Akram Noor TTPD Profile picture
🇲🇾x🇬🇧 Majoring in Real Estate. University of Sheffield. 👨🏻‍💻Gamuda Scholar 2022

May 22, 2021, 23 tweets

Alhamdulilah, lengkap perjalanan akademik 5 thn dlm bidang hartanah

-Diploma Pengurusan Hartanah
Anugerah Pelajar Terbaik Program
Anugerah Naib Canselor CGPA 3.93

-Degree Pengurusan Hartanah
Gold Award Int Undergrad Research
Anugerah Naib Canselor CGPA 3.85

A great closure 🤲🏻

Aku rasa dah sampai masa utk aku jawab soalan yg junior2 tanya. Aku yakin semua orang boleh dapat if tau cara belajar yg betul & ikut style masing2.

Aku rasa tips ni penting & senior kena sampaikan pada junior. Nak dapat Vice Chancellor’s Award ni, memang kena jaga dari awal!

Sebenarnya, ramai je student SPM yg tak tahu di universiti nanti, akan ada beberapa Anugerah yg boleh dikejar. 💪🏻

1. Anugerah Naib Canselor
2. Anugerah Dekan
3. Anugerah Graduan Terbaik Program
4. Anugerah Graduan Terbaik Fakulti
5. Anugerah Diraja
6. Pengkelasan Ijazah/Diploma

Skrg ni aku nak fokus pada ANC je dulu.
ANC ni, korang kena make sure maintain GPA setiap sem ≥ 3.50. Graduan nak sgt ANC ni sebab 3 benda ni je :

1️⃣Pencapaian sendiri (naikkan merit)
2️⃣Pengecualian PTPTN
3️⃣Selempang pink convo

Untuk 2021, still akan dpt pengecualian ya if-

-tamatkan pengajian dgn Ijazah Kelas Pertama CGPA ≥ 3.50.

Jadi aku mohon sangat utk informlah junior & adik korang supaya aim awal dapatkan ANC/1stClass. Nanti ditukar kepada biasiswa ✅ Tak payah bayar balik.

Ni aku share 10 tips belajar yg aku practice hasil sharing seniors.

Here goes! ✊🏻

1. Jaga Solat Dhuha, Ayat Seribu Dinar, Doa Mudah Urusan

Ini penting! Arwah nenek aku selalu suruh baca masa tunggu van nak pergi sekolah. Dari PMR sampailah kat uni aku amal. Bila dh hafal, practice baca setiap kali habis solat.

Semua urusan haritu dipermudah 🥺

2. Planner

Its crucial to have a planner! Time mngmnt dpt bezakan org berjaya & kurg berjaya. Aku ni jenis pelupa & senang gabra. So setiap hari aku akan ✅ apa kerja complete & incomplete.

Setiap pagi aku akan selak tgk utk rncg hari. Malam pulak aku akan buat list utk esok.

3. Nak berjaya sama2

Tbh, nak berjaya, korang perlu geng. Memang nice if dlm kelas ada sorg mediator rapat dgn lect, sorg tukang print notes, ada yg pandai & sudi share notes, sorg genius simplify formula, sorg supplier past year question etc

Classmates supportive ni mmg rezeki

4. Waktu ulangkaji

Waktu belajar mmg kena ikut style sendiri. Aku jenis bangun pukul 4pagi, tidur strictly pukul 10mlm.

4pagi tu aku terus duduk kat meja study. Buat notes apa yg lecturer ajar smlm. Aku takkan tangguh sbb nanti terlupa or piling up. Time fresh tu kena buat!

Pernah sekali aku bgn kul 4, dekat UiTM Seri Iskandar Kolej Teratai 1, aku duk kt meja facing tingkap Teratai 2. Time tu bdk degree takde so T2 mmg kosong gelap patutnya.

Satu bilik lvl G je yg lampu terbukak. Aku peliklah, pastu usha. Lama lepastu ada tangan lambai dekat aku 🥵

Ini sumpah tak tipu. So aku terus naik katil, selimutkan diri & tidur. Ketakutan sebenarnya. Sbb esknya aku check, bilik bawah tu stor untuk letak barang budak negeri lain. Bukan bilik hostel pun 😅🥲

5. Notes sendiri

Wajib buat notes sendiri! Mcm aku, otak aku mudah proses tulisan sendiri. Kena tulis balik & font saiz BESAR tak sakit mata nk baca.

Since aku jnis photographic memory, benda law smua aku lukis2 😂 Aku jnis igt benda berwarna/shape pelik. Identify cara korg 💪🏻

Sambil-sambil tu, boleh subscribe my Youtube channel : AKRAM NOOR, since i selalu share tips for students.

1️⃣Contoh video Viva FYP
2️⃣Tips sewa rumah
3️⃣FAQ student Estate Management
4️⃣Tips on Valuation

Link :

6. Doa parents, lecturers

Tiap kali ada exam, aku akan minta semua utk doakan. Arwah nenek aku akan listkan nama subjek & bacakan Yaasin the exact same time exam bermula. Theres magic behind their du'a, so do practice this alright.

7. Core subjects

Dapatkan list subject & perhatikan credit hours. Bagi perhatian lebih sikit pada subjek berat, >4 credit hours. Lebihkan effort pada subject core sbb weightage dia mmg akan tarik CGPA if spoil.

👇Contoh list subject untuk kursus UiTM :

Subjek berat biasanya yg banyak calculation & fokuskan pada praktikal.

🚨Untuk kursus EM, pay attention pada Valuation, Property Development & Property Management.

8. Mentor

This is super crucial! You need to see the whole thing, of what you gonna become after you graduate. So i chose several remarkable individuals in property field.

Short term - seniors, lecturers
Long term - industry player, corporate

Aku listkn individu yg ada persamaan dgn aku, which is ada Diploma & Degree Pengurusan Hartanah UiTM

1⃣CEO Uda Holdings- Mohd Salem Kailany
2⃣MD Asia, Ian Scott International- Dato SR Rosli Atan
3⃣Senior Lect, Facilities Management, Liverpool John Moores Univ - Nazali Mohd Noor

Hence, korg dpt tgk flow yg realistik. Apa milestones yg korg kne achieve utk slowly kedepan. If korg nk masuk corporate, nk ikut cara siapa. If nk masuk bidang pendidikan, ikut siapa.

Apa steps kecil yg boleh korg buat harini, yg slowly accumulate to achieve that ultimate goal.

9. Leave no room for error

Aim for ANC since the very beginning. Dont let your friends or faculty society club or entertainment to distract you. Prioritise ur CGPA.

Weightage during job iv is basically : CGPA > Co-curriculum

Not once my iv panels ask abt my co-cu involvements.

10. Jangan amalkan bertangguh

Cara aku, balik je dari kelas, aku akan terus buat notes. Short form. Abbreviations. Aku tak suka study last minute. Time kelas mmg aku byk bertanya directly apa yg tak fhm. Terus dptkn jwpn haritu jgk.

Aku belajar dari kesilapan lama di SBP dlu 🤣

Aku ni bodoh Math. So dulu2 mmg aku study last min, kurg brtanya sbb takut kena target, buat2 fhm padahal lembab. Since aku dah sedar Math kelemahan paling besar, aku decide utk beranikan diri & tak takut dgn nombor.

Sbb lari ke kursus mana pun, semua ada Math 🥲 Core subject lg

Itu je sharing aku utk thread kalini. Senang kalau junior tanya, aku terus send link.

Dgrlah dari org yg dah bekerja, masa study, buat sehabis baik. Untuk kepuasan diri sendiri, sebab lepasni dah tak sakit belajar. Tapi sakit bekerja. Bila buat sesuatu, buat yg terbaik. ALWAYS!

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling