I observe, I write, I share Profile picture
@501Awani

Jun 16, 2021, 35 tweets

YDP Agong dan Majlis Raja-raja Melayu akan mengadakan sesi Perbincangan Khas di Istana Negara hari ini.

Untuk rekod, ini merupakan sesi Perbincangan Khas kedua antara MRR. Butiran lanjut di @501Awani. (Gambar Arkib sebelum Pandemik COVID-19).

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Istana Negara bahawa, sesi Perbincangan Khas hari ini khusus untuk YDPA menyampaikan hasil daripada siri pertemuan Tuanku dengan ketua-ketua parti politik, kepada Majlis Raja-raja Melayu. @501Awani

Menurut sumber, Perbincangan Khas hari ini akan menyentuh beberapa isu yang telah dibincangkan secara meluas sebelum ini:-

1.Parlimen
2.COVID-19
3.Kerajaan Perpaduan
4.MAGERAN
5.Jawatan TPM

Disclaimer: Maklumat dari sumber tertentu

Pemangku Sultan Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah tiba di Istana Negara kira-kira 11.03 pagi bagi menyertai sesi Perbincangan Khas YDP Agong dan Raja-raja Melayu @501Awani

Keadaan semasa di perkarangan Pintu Satu, Istana Negara.

Keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar @501Awani. Kredit: @DiahJaiz / @BernamaTV

Dalam pada itu, media difahamkan, pegawai kanan kerajaan yang dipanggil untuk sesi Sembah Taklimat ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, IGP Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, KP Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dan AG Tan Sri Idrus Harun.

Turut diperkenan masuk menghadap YDP Agong dan MRR ialah KP MKN Datuk Mohd Rabin Basir, KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh, dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon. @501Awani

Pembetulan: Pemangku Raja Pahang*

Perbincangan Khas Agong dan Raja-raja Melayu: Pemangku Sultan Pahang pertama tiba di Istana Negara astroawani.com/berita-malaysi…

Semoga cuaca terus cenggini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki perkarangan Istana Negara @501Awani

Ketibaan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang @501Awani

Terdahulu Wakil Raja Perlis Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail tiba di Istana Negara kira-kira 10 minit lepas. @501Awani

Ketibaan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni al-Marhum Sultan Badlishah.

Tuanku Baginda sempat melambai ke arah media yang sedang bertugas di perkarangan Pintu Satu @501Awani

Ketibaan Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah @501Awani

Ketibaan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj @501Awani

Ketibaan Sultan Perak, merangkap Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah @501Awani

Pintu Satu Istana Negara telah ditutup. Ini bermakna Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak hadir pada sesi Perbincangan Khas kali ini. @501Awani

Walau bagaimanapun ketidakhadiran Sultan Kelantan dan Yamtuan Besar Negeri Sembilan hanya akan disahkan oleh Istana Negara. @501Awani

Pintu Utama Istana Negara kembali dibuka. Ketibaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir @501Awani

Mohon maaf atas kekhilafan laporan sebelum ini. Amat dikesali.

Sultan Johor dilihat yang pertama meninggalkan perkarangan Istana Negara kira-kira 5.15 petang tadi. @501Awani

Sultan Terengganu dilihat meninggalkan Istana Negara @501Awani

Sultan Selangor berangkat pulang @501Awani

Yamtuan Besar Negeri Sembilan berangkat pulang @501Awani

Sultan Perak berangkat meninggalkan Istana Negara @501Awani

Wakil Raja Perlis, Raja Muda Perlis berangkat meninggalkan Istana Negara @501Awani

Dan Sultan Kedah terus “sporting” melambai kepada media yang menunggu dari pagi @501Awani

Beberapa pengamal media masih berada di lokasi untuk membereskan tugasan. Kami juga menunggu kenyataan rasmi Istana Negara kerana difahamkan ia akan dikeluarkan malam ini juga.

[Terkini] YDP Agong dan Raja-raja Melayu bersepakat Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Lanjut di @501Awani

Terbakar. Sekian dari saya dan kru. Till next time.

Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong astroawani.com/berita-malaysi…

[Terkini] Susulan Sesi Perbincangan Khas antara YDP Agong dan Raja-raja Melayu, antara perkara yang disepakati -

1.Nyawa, kehidupan rakyat wajib diutamakan
2.Perlu ada Kerajaan stabil
3.Tidak ada keperluan Darurat selepas 1 Ogos
4. Parlimen, DUN perlu segera bersidang

[Terkini] Susulan titah YDP Agong dan Raja-raja Melayu semalam, Pejabat Perdana Menteri berkata Kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling