👳 IMAM SYAFIE.
Bagi yang muslim, anda pasti faham Imam Syafie ialah seorang guru dan ulama yang sangat tegas, penuh disiplin dan sangat berhati-hati dalam menjaga ilmu dan ibadah.
Malah Mazhab Syafie yang didirikan dari ajarannya juga merupakan antara mazhab yang paling ketat di antara 4 mazhab utama dalam Islam sehingga dikatakan orang-orang muslim dari Mazhab Hambali dan Maliki tidak mampu mengikuti Mazhab Syafie.
Ini menyebabkan mereka hormat kepada sesiapa yang mengikuti ajaran Imam Syafie.
Begitu berhati-hatinya Imam Syafie sehingga beliau tidak membenarkan istihsan kecuali dalam keadaan yang sangat memerlukan istihsan.
Apakah itu istihsan? Istihsan ialah bermaksud jalan alternatif. Di dalam Islam, istihsan memberikan hukum alternatif kepada hukum asal yang dinyatakan dalam al-Quran jika hukum asal benar-benar tidak dapat dilaksanakan.
INTRADAY SHORT SELLING.
Kenapa Admin bercerita ttg Imam Syafie dan istihsan sedangkan twitt ini sepatutnya pasal saham?
Kerana Admin nak mengulas sedikit ttg IDSS - intraday short selling.
Majlis Penasihat Syariah menghalalkan short selling yg pada asalnya haram kepada halal kerana mereka melihat pada maslahat yg lebih umum. Mereka melihat pada peri pentingnya kecairan market kerana ini membantu menarik modal ke Malaysia dan seterusnya menguatkan ekonomi Malaysia.
Short selling antara yang membantu membina kecairan dalam market. Ini menyebabkan mereka menggunakan istihsan utk mencari hukum alternatif kepada short selling setelah berpuas hati setiap unsur gharar yang terlibat telah dijawab.
Walau bagaimana pun, Bursa Malaysia masih berhati-hati dgn short selling lalu mengehadkannya kepada intraday sahaja. Maka, wujudlah IDSS.
Selebihnya terpulang kepada anda utk menerima IDSS atau tidak. Kerana tanggungjawab hukum sudahpun terlepas dari anda jika anda mahu short selling.
Cuma bagi Imam Syafie, beliau mengelakkan istihsan seboleh mungkin. Admin tidak tahu jika Imam Syafie masih hidup apakah pandangan beliau terhadap short selling.
Namun, yang penting Imam Syafie sangat berhati-hati mencari keredhaan Allah. Oleh itu, ijtihad Admin ialah Admin akan menghindar IDSS seboleh mungkin.
ADAB BELAJAR ILMU SAHAM.
Keduanya, Admin mahu berbicara ttg adab mencari ilmu - terutama ilmu saham. Admin faham anda mahu ilmu utk mencari duit tambah.
Namun, dalam mencari ilmu perlukan kepada disiplin, sabar, tidak kedekut berkorban masa dan yuran, hormat pada guru serta tidak berprasangka buruk padanya dan menjaga perilaku sendiri tidak berperangai buruk supaya tidak memalukan ilmu yang dibawa.
Anda boleh baca adab mencari ilmu Imam Syafie yang Admin sertakan di bahagian paling bawah sharing ini.
Admin banyak menerima keluhan dari orang-orang yang mahu belajar saham. Antara keluhan yang Admin biasa dengar ialah
1. Yuran mahal.
2. Sifu saham tidak ikhlas.
Bila anda mempersoalkan kedua-dua ini sahaja, adab mencari ilmu sudah pun terlepas dari anda - apa yang anda belajar menjadi sia-sia.
Mencari ilmu tiada alasan. Jika yuran mahal, bersabarlah dulu dan simpan wang utk yuran. Jika nak kumpul yuran pun tak mampu ia juga petanda yang anda tidak sesuai melabur saham kerana anda bersikap gopoh dan tidak sabar.
Sementara menunggu yuran cukup, anda boleh mencari group-group saham, buku-buku saham, portal-portal saham utk menambah ilmu. Di twitt ini sendiri menawarkan anda ilmu free bukan?
Ilmu-ilmu yang sifu-sifu saham lain hanya mahu dedahkan di dalam kelas, Admin dedahkan sendiri dalam page utk tatapan umum.
Guru juga perlu anda hormati. Elakkan tuduhan yang melulu sifu-sifu saham tidak ikhlas dengan mengenakan yuran yang mahal.
Di Malaysia, sifu-sifu saham terdiri dari remisier tetapi ada juga yang bukan remisier. Sifu-sifu saham remisier ni kalau ikutkan mereka boleh saja tidak mengajar ilmu saham kerana hanya dgn menjaga client mereka sahaja pun dah cukup sibuk.
Jika mereka mahu mengajar ilmu saham, bermakna mereka sanggup meluangkan extra time yang sepatutnya diluangkan kepada keluarga sendiri utk anda. Sudah tentulah anda perlu bayar extra time yang mereka korban - itulah yuran namanya... tapi tidak semestinya mereka tidak ikhlas.
Apakah bila mereka sanggup korbankan masa mereka tidak cukup membuktikan mereka sendiri mahu menolong anak bangsa?
Jika anda masih mahu mempersoalkan yuran mahal yang mereka kenakan sedangkan mereka mengorbankan masa keluarga mereka utk anda, Admin mahu bertanya - mereka yang tidak ikhlas mengajar ke?
Atau anda yang tidak ikhlas mahu menuntut ilmu hanya dgn jalan senang dan free sehingga minta berkorban utk ilmu pun mengeluh?
Kerana mencari ilmu sentiasa memerlukan pengorbanan. Jangan ambil mudah belajar ilmu saham.
Sifu-sifu saham seperti Dr. Nazri Khan dan Tuan Hj. Asri Ahmad serta Sifu Faizal Yusup antara remisier-remisier yang terkenal - lagilah sibuk. Jadi tidaklah menghairankan jika yuran mereka mahal-mahal.
Jika anda tak mampu, elakkan dari mengutuk mereka tidak ikhlas sebaliknya carilah kelas-kelas saham yang lebih murah.
Pada masa yang sama, jika ada sifu-sifu saham yang mengadakan introduction class dan anda masih perlu menghadiri beberapa kelasnya yang lain sblm menguasai ilmu saham, itu juga seharusnya anda elakkan prasangka buruk.
Mereka ini mengadakan segmental class bukanlah kerana mereka tamakkan wang yuran anda. Ada hikmahnya.
Jika anda rasa mereka tidak sesuai dgn anda, melalui introduction class lagi, mereka memberi anda peluang menilai mereka. Ini mengelakkan anda dari berbelanja lebih besar pada sifu saham yang anda tidak sesuai.
Pada masa sama, ilmu saham bukan boleh dikuasai dalam masa yang singkat. Mempelajari ilmu saham perlukan kesabaran dan mengambil masa.
Yang penting keinginan belajar dan berhenti dari mengasihani diri sendiri dan menyalahkan orang lain.
Siapa yang belum pernah merasa susahnya belajar ilmu saham, dia akan merasa betapa sukarnya melabur tanpa ilmu saham.
Walaupun Admin tidak mengadakan kelas, namun Admin wujudkan Empayar Saham agar tanggungjawab menyebarkan ilmu itu terlepas dari Admin. Jika anda kata Admin ada niat lain, terpulang kepada tuan punya badan.
ADAB MENCARI ILMU IMAM SYAFIE.
"Aku melihat pemilik ilmu hidupnya mulia, walaupun dia dilahirkan dari orang tua yang terhina. Dia terus menerus menerus diangkat hingga pada darjat yang tinggi dan mulia.
... Umat manusia mengikutinya dalam setiap keadaan, seperti pengembala kambing ke sana sini diikuti haiwan ternakannya. Tanpa ilmu umat manusia tidak akan berasa bahagia dan tidak akan mengenal halal dan haram."
"Di antara keutamaan ilmu kepada penuntutnya adalah semua umat manusia dijadikan sebagai pelayannya. Wajib menjaga ilmu laksana orang menjaga harga diri dan kehormatannya...
... Siapa yang memiliki ilmu kemudian dia titipkan kepada orang yang bukan ahlinya kerana kebodohannya, maka dia akan menzaliminya."
"Wahai saudaraku, ilmu tidak akan diraih kecuali dengan enam syarat dan akan aku ceritakan perinciannya di bawah ini: Cerdik, perhatian tinggi, sungguh-sungguh, bekal, dengan bimbingan guru dan panjangnya masa..."
"Bersabarlah terhadap kerasnya sikap seorang guru. Sesungguhnya gagalnya mempelajari ilmu kerana memusuhinya. Siapa yang belum merasakan pahitnya belajar walau sebentar, dia akan merasakan hinanya kebodohan sepanjang hidupnya...
... Dan barangsiapa ketinggalan belajar di masa mudanya, Maka bertakbirlah untuknya empat kali kerana kematiannya.
"Demi Allah hakikat seorang pemuda adalah dengan ilmu dan takwa. Bila keduanya tidak ada maka tidak ada anggapan baginya."
"Ilmu adalah tanaman kebanggaan maka hendaklah anda bangga dengannya. Dan berhati-hatilah bila kebanggaan itu terlepas darimu. Ketahuilah ilmu tidak akan didapat oleh orang yang fikirannya tercurah pada makanan dan pakaian."
"Pencinta ilmu akan selalu berusaha baik dlm keadaan telanjang dan berpakaian. Jadikanlah bagi dirimu bahagian yg cukup dan tinggalkan nikmatnya tidur. Mungkin suatu hari kamu hadir di suatu majlis menjadi tokoh besar di tempat majlis itu."
--Diwan Imam Syafie.
EmpayarSaham
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
