Rhys Ar🔻nika Profile picture
ڤمبرونتقن کڤد ڤارا ڤنظاليم اداله کطاعتن کڤد توهن Pemberontakan Kepada Para Penzalim Adalah Ketaatan Kepada Tuhan

May 15, 2021, 10 tweets

Peristiwa Hari Ini

Perang Arab-Israel dan Hari Nakba

Pada 15 Mei 1948, serangan bermula setelah berakhirnya Mandat British untuk Palestin pada tengah malam 14 Mei 1948.

Pengisytiharan Kemerdekaan Israel yang tidak diiktiraf oleh Liga Arab telah dikeluarkan pada awal hari itu.

Pasukan 50,000-60,000 tentera dari negara Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Syria, Lubnan, Yaman, Pejuang Palestin dan Pejuang-Pejuang dari Tanah Arab dan Asia menyerang dan menguasai kawasan Arab.

Seterusnya segera menyerang tentera Zionis dan beberapa penempatan Zionis.

Pertempuran selama 10 bulan berlaku, kebanyakannya di wilayah Mandat British, di Semenanjung Sinai dan selatan Lebanon.

Pertempuran terganggu oleh beberapa tempoh gencatan senjata.

Resolusi PBB 181 untuk negara Zionis yang dicadangkan, hampir 60% kawasan negara Arab yang dicadangkan oleh Particion Plan 1947 termasuk Jaffa,Lydda,Ramle,Galilea, sebahagian Negev, jalur lebar sepanjang ke Tel Aviv-Jerusalem, Jerusalem Barat & beberapa wilayah di Tebing Barat.

Jordan menguasai baki mandat bekas British yang dijajahnya, dan tentera Mesir menguasai Semenanjung Gaza.

Konflik tersebut mencetuskan perubahan demografi yang signifikan di seluruh Timur Tengah.

Persidangan Jericho pada 1 Disember 1948, 2,000 perwakilan Palestin meminta penyatuan Palestin dan Jordan sebagai langkah menuju kesatuan Arab sepenuhnya.

Kira-kira 700,000 orang Arab Palestin melarikan diri atau diusir dari rumah mereka di kawasan yang menjadi tanah jajahan Zionis, dan mereka menjadi pelarian Palestin dalam apa yang mereka kenang sebagai Nakba ( bencana/kecelakaan ) yang disambut pada 15 Mei setiap tahun.

Dalam tempah masa tiga tahun selepas perang, kira-kira 700,000 orang Yahudi dari eropah berhijrah ke Tanah Jajahan Zionis.

Sekitar 260,000 orang Yahudi berpindah ke Tanah Jajahan dari dunia Arab semasa dan sejurus selepas perang.

Disebabkan perang ini dan beberapa siri perang dan pertempuran seperti Perang 6 Hari serta pertempuran yang berlaku sekarang, tanah Palestin masih berbaki seperti yang diketahui sehingga kini.

Jika tidak, Tanah Palestin pastinya sudah tiada lagi dalam peta dunia.

#PalestineWin

Kita lebih hebat daripada 5.

"5" merujuk kepada 5 negara yang memiliki kuasa veto di PBB dan Majlis Keselamatannya.

"Kita" merujuk kepada semua negara berdaulat yang menolak penindasan yang dilakukan oleh Zionist.

Oleh itu jika "kita" bersatu kita lebih kuat daripada 5.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling