Dr Mahathir Mohamad Profile picture
Official Account | Former Prime Minister of Malaysia | e-mail: drmahathir@perdana.org.my | https://t.co/jCvQDuy3Cz

Apr 17, 2021, 5 tweets

#PulangKeLangkawi Saya menghargai kesediaan pihak swasta membantu rakyat Langkawi. Di sini memang ramai yang perlukan bantuan.

Tetapi saya tetap berpegang bahawa kita bukan setakat perlu beri bantuan wang secara percuma. Sebaliknya mengajar dan bekalkan kemahiran buat mereka yang ketinggalan untuk berusaha jana pendapatan dengan kemahiran dan latihan yang diperoleh.

Dengan itu mereka lebih bebas, tidak terhutang budi atau terlalu bergantung kpd mana-mana pihak.

Saya berterima kasih kpd syarikat-syarikat yg berusaha bantu membangunkan & atasi masalah di Langkawi ini apatah lagi ketika pulau pelancongan ini menghadapi kesan wabak Covid19.

Sebagai MP, saya hadir ke acara anjuran @kplb_gov bagi menghargai pihak swasta yg bersama bantu rakyat Langkawi melalui agensi Kerajaan. Kehadiran saya tidak punyai kaitan politik sama sekali. Ini bukanlah bermakna saya sudah jadi penyokong Kerajaan. Saya masih dalam parti lawan.

Perjuangan saya dari dulu hingga sekarang masih sama iaitu mahu jayakan orang Melayu supaya tidak ketinggalan di negara mereka sendiri.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling