Latihan Ketenteraan Terbesar Russia di Lautan Pasifik.
Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan bahawa Armada Pasifiknya telah memulakan latihan terbesar di Lautan Pasifik sejak era USSR, dengan penyertaan sekitar 20 buah kapal perang dan kapal selam.
Sementara pasukan kapal selam Armada Pasifik AS memulakan Latihan Agile Dagger 2021 di Lautan Pasifik minggu lalu, Tentera Rusia juga mengadakan latihan operasi menyeluruh di wilayah yang sama.
Latihan ini dikendalikan oleh Komander Armada Pasifik, Laksamana Sergey Avakyanats
Kumpulan kapal taktikal Armada Pasifik dikerahkan ke wilayah di mana latihan akan diadakan, belayar sekitar 4 ribu kilometer dari pengkalan.
Terdapat 20 kapal perang termasuk kapal selam termasuk korvet Gromkiy, Sovershenny dan Geroy Rossiyskoy Federatsii Aldar Tsidenjapov.
Kapal Laksamana (flagship) armada adalah kapal penjelajah peluru berpandu pembunuh kapal induk, Varyag & kapal anti-kapal selam besar Admiral Panteleyev & frigat Marshal Shaposhnikov.
20 pesawat termasuk pesawat anti-kapal jarak jauh Tu-142M3 & MIG-31BM turut serta.
Kementerian mengatakan, "Sebagai sebahagian daripada latihan, selama perlindungan dan pertahanan angkatan laut, kemudahan infrastruktur, selain tugas-tugas yang berkaitan dengan pentadbiran pasukan yang berlainan dari titik asas.
Di samping itu, tugas-tugas yang berkaitan dengan organisasi interaksi antara kumpulan kapal laut dan pesawat udara dalam pencarian dan pemantauan kapal selam dan kumpulan kapal dari apa yang disebut saingan atau ancaman dilakukan."
Angkatan Kapal Selam Pasifik Amerika sedang melakukan latihan besar-besaran yang telah dimulakan pada 3 Jun lepas melibatkan satu pertiga kekuatan kapal selam nuklearnya di kawasan perairan Indo-Pasifik pada ketika ini, dalam satu lagi mesej dan amaran jelas kepada China.
Exercise Agile Dagger 21 adalah latihan ketenteraan Pasukan Kapal Selam Pasifik Amerika.
Latihan ini diadakan untuk menilai kesiapsiagaan tempur serta membangun kemampuan bertempur dan beroperasi dengan pasukan gabungan.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.