Salah satu sebab England, Scotland, Wales & Northern Ireland main bola sepak secara asing-asing ialah sejarah pembentukan negara United Kingdom itu sendiri.
Walaupun atas nama "United", tapi hakikatnya tak ada "sense of unity" di kalangan 4 entiti ini.
Asalnya di England, Scotland, Wales dan Northern Ireland ada banyak kerajaan.
Orang England berasal dari rumpun bangsa "Anglo-Saxon", manakala orang Scotland, Wales dan Ireland adalah peribumi berumpun "Celtic".
Anglo-Saxon adalah pendatang dari utara Jerman (sebab tu Bahasa Inggeris banyak sama dengan Jerman) yang terdiri daripada Angle, Saxon & Jute.
Angle mendirikan kerajaan East Anglia, Mercia, Northumbria. Saxon membina Essex, Sussex, Wessex. Jute membina Kent.
Pada 927, Wessex menyatukan semua jadi Kingdom of England.
Walaupun Wessex tu Saxon, raja Wessex pilih nama "England (England bermaksud Angle-land). Mungkin dia rasa nama Saxland agak kelakar.
No lah, tu taktik elak pemberontakan (supaya Saxon tak dilihat mendominasi Angle).
England mula meluaskan kuasamu dengan menakluk Wales pada 1283. Bermula 1500an, England menjajah Ireland, membina penempatan terutamanya di belah utara.
England dan Scotland pula kejap perang kejap berbaik. Kalau berbaik, mereka saling mengahwinkan putera/puteri mereka.
Pada 1603, Ratu England iaitu Elizabeth I telah mewariskan takhta England kepada James Stuart, raja Scotland.
Sebab Elizabeth tak kahwin, tak ada anak, dan James adalah kerabat terdekat dari segi pertalian darah (mak James adalah sepupu Elizabeth).
Walaupun James memerintah kedua-dua England dan Scotland, dua negara masih dianggap berasingan. Di England dia adalah James I, di Scotland dia adalah James VI.
Pada tahun 1707, Act of Union diluluskan dan menyatukan England dan Scotland jadi sebuah "Kingdom of Great Britain".
Kemudian pada 1801, Great Britain bergabung lagi dengan Ireland yang berada di bawah kuasa England, maka jadilah "United Kingdom of Great Britain and Ireland".
Bendera UK itu adalah hasil gabungan corak bendera England, Scotland dan Ireland.
Walaupun dijadikan sebuah negara, Scotland dan Ireland masing-masing tak puas hati dengan penggabungan ini sebab diorang anggap politik dan ekonomi didominasi oleh orang England, dan diorang dianaktirikan.
Malah Wales pun terpengaruh dan timbul rasa nak merdeka dari England.
Jadi sepanjang abad ke-19 (1800-1899), Scotland, Ireland dan Wales masing-masing menuntut "home rule" iaitu autonomi (kuasa untuk buat undang-undang sendiri).
Di waktu inilah banyak institusi ditubuhkan bagi menggambarkan aspirasi "home rule", termasuk persatuan bola sepak (FA) Scotland (1873), Wales (1876), Ireland (1880). Semua tak nak join FA England (ditubuhkan 1863).
Pernah ada usaha untuk menyatukan semua pasukan menjadi satu persatuan/pasukan kebangsaan, tapi kejap on kejap off, dan hanya untuk Olimpik.
Scotland, Wales & Ireland anggap FA mereka adalah lambang identiti kebangsaan mereka. Jadi tak boleh dibubarkan jadi satu pasukan.
Pada 1919-1921, Ireland memberontak. UK dah exhausted dalam WW1 (1914-1918), so terpaksa bagi Ireland merdeka.
Tapi utara Ireland kekal dalam UK sebab majoriti penduduknya adalah penjajah dari Britain yang beragama Protestan (berbeza dengan peribumi Ireland yang Katolik).
Maka nama UK berubah jadi "United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland".
Scotland dan Wales tak dapat merdeka, tapi kerajaan di London bersetuju kepada "devolution" iaitu penurunan kuasa melalui penciptaan parlimen Scotland dan Wales pada tahun 1999.
Akibat Brexit (UK keluar EU), hubungan antara England dan Scotland/Northern Ireland jadi semakin teruk sebab yang nak Brexit ni orang England dan Wales (majoriti masih pro-union). Orang Scotland dan Northern Ireland anggap orang England tak hormati hak mereka.
Scotland tuntut supaya referendum kemerdekaan diadakan sekali lagi. Semasa referendum 2014, 55% memilih untuk kekal dalam UK. Tapi waktu tu tak ada Brexit.
Di N. Ireland, Sinn Féin yang pro-merdeka dan bergabung dengan Ireland dilihat ada peluang memenangi PRU NI tahun 2022.
Mungkin pada masa depan, inilah peta politik British Isles.
Maka agak ironik bagi sebuah empayar yang terkenal dengan taktik "pecah & perintah" akhirnya berpecah atas semangat kebangsaan dalam negara sendiri.
Bacalah Dunia Tanpa Tembok III untuk mendalami isu "identiti" ini.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.