Amirx Abd Hadi Profile picture
Secretary General of Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) | Chevening Scholar 21/22 | MSc Politics of Asia @SOAS | 📧: sua@partimuda.my

May 28, 2021, 8 tweets

Hari ini Tajuddin Rahman ditahan SPRM atas 2 pertuduhan salahgunakuasa.

5 Januari 2021, kami adakan sidang media berkaitan #SkandalTajuddin dan lancarkan laman sesawang skandaltajuddin.com bagi mendedahkan dokumen berkaitan projek Latitud8; pampasan buat keluarga sendiri.

Selepas 8 tahun, projek hanya siap sebanyak 15%. Namun syarikat yang gagal siapkan projek pula dibayar pampasan; syarikat milik keluarga beliau, dan beliau duduk dalam mesyuarat membincangkan hal ini.

Tak cukup dengan itu, dana tambahan pula sebanyak RM470juta pula diminta..

Bagi membangunkan ibupejabat Prasarana ditapak yang sama di Dang Wangi.

Sedangkan, ibupejabat Prasarana sedang dibangunkan di Subang, dengan kos RM150 juta!

Saya telah diberikan notis peguam mewakili Tajuddin.

Melalui peguam, saya telah nyatakan bahawa saya sedia dibawa ke mahkamah berkaitan isu ini.

Tidak ada sebarang tindakan lanjut diambil.

Apa pun, ini kemenangan kecil kita!

Persoalan lanjutan yang wajib kita tanya adalah, adakah Tajuddin akan ditangkap dan didakwa sekiranya insiden LRT tidak berlaku, yang mengakibatkan rakyat marah hingga ratusan ribu menandatangani petisyen agar beliau letak jawatan?

Harapnya, jangan nanti kes ini berhenti 'separuh jalan'.

Ramai lagi yang sepatutnya juga disiasat atas banyak kes rasuah dan salahgunakuasa.

Kita akan kejar satu per satu.

#SkandalTajuddin

Apa pun nak maklumkan pada semua bahawa berdasarkan laporan, beliau dipanggil ke SPRM semalam. Beliau telah dibebaskan dengan jaminan mulut petang semalam, bukan hari ini.

Kalau ada yang tanya kalian, apa pentingnya rakyat bersuara?

Inilah buktinya!

Bagi yang bertanya, betul ke hanya 15% projek yang siap?

Ini, dokumen dari Prasarana sendiri.

Boleh semak semua dokumen yang saya dan @partimuda dedahkan di skandaltajuddin.com

#SkandalTajuddin

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling