Terbaca banyak tweets yang mengeluh "mana pemimpin Arab" "mana perpaduan umat Islam" untuk membantu Palestin.
Sebenarnya dulu pernah ada 2 pemimpin Arab yang mampu membuat Israel kecut.
Gamal Abdel Nasser (presiden Mesir 1956-1970) dan Raja Faisal (raja Saudi 1964-1975).
Mereka berdua adalah pesaing (rivals). Nasser seorang sekular, nasionalis. Faisal seorang konservatif, 'ummahist'.
Tapi persaingan yang sihat, berlumba-lumba untuk membantu penduduk asal Palestin bagi melawan Israel.
Selepas kekalahan negara2 Arab dalam Perang 1948-1949, Nasser muncul sebagai jaguh anti-Israel, malah berjaya mematahkan serangan Israel-UK-Perancis ke atas Gaza dan Sinai pada 1956.
Cuma Nasser agak overconfident dalam Perang 1967, membolehkan Israel capai kemenangan.
Raja Faisal pula mengasaskan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) pada 1969 selepas penaklukan Israel ke atas Jerusalem Timur (termasuk Al-Aqsa).
Dan Raja Faisal meminta Tunku Abdul Rahman jadi setiausaha agung OIC yang pertama.
Kejayaan Raja Faisal yang terkenal ialah tindakan memimpin negara Arab mengenakan sekatan minyak ke atas US & negara2 Eropah yang sokong Israel dalam Perang Yom Kippur 1973.
Kelam-kabut US jadi tanpa minyak, jadi US terpaksa menekan Israel untuk berhentikan serangan.
Raja Faisal meninggal pada tahun 1975. Something fishy.
Dan pada tahun 1979, berlaku Revolusi Iran. Maka Saudi pun ubah keutamaannya dari lawan Israel kepada lawan Iran.
Sejak itu, tidak lagi ada pemimpin Arab yang cukup karisma & kekuatan seperti Nasser & Faisal. Masing2 jenis suka bergaduh sesama sendiri. Hari ni UAE tikam Qatar, besok Saudi tikam UAE, Mesir tikam Saudi.
Harapkan Turki & Iran yang bukan Arab saja bersuara utk Palestin.
Cuma hikmah disebalik konflik kali ni, nampaknya tiga kuasa besar dunia Islam (Turki, Iran, Saudi) akan melakukan "rapprochement" (membaiki hubungan) bagi memberi tekanan kepada Israel.
Dan kalau dilakukan secara konsisten, maka Israel tidak lagi boleh bermaharajalela.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.