KNB Profile picture
KNB
Father of an autist. Frustrated fan of MUFC.

May 24, 2021, 20 tweets

Finally. My #CucukMYAZ day @ IDCC. Let's go!

Buat cari penat cari big foot. Ada ni ha kat IDCC. @ChairmanGLC. Don't worry, @nurunnawal. I'll get you your video.

I took @GrabMY. Jadi siapa naik Grab, boleh terus pilih IDCC PPV. Sampai sana, aku sesat kejap sebab Grab driver drop kat Level 4. Take time juga cari lif.

Turn out lif naik sampai tingkat 6 saja. Kena guna escalator untuk ke pusat vaksinasi di tingkat 7.

Nak masuk, scan suhu dulu. Standby dengan MySejahtera for the crews to verify. Diorang nak tengok slot timing saja. Lepas tu kena isi consent form dua salinan.

Meja isi borang dan pen disediakan. Tapi better bawa pen sendiri.

Lepas isi borang, beratur lagi sekali untuk masuk dewan. Dia akan semak borang & bagi slip nombor giliran.

Kalau nak isi borang kat dalam dewan nan indah ni pun boleh, tapi janganlah. Sebab nombor giliran dah dapat and the numbers went by suuuper quick.

Lepas dah verify borang, masuk stesen seterusnya untuk screening dengan doktor. Dia akan tanya basic health questions, terangkan prosedur vaksinasi & kesan vaksin.

Dah siap borak dengan doktor, boleh tunggu di stesen seterusnya untuk vaksinasi. Kita akan tunggu di kerusi kosong di luar bilik vaksinasi.

And, voilà!

Pemvaksin akan tunjuk dulu picagari dengan aras senggat yang betul iaitu 0.5ml, jadi tak perlu risau. Penambahbaikan SOP yang bagus.

Dah siap cucuk, boleh hantar borang consent yang dah isi tadi di stesen seterusnya dan berehat di ruang pemerhatian.

Sambil berehat, jangan lupa keep one eye on this display. Ini angka giliran yang sama masa masuk tadi. Bila nombor keluar, pergi kaunter dan diorang akan serah semula consent form dengan kad vaksin.

Bila dah discharge, pergi ke photobooth untuk rakam foto sebanyak mungkin untuk sebaran kepada orang kampung.

Kaunter terakhir ada ole-ole percuma dari @Nestle Malaysia. Pesta coklat!

Mula beratur: 8:45 pagi
Serahan kad vaksin: 9:49 pagi

All in all, not bad lah #CucukMYAZ di IDCC Shah Alam. Cuma ada beberapa benda kena improve.

1- Tambah signage untuk orang naik Grab sebab penanda lokasi Grab akan drop di Level 4.

2- Masa di kaunter pertama tadi, nampaknya volunteers yang jaga kaunter agak terpinga-pinga dan masih menerima taklimat dari pegawai.

Macam on-the-job training. Harap lepas ni lebih cekap bila dah buat benda sama berulang kali.

Selain itu, semua okey. Lancar dan memudahkan. Volunteers are everywhere and they are super helpful. Kalau tak pasti tentang apa-apa, just ask them.

Will update the side effects later on this thread. Buhbye.

8 jam selepas menerima vaksin AstraZeneca:

Masih belum ada kesan sampingan. Tak ada sakit kepala, penat, sakit otot/sendi, demam, atau loya.

I had 2 paracetamol tablets right after the jab, not sure if that’s related. #CucukMYAZ

Selesai dos pertama, jangan lupa semak sijil digital anda di @my_sejahtera. Thanks @PaanMokhtar for the info.

Tap on the profile, scroll ke bawah. Sepatutnya ada sijil digital tu.

12 jam selepas terima vaksin. Simptom mula mengetuk pintu tubuh. Badan ada sedikit rasa panas dan menggeletar.

Kena telan paracetamol sebelum tidur.

Okey, panas badan & geletar sudah surut. Macam demam biasa, cuma shiver tu kadang-kadang ada yang pretty violent.

Always MONITOR your temperature, stabilkan suhu badan. That’s all for me, at least. Setiap orang berbeza.

24 jam selepas terima vaksin AstraZeneca. Kembali normal. Feeling better. Cuma biasalah, ada lenguh sikit lepas kebah demam.

Yang nak vaksin tu, standby lah. You know yourself better kalau demam macam mana. Siapkan kelengkapan, rehat lepas dapat vaksin.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling