Dapat beberapa soalan berkaitan pasaran global. Ada tanya saya trade ke tak pasaran global? Saya lama juga tak tengok US market. jadi saya nak share how to trade in US market
kalau ada yang berminat.
Ramai yang kenal 'global' market ni bila Dato Dr Nazri Khan mula start buat kelas pasal US market la.
Mana yang trade global guna saxo bank tu biasa kenal saham US ni dari DDNK la. Saxo ni dari Singapore.
Ramai orang buka saxo sebab caj broker murah compare dengan local investment bank dekat Malaysia ni.
Boleh tengok dekat website ni
home.saxo/rates-and-cond…
Account pun boleh buka online je tak perlu sampai nak kena sign form bagai macam buka cds dekat Malaysia ni. Cuma masalah dia satu jela, kena deposit modal banyak sikit kalau nak trade global.
Most trader akan trade option, bukan mother stock. Option ni kalau nak di ibaratkan dekat bursa, macam kita beli warrant la.
Option ni ada expiry date, jadi kita kena jual beli dalam satu tempoh. Kalau tak nanti kena convert.
Dari segi teknikal analysis, sama seperti bursa. Cuma yang membezakan hanya platform sahaja.
Cuma kelebihan trade market US, kita boleh
> Short
- membuat keuntungan ketika saham jatuh
> Long
- membuat keuntungan ketika saham naik
Kalau sapa familiar dengan forex, mungkin tahu.
Macam saya, lebih selesa guna Tastyworks, sebab brokerage lebih mudah dan features lebih menarik.
Cuma dah berabad la tak buka platform.
tastyworks.com
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
