Asal-usulnya selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945), negara pemenang (US, USSR, UK) nak tubuhkan satu pertubuhan bagi menjaga keamanan dunia, iaitu PBB/UN.
PBB nak memperbaiki kelemahan Liga Bangsa (League of Nations) yang melayan semua negara ahli secara sama rata.
Liga Bangsa ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama (1914-1919) yang pada asalnya nak halang berlakunya perang dunia sekali lagi.
Basically sama je dengan PBB, cuma tiada veto power yg dikhususkan kpd beberapa kuasa besar.
Apa2 keputusan memerlukan persetujuan sebulat suara.
Nampak macam adil, tapi ja menyukarkan keputusan.
Contohnya apabila Jepun menceroboh China pada tahun 1931, bila ahli2 Liga Bangsa kecam Jepun, Jepun merajuk and keluar dari Liga.
Kuasa besar pun tak dapat buat apa.
Akhirnya berlaku WW2 akibat tindakan Jepun, Jerman, Itali.
So selepas WW2, US kata kat pemenang lain: kita kena buat satu sistem yang lebih berkesan, diterajui oleh Four Policemen - US, USSR, UK, China.
UK pula cadangkan masukkan Perancis sekali, maka jadilah Five Policemen.
Jadi, dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC), ada 15 ahli.
Five Policemen jadi ahli tetap (Permanent 5 / P5). 10 ahli bukan tetap bertukar setiap 2 tahun.
Apa2 keputusan (resolusi) hanya memerlukan persetujuan majoriti (9 negara), dan tak di-veto (bantah) oleh mana2 ahli P5.
Awalnya P5 ni rakan sekutu WW2, semua kamching gila, so tak ada masalah nak setuju pasal sesuatu.
Tapi selepas US-USSR bermusuh, berlaku Perang Dingin, maka nampak jelas kelemahan sistem ni.
US vote yes, USSR veto. USSR vote yes, US veto.
Tapi kalau P5 ni tak setuju, tapi nak biarkan resolusi lepas, dia akan memilih untuk tak hadir (abstain).
Macam Resolusi 2334 tahun 2016 yg mengecam penempatan Israel (Malaysia juga undi sokong selaku ahli UNSC), US abstain. Resolusi lepas.
Obama waktu tu dah DGAF pasal Bibi.
Namun begitu, kebanyakan masa US masih veto apa2 resolusi yang mengecam Israel.
Walaupun orang kata sistem ni dajjalic, tapi pakai sistem majoriti tanpa veto pun bahaya juga.
Katakan US, UK, Perancis sokong resolusi pro-Israel, terus lepas. Lagi bahaya.
Dengan sistem yang sedia ada, kepentingan Palestin masih dapat dipelihara menerusi Rusia-China, yang mengiktiraf Palestin sbg negara malah enggan melabel Hamas sbg 'pengganas' seperti US.
Kalau ada apa2 solusi kreatif, bolehlah dimajukan kepada PBB untuk kebaikan dunia.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.