Sahabat EmpayarSaham Profile picture
Ini bukan lagi twit bishe-bishe, aku hanya share sahaja CREDIT TO PAGE ASAL DI FB **LIHAT PADA PIN TWEET '📍'

Sep 26, 2020, 22 tweets

🤒TIPS-TIPS UNTUK MENCARI CANDLESTICK REVERSAL PATTERN YANG BAKAL MENGUBAH PRICE TREND.

Pada sharing lepas, kita ada bincangkan ttg bukan semua candlestick reversal pattern berbaloi utk diberi perhatian, ada waktunya candlestick reversal pattern muncul boleh abaikan begitu saja.

Anda Boleh rujuk semula perbincangan yang lepas dengan link di bawah.

Untuk sharing kali ini, Admin akan share apakah petanda-petanda penting yang menunjukkan candlestick reversal pattern yang bakal membawa kepada perubahan trend price.

1. Sekiranya candlestick reversal pattern terbentuk pada support dan resistance, terutama sekali jika support dan resistance itu sangat kuat.

2. Sekiranya candlestick reversal pattern terbentuk sekali dengan volume yang besar.

3. Sekiranya candlestick reversal pattern terbentuk pada price yang sudah bergerak terlalu tinggi atau terlalu rendah.

4. Sekiranya candlestick reversal pattern terbentuk pada price yang sudah bergerak terlalu laju.

5. Sekiranya candlestick reversal pattern terbentuk pada 52-week high atau 52-week low.

6. Sekiranya candlestick reversal pattern terbentuk ketika oversold atau overbought. Oversold dan overbought boleh dilihat bantuan technical indicator.

7. Sekiranya candlestick reversal pattern tersebut jarang terbentuk sebelum ini.

CARA-CARA TRADER OTAI MENGESAN PERUBAHAN TREND.

Trader-trader otai tidak menggunakan senarai yang Admin bagi di atas. Dulu mungkin pernah guna senarai ini skrg mungkin tidak.

Apabila anda sudah mahir dengan candlestick pattern, dengan instinct anda sudah boleh "merasa" yang candlestick reversal pattern itu perlu diberi perhatian atau tidak.

Apa itu maksud "merasa"?

Ia merupakan satu conscience atau kata hati atau firasat (panggillah apa pun) yang dimiliki oleh trader-trader otai yang bila lihat saja candlestick sudah tahu adakah candlestick pattern ini bakal mengubah trend atau tidak.

Conscience ini terhasil dari instinct atau deria yang terbina hasil latihan dan pengalaman. Dengan instinct, anda dapat menangkap atau filter candlestick-candlestick yang penting dan dengan "merasa", anda boleh menentukan adakah perubahan trend akan berlaku.

Pendek kata, apabila sudah mahir, anda boleh membaca candlestick pattern seperti anda baca buku - line by line. Itulah sebabnya walau price downtrend sekali pun, walau stock rugi sekali pun,

trader-trader otai masih mampu mencari profit kerana mereka mahir melihat correction dan mengambil kesempatan atasnya.

Dalam mengesan perubahan trend, trader-trader otai sebenarnya mencari keadaan-keadaan yang dipanggil overextension. Ia adalah keadaan yang mana price sudah stretch terlalu jauh dan ia juga adalah keadaan yang mana bull atau bear benar-benar sudah kehabisan tenaga.

Dalam keadaan overextension inilah salah satu dari 7 petanda penting di atas akan berlaku.

Tiada kelas yang boleh mengajar anda bagaimana menjadi trader otai. Paling tinggi pun sifu-sifu saham akan mengajar anda asas-asas penting atau tips-tips analisis candlestick.

Selebihnya anda perlu membuat "pertapaan" anda sendiri dengan membuat latihan berulang-ulang kali dan merasa pengalaman jatuh bangun trade anda sendiri.

Jika anda berminat menjadi trader otai, tips yg boleh Admin bagi ialah latih diri anda utk MELUPAKAN semua asas-asas analisis candlestick. Matlamat anda ialah tidak lagi bergantung kepada asas, sebaliknya bergantung kepada "merasa" dengan cara anda develop instinct anda sendiri.

Asas hanyalah untuk trader-trader newbie sbg panduan untuk mereka survive dalam trade. Instinct utk trader-trader otai.

Sekiranya anda berterusan membuat latihan, lama kelamaan anda akan rasa membaca pergerakan candlestick seperti membaca buku cerita.

Setiap candlestick yang terbentuk, anda boleh faham apa yang bull dan bear sedang buat dan pada masa sama anda boleh agak apakah candlestick yang akan terbentuk seterusnya - Itulah instinct.

Apabila anda sudah tiba ke tahap itu, bermakna anda sudah berjaya develop instinct anda sendiri dan "pertapaan" anda sudah berakhir.

Tiada jalan mudah nak jadi senang. Segalanya perlu usaha di permulaan.

EmpayarSaham

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling