CARA MEMILIKI SENJATA API DI MALAYSIA
Malaysia tidak ada Pindaan Kedua seperti US yg membenarkan pemilikan senjata api. Namun Malaysia masih membenarkan dengan syarat tertentu. Bagaimana cara memohonnya dan apa syaratnya
Ini ialah berbenang
Di Malaysia permohonan untuk pemilikan senjata api dikelolakan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan untuk rayuan permohonan dikelolakan oleh Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.
Permohonan terdiri daripada beberapa bahagian
Syarat permohonan senjata api
Untuk Membeli/Pindah milik/Memiliki/Membawa dan menggunakan Pistol/Revolver
Bertujuan
A) Menjaga keselamatan diri / harta benda / syarikat
B) Menjaga keselamatan diri / keluarga / harta benda
C) Sukan
Untuk Membeli/Pindah milik/Memiliki/Membawa dan menggunakan Senapang Patah(Shotgun) dan Rifle
Bertujuan
A) Mencegah musuh tanaman
B) Menjaga keselamatan diri / harta benda / syarikat
C) Sukan
PERMOHONAN BARU SENJATA API
Bagi mereka yang ingin membuat permohonan kali pertama atau baru untuk senjata api perlu melampirkan dokumen berikut
1. Senarai Semak Membeli/Pindah MIlik/Memiliki/Membawa dan menggunakan Pistol/Revolver
2. Senarai Semak Membeli/Pindah MIlik/Memiliki/Membawa dan menggunakan Shotgun/Rifle
3. Borang Permohonan Memperbaharui Lesen Senjata Api(Ketua Polis)
4. Borang Permohonan Memperbaharui Lesen Senjata Api(Ketua Polis Daerah)
5. Borang Pol 128
6. Lampiran A Borang Pol 128
7. Lampiran B Borang Pol 128
8. Permohonan Baru Kad Senjata(3A)
9. Borang Permohonan Pembetulan Maklumat Kad Senjata (3C)
10. Borang Permohonan Penggantian Kad Senjata (3D)
Kesemua borang di atas perlu dilengkapkan, dikemukakan dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah tempat pemohon bermastautin
Semua borang boleh dimuat turun di portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM)
PEMBAHARUAN LESEN SENJATA API
Bagi individu yang ingin memperbaharui lesen senjata api hanya perlu menyediakan dokumen
Borang Permohonan Memperbaharui Senjata Api
PINDAH MILIK/MEMILIKI SENJATA API
Bagi individu yang ingin membuat pindah milik senjata api kepada individu lain ataupu individu yang ingin memiliki senjata api tetapi pemilik asal telah meninggal dunia perlu melampirkan dokumen berikut
1. Senarai Semak Membeli/Pindah MIlik/Memiliki/Membawa dan menggunakan Pistol/Revolver
2. Senarai Semak Membeli/Pindah MIlik/Memiliki/Membawa dan menggunakan Shotgun/Rifle
3.Borang Pol 128
4.Lampiran A Borang Pol 128
5.Lampiran B Borang Pol 128
6.Lampiran C Borang Pol 128
KEDAI MENIAGA SENJATA API
Yang ingin meniagakan senjata api boleh memohon dengan melampirkan borang berikut
Borang Pol 125
CARRY AND USE(C&U)
Bagi individu yang ingin membawa dan menggunakan senjata api, perlu mengemukakan dokumen seperti berikut
1. Senarai Semak Membeli/Pindah MIlik/Memiliki/Membawa dan menggunakan Pistol/Revolver
2. Senarai Semak Membeli/Pindah MIlik/Memiliki/Membawa dan menggunakan Shotgun/Rifle
3.Borang Pol 128
4.Lampiran A Borang Pol 128
Kesemua borang/ Senarai Semak hendaklah dikembalikan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah tempat pemohon bermastautin
PERMOHONAN MEMILIKI SENJATA API BAGI SYARIKAT/KELAB/PERSATUAN
1. Permohonan Baru Kad Senjata(3A)
2. Borang Permohonan Pembetulan Maklumat Kad Senjata (3C)
3. Borang Permohonan Penggantian Kad Senjata (3D)
4. Borang Pol 128
5. Lampiran A Borang Pol 128
6. Agensi Kerajaan
Kesemua borang permohonan individu/syarikat/jabatan dan dokumen menurut senarai semak yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat Polis Daerah tempat pemohon/syarikat/jabatan bermastautin atau tinggal
JENIS JENIS SENJATA API YANG BERKAITAN
1. Pistol/Revolver
2. Shotgun/Pumpgun
3. Rifle
4. Fire Launcher
5. Pistol Pelepas
6. Spare Barrel
7. Fastening Tools
8. Air Taser
UNDANG UNDANG BERKAITAN
1. Akta Senjata 1960
2. Akta Senjata Api 1971(Penalti lebih berat)
3. Akta Agensi Persendirian 1971
4. Lain lain undang undang dan peraturan bertulis yang diwartakan
Administrative fee relating to an arms cards under arms Licencing Regulation 1961[P.U (A)303/1978 ].
a) For an arms card under regulation 6A -
RM 30.
b) For a change and correction of particulars
Of arms card under regulation 6C - RM10.
c) For replacement of an arms card under regulation 6D.
(i) for the first loss - RM50.
(ii) for the second loss - RM100.
(iii) for the third and following loss- RM1000.
RAYUAN
Untuk sesiapa yang gagal permohonan dengan PDRM boleh memohon kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.
SYARAT PERMOHONAN
1. Perayu adalah diminta supaya mengemukakan rayuan kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.
2. Rayuan adalah di dalam bentuk surat rasmi dan salinan surat penolakan daripada Ketua Polis Negara perlu disertakan.
3. Rayuan perlu dikemukakan di dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh surat penolakan Ketua Polis Negara.
4. Bagi penolakan dari Ketua Polis Negeri, tuan adalah dinasihatkan supaya mengemukakan rayuan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penolakan asal.
5. Perayu turut dinasihatkan supaya menyertakan bersama butiran berkaitan yang difikirkan perlu untuk mengemaskini maklumat berkaitan rayuannya
6. Setelah rayuan yang lengkap diterima, Kementerian akan memaklum terima rayuan tersebut dan perayu akan diberi nombor fail Kementerian seperti KDN.S.32/62 PT 17000. Nombor terakhir merupakan nombor rujukan tuan di Kementerian ini.
SOALAN LAZIM
1. Bolehkah saya mengemukakan permohonan untuk memiliki senjata terus kepada Kementerian ?
- Tidak. Bidang kuasa Kementerian adalah hanya untuk memeroses rayuan hanya setelah permohonan ditolak oleh pihak PDRM.
2. Bilakah saya perlu mengemukakan rayuan kepada Kementerian ?
Perayu perlu mengemukakan rayuan sebelum tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penolakan oleh Ketua Polis Negara. Sekiranya rayuan dikemukakan selepas tempoh tersebut maka perayu perlu mengemukakan rayuan kpda IPD
3. Bolehkah Kementerian mengeluarkan lesen memiliki senjatapi ?
Tidak. Kementerian hanya mengeluarkan keputusan terhadap rayuan pemilikan senjatapi. Lesen pemilikan dikeluarkan oleh PDRM.
4. Di manakan saya boleh mengemukakan permohonan untuk memiliki senjat api ?
Permohonan untuk memiliki senjatapi boleh dikemukakan di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah yang bertanggungjawab terhadap daerah tempat tinggal perayu
5. Apakah yang saya perlu buat untuk menyemak status rayuan saya ?
Kementerian boleh dihubungi pada talian telefon 03-88868546 / 8541. Sila nyatakan nombor fail kepada petugas. Perayu juga boleh mengirim surat kepada Kementerian atau hadir sendiri ke Kementerian
setelah membuat temujanji.
Perayu tidak boleh melantik wakil bagi urusan rayuan melainkan sekiranya perayu tidak boleh hadir sendiri atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan bagi mengelakkan kes-kes penipuan dan salah guna kuasa
6. Apakah yang perlu saya buat setelah menerima surat kelulusan dari Kementerian ?
Perayu perlu merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah yang bertanggungjawab dalam tempoh lima (5) minggu daripada tarikh surat kelulusan tersebut.
7. Bagaimana sekiranya saya ingin menambah syarat kepada lesen saya ?
Bagi pemilik lesen yang menerima kelulusan dari PDRM maka permohonan untuk menambah syarat boleh dibuat kepada Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.
Sekiranya kelulusan pemilikan senjatapi diperolehi dari Kementerian, maka pemilik lesen boleh mengemukakan permohonan terus kepada Kementerian menerusi Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam.
8. Bolehkah saya merayu terhadap keputusan Menteri untuk menolak permohonan saya ?
Tidak. Seksyen 30(4) memperuntukkan bahawa sebarang keputusan Menteri adalah kekal dan muktamad.
9. Apakah yang saya perlu buat sekiranya permohonan saya ditolak ?
Perayu perlu mengemukakan permohonan yang baru di Ibu Pejabat Polis Daerah yang bertanggungjawab dengan menyertakan asas-asas permohonan untuk pertimbangan.
10. Bolehkah saya merayu terus kepada Kementerian walaupun keputusan daripada Ketua Polis Negara belum diterima ?
Tidak. Seksyen 30(4) memperuntukkan bahawa kuasa Menteri untuk mempertimbangkan sebarang kes adalah hanya setelah ianya ditolak oleh pihak PDRM.
11. Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi mengemaskinikan pengkalan maklumat Kementerian ?
Dokumen am iaitu butiran peribadi perayu (alamat terkini, nombor telefon; dan
Dokumen khusus yang boleh dikemukakan bergantung kepada tujuan pemilikan iaitu
1. Mencegah musuh tanaman pemilikan tanah, pemberian kuasa penjagaan tanah, kerosakan terhadap tanaman, program penanaman semula, kepelbagaian dan jenis tanaman
2. Menjaga keselamatan diri dan harta benda penyata kewangan syarikat dan peribadi yang terkini, salinan aduan kepada polis mengenai ancaman
3. Bersukan sijil penyertaan di mana-mana kejohanan di peringkat tempatan atau antarabangsa mewakili kelab, negeri atau negara
Sumber : Kementerian Dalam Negeri(KDN), Polis Diraja Malaysia(PDRM), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur(KL)
facebook.com/PolisKL/posts/…
moha.gov.my/index.php/ms/r…
moha.gov.my/index.php/ms/m…
rmp.gov.my/pelesenan-senj…
Untuk sebarang pertanyaan lanjutan. Boleh bertanya di Ibu Pejabat Polis Daerah tempat tinggal masing-masing
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
