuk makan seminggu seorang.
Tapi ada keluarga gunakan RM50 untuk makan sebulan.
Dan selain dari menghargai jasa seorang ibu.
Jangan lupa juga hargai & balas jasa seorang ayah.
Kerana kebiasaannya seorang ayah itu tidak pernah tunjukkan keletihan & kesempitan hidup yg dia sdg alami.
Hanya ukirkan senyuman & ketenangan pd org yg disayangi.
Kerana dari kecil lagi lelaki sudah dididik begitu.
Menggantikan tangisan dgn menajamkan akal & cekalkan jiwa.
Teruskanlah rasa syukur dengan apa yang kita ada.
Dan terus juga rasa syukur & husnuzhon pada Allah apabila kita ditimba ujian & musibah.
Kerana mungkin kesusahan org lain lebih susah dari kita.
Kerana...
Bila Allah uji kita, tanda Allah sayang pada hamba²Nya.
Jzkk 🌿
Oh ya, aku tak kepilkan gambar untuk kejadian yang aku ceritakan.
Kerana menghormati keluarga tersebut.
Dan aku pun tidak mahu ambil gambar kerana aku ingin lebih menghayati pengajaran yang sedang keluarga ini berikan padaku.
Peace 💚
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
