Dr Samhan Profile picture
• CEO of HIM Wellness Sdn Bnd• MBBCH(Tanta) • MBA(UK) • Certification Men’s Health(Singapore) • Men’s Health Doctor • SSM:(1462284-K)

Mar 31, 2021, 12 tweets

Fakta best pasal diri korang. No 9 mesti korang baru tahu.

1. Tahukah anda, satu-satunya organ yang akan tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.

2. Tahukah anda, kuku kita ni terdiri dari sejenis protein bernama keratin dan ianya juga merupakan sel mati yang keluar melalui jari. Sebab tu tak sakit bila dipotong. Oh ya, kuku di jari lagi cepat panjang berbanding kuku kaki tau.

3. Tahukah anda, tahi telinga tu bukanlah tahi tapi peluh. Tujuan tahi telinga ni untuk melindungi kita dari bakteria, debu, kotoran dan air. Tak perlu korek tau, nanti dia akan keluar sendiri. Lainlah tahi telinga tu sampai keluar. Tu janganlah dibiarkan. Hehe

4. Tahukah anda, perempuan ni lebih banyak lemak berbanding lelaki? Lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding perempuan. Bertabahlah ya. Hehe

5. Tahukah anda, otot kita akan letih bila bekerja secara berterusan. Satu-satunya otot yang tak pernah letih adalah jantung. Bila kita jalan, jantung kita berjalan. Bila kita berhenti, jantung kita tetap berjalan. Namun bila jantung kita berhenti, kita pula yang akan 'jalan'

6. Tahukah anda, otak kita ni terbentuk sempurna pada purata usia 26 tahun. Jangan hairan kenapa kita masa muda dulu perangai merepek. Hahaha.

7. Tahukah anda, bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Haha! Bila last time lap skrin telefon tu?

8. Tahukah anda, dianggarkan 10% penduduk dunia ni bertangan kidal. Genetik merupakan faktor utama seseorang tu boleh bertangan kidal. Cuba angkat tangan siapa yang kidal? Hehe

9. Jika rumah kita ada penapis udara, maka pada badan kita ni ada penapis bernama 'buah pinggang'. Penapis ni lagi power. Sebab ianya boleh tapis benda tak ada khasiat yang kita makan. Kalau nak guna penapis ni lama, jangan ambil garam, gula serta makan terproses selalu.

Nak tau lagi banyak fakta sains? Segera dapatkan Teroka Sains 1,2& 3 okey!

Dr Wan Fahmi dan Dr Annies habaq untuk Teroka Sains 3 ni mereka mahu buatkan anak-anak kita teruja belajar mengenai diri kita sendiri sebagai seorang manusia.

Klik link ni ya :👇🏼

bit.ly/2JT2AZ7

Atau boleh whatsapp,Nurse saya akan bantu untuk pembelian

wasap.my/601120519192

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling