“Kau nak buat apa lepasni?”
Soalan housemate Sab tanya malam sebelum hari last kami nak balik rumah masing masing dah habis degree.
“Aku nak bukak booth jual tudung! Aku dah bayar sewa tapak tuu,” 😍
Tahun 2014 - 2016 setiap Ahad Sab akan bukak booth kat Metropoint, Kajang. Ada flea market kat situ. Sekarang pun ada lagi rasanya.
Tolak troli angkut sorang sorang tu dah biasa sangat. Kalau taknak boring bawak adik adik teman. Alaa rasuah lah belanja subway
Takpun makan nasi goreng sedap kat restoran bawah tu. Heheheh
Sambil tunggu customer, sambil pack parcel sebab Sab jual online jugak. Tak boleh tunggu balik rumah - esok nya Isnin 6am dah naik KTM pegi kerja.
Masa tu ramai customer Sab student yang keluar weekend.
Sportingggg gila diorang! Ada minggu sale slow, ada minggu sampai licin stock!
Sab kerap jugak bukak booth kat MSU! Dekat situ lagi lahhh bila bawah jenis tudung baru, semua diorang licin kan. Sampai kena restock lepas tutup booth!
Bestnya bila buka booth ni, kita boleh tengok ragam orang lalu lalang. Ada yang pandang kita semacammm; ada yang menjeling.
Maklumlahhh kita bukak booth ‘jeee’. 😛😛😛😛
Semalam call mak, tanya mak buat apa
“Kita tengah buat kerja lahh...kita pun rajin macam you jugakkk!”
Hehehehe mak Sab kenal sangat anak dia. Rajin cari duit dari zaman student lagi. Kadang mak call tanya kat mana, Sab jawab
“Kat office lagiiiii cari duittttt!” 😛
Masa Sab dapat invitation masuk tv, Sab cakap kat mak. Mak cakap :
Nak berjaya - process. Doa dan redha mak ayah pun penting. Kalau niat kita betul, trust me Tuhan akan permudahkan semuanya.
Mudah; bukan tak ada dugaan / cabaran
Tapi cabaran tu kita boleh lawan dan bangun dengan lebihhhh kuat dari sebelum nya!
Kalau baru harini buat bisnes, seminggu tak ada customer dah giveup..macam mana nak hadap dugaan bisnes yang lagi dahsyat?
Semua orang nak berjaya, tapi laluan kejayaan tak mudah untuk setiap orang. Panjang pendek tempohnya, teruskan buat.
Hanya kita tahu apa kita nak capai!
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
