Tahukah Anda
Projek Azorian
Projek Azorian adalah projek yang dioperasikan oleh Agensi Perisikan Pusat AS (CIA), untuk mendapatkan kapal selam peluru berpandu balistik Soviet yang tenggelam, K-129, 722 (2,700 tan) dari dasar Laut Pasifik pada tahun 1974.
K-129 karam bersama 98 kru pada tahun 1968, kira-kira 2,600 km di barat laut Hawaii pada kedalaman 4,900 meter.
Project Azorian adalah salah satu operasi perisikan yang paling rahsia, kompleks & mahal ketika Perang Dingin dengan kos sekitar $800juta (anggaran $4 billion kini) .
K-129 karam pada 8 Mac 1968, puncanya masih rahsia sehingga kini kerana US dan Soviet telah bersetuju untuk tidak mendedahkan puncanya.
Tentera Laut Soviet memulakan operasi pencarian besar-besaran selama hampir 2 bulan tetapi gagal dan mereka menghentikan operasi pencarian.
Pihak US hanya memantau sehingga operasi pencarian tamat, tetapi sebenarnya US Navy telah pun mengetahui lokasi sebenar di mana kali terakhir K-129 terputus hubungan kerana US telah mendapat maklumat dan memetakan gegaran/letupan dasar laut pada hari kejadian.
Pada Julai 1968, US Navy mengarahkan kapal selam pengintip dan operasi khas berkuasa nuklear, USS Halibut yang telah dikonfigurasi dengan peralatan khas pencarian laut dalam.
USS Halibut adalah satu-satunya kelas kapal selam khas yang ada dalam inventori US Navy pada ketika itu.
USS Halibut berjaya menemukan bangkai kapal selam itu setelah menjalankan operasi pencarian visual selama 3 minggu menggunakan kamera kawalan jauh robotik.
USS Halibut telah mengambil beribu-ribu gambar di dasar.
Setelah dianalisis, hanya bahagian belakang K-129 yang musnah.
Pada November 1972, kapal khas Hughes Glomar Explorer mula dibina dengan alasan untuk melombong nodul mangan (batu dasar laut yang mengandungi mineral besi dll) dengan kos $350juta ($1.5-2 billion kini).
Kapal ini dibina khas oleh billionair Howard Hughes dan para saintis.
Kapal seberat 57,000 tan ini dilengkapi dengan cakar mekanikal yang besar, dibina oleh Lockheed Shipbuilding yang dipanggil "Capture Vehicle" dengan nama Clementine.
Hughes Glomar Explorer dilengkapi dengan Clementine bersama peralatan dan teknologi lain yang sangat kompleks.
Pada 4 Julai 1974, Hughes Glomar Explorer mula melakukan operasi selama lebih dari sebulan kerana proses mengangkat dari dasar dilakukan dengan amat perlahan bagi memastikan semua bahagian yang dibawa naik berkeadaan baik kerana perbezaan tekanan pada setiap meter di bawah laut.
Dilaporkan 2/3 bahagian kapal selam K-129 terpaksa dilepaskan kerana Clementine mengalami kerosakan mekanikal tetapi 2 misil/torpedo nuklear bersama beberapa peralatan/teknologi rahsia dan beberapa dokumen penting berjaya dinaikkan dan diselamatkan.
Mayat 6 anak kapal juga ditemui, diberikan upacara peringatan dengan penghormatan tentera & dikebumikan di laut dalam keranda logam kerana kebimbangan radioaktif.
Sebahagian rakaman yang menunjukkan pemulihan & pengebumian 6 mayat K-129 diberikan kepada Rusia pada tahun 1992.
Nota Tambahan
Projek ini bertaraf rahsia besar, oleh itu maklumat yang didedahkan adalah terhad dan kekal rahsia.
Ada pihak yang mengatakan US telah berjaya menaikkan keseluruhan bahagian kapal selam K-129 serta berjaya menganalisis teknologi kapal dan persenjataan Soviet.
Saya faham, ada pihak yang mahu kapal selam KRI Nanggala yang telah karam diapungkan semula dari dasar laut.
Persoalannya, adakah pihak pemerintah mahu membelanjakan biaya kos operasi yang amat mahal?
#TabahSampaiAkhir
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.