Alah, kalau Jang Han-seo baca "Politik Untuk Pemula", sudah tentu dia boleh jawab kuiz oleh Vincenzo.
Teori tangan ghaib (invisible hand) Adam Smith adalah salah satu idea terpenting dalam sejarah ekonomi-politik moden.
#VincenzoEp15
Adam Smith adalah ahli falsafah moral Scotland yang terkenal dengan buku "The Wealth of Nations" yang diterbit pada tahun 1776.
Buku ni adalah bacaan wajib bagi mana-mana pelajar ekonomi sebab buku ni menggariskan asas idea ekonomi pasaran bebas (free market economy).
Di zaman Smith, Britain mengamalkan ekonomi merkantilis (mercantilist) di mana kerajaan kenakan cukai tinggi ke atas barangan import, dan beri lesen kepada syarikat terpilih untuk berdagang. Contoh macam Syarikat Hindia Timur Inggeris (East India Company).
Smith berpendapat amalan ekonomi ini akan merugikan pengguna dan mewujudkan monopoli.
Bila tak ada persaingan, maka syarikat monopoli ini boleh jual barangan pada harga tinggi. Dan pengguna pun tak banyak pilihan sebab kerajaan kenakan cukai tinggi pada barangan negara asing.
Jadi dalam bukunya, Smith menyeru kerajaan ambil pendekatan "laissez faire" ("let it go" dalam French), biar syarikat bebas bersaing antara satu sama lain.
Untuk berjaya dalam persaingan, syarikat akan merendahkan harga. Jadi pengguna akan dapat manfaat kekurangan kos hidup.
Persaingan juga mendorong syarikat keluarkan produk unik, melakukan inovasi. Maka taraf hidup pengguna semakin naik.
Dalam ekonomi merkantilis, hanya syarikat tertentu boleh jual barangan tertentu kepada pelanggan tertentu. Tapi dalam pasaran bebas, siapa yang mampu akan dapat barang yang dikehendaki. Dan bagi orang yang kurang mampu, tetap ada penjual yang akan cater keperluan mereka.
Jadi berbanding campur tangan kerajaan, pasaran bebas lebih menjamin kebajikan orang ramai, seolah-olah ada "tangan ghaib" yang susun atur semua.
Idea Smith menjadi dominan dalam pemikiran ekonomi. Hari ni kebanyakan ahli ekonomi sokong pasaran bebas dan anggap campur tangan kerajaan akan kurangkan kecekapan (efficiency) ekonomi.
Yang berlawanan dengan idea pasaran bebas adalah sosialisme yang mahu pasaran bebas dihapuskan, dan Keynesianisme yang mahu kerajaan campur tangan untuk naikkan permintaan.
Mereka anggap "tangan ghaib" sebenarnya tak wujud pun, dan pasaran bebas hanya mengakibatkan jurang kaya dan miskin, monopoli syarikat swasta, pencemaran alam dan macam2 masalah.
Di US, ahli politik konservatif (kebanyakan Republican) lebih sokong pasaran bebas manakala liberal (Democrat) cenderung ke Keynesian.
Tapi di Eropah, "liberal" merujuk kepada pendukung pasaran bebas (seperti Macron di Perancis).
Kebanyakan kerajaan akan ambil pendekatan Keynesian semasa berlaku krisis ekonomi. Kalau berlaku kegawatan, kerajaan akan kurangkan cukai, berbelanja lebih untuk rancakkan ekonomi. Hampir tak ada kerajaan yang berani "laissez faire" semasa krisis berlaku.
Tapi bagi ahli ekonomi pendukung pasaran bebas, kerajaan tak perlu campur tangan pun. "Tangan ghaib" akan "self-correct" masalah pasaran.
Joseph Schumpeter misalnya anggap krisis ekonomi adalah waktu terbaik untuk singkirkan syarikat yang "tak cekap", tinggal syarikat yang cekap untuk terus survive dengan melakukan inovasi. Proses ini dikenali sebagai "creative destruction".
Istilah ni pun ada disebut oleh Vincenzo dalam Ep5. Vincenzo sengaja sebut "creative destruction oleh George Soros" (sebenarnya oleh Schumpeter) untuk test ilmu Han-seo. Kegagalan Han-seo bezakan idea Soros dan Schumpeter buat dia asyik kena bahan dengan Vincenzo.
Kalau Han-seo betul-betul nak jadikan Babel bisnes halal, dia kenalah tau asas-asas ekonomi. Kalau tak, jadi macam sekarang, buat kerja-kerja kotor je.
Kalau masuk politik tapi tak tau pasal asas ideologi politik, maka tinggal sembang jawatan dan habuan saja.
Dapatkan Politik Untuk Pemula sekarang. Boleh beli di booth TP di KLAB2021, L4, Sunway Putra Mall.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.