Danial Aziz Ahmad Profile picture
Penulis buku #FilemMelayuYangHilang • Link - https://t.co/Eo4HPn9O8j • Akan datang: #KatalogFilemMalaysia 🇲🇾

Jun 30, 2021, 23 tweets

Memiliki dua bentuk cincin berlian menjadikannya orang ada-ada. Zaman sekarang orang panggil ‘have have’. Dia juga bercakap dalam bahasa Inggeris sejak berjiran dengan Miss Wong berabuk ‘skiping’ London. Itulah watak ikonik Siti Tanjung Perak dalam filem Bujang Lapok (1957).

Dilahirkan pada tahun 1912 di Pulau Wali Besar, Sulawesi dengan nama Siti Sundari binti Samad. Dia kemudiannya membesar di daerah Banten. Pada tahun 1927, selepas menonton sebuah pementasan bangsawan Siti mula tertarik untuk masuk ke dalam bidang lakonan.

Pada mulanya, Siti agak takut untuk ikut rombongan bangsawan kerana orang kampungnya waktu itu konservatif sikit. Mereka tak izinkan anak-anak mereka, lebih-lebih lagi anak gadis untuk jadi orang seni. Alasan yang biasa kita dengar: kerja itu tidak bermoral.

Oleh sebab minat yang mendalam, Siti memberanikan diri untuk meminta izin dan akhirnya dia mendapat restu dari kaum keluarganya. Bermulalah episodnya sebagai anak wayang pada usia 15 tahun.

Pada mulanya Siti hanya menjadi pelakon tambahan. Kemudian dinaik taraf sebagai pelakon pembantu dan kemudiannya menjadi penyanyi. Ini gambar pada tahun 1935 ketika Siti di pentas bangsawan. Umurnya baru 23 tahun. Comel je.

Waktu inilah Siti selalu diminta untuk menyanyikan sebuah lagu klasik Indonesia berjudul “Tanjung Perak”. Lama kelamaan, dia digelar sebagai Siti Tanjung Perak. Nama itu terus melekat sehingga ke akhir hayatnya.

Semasa di pentas bangsawan, Siti terkenal sebagai pelakon bangsawan yang cantik pada sehingga dia menerima gelaran Seri Panggung. Seri Panggung ni kira level heroin filem lah sekarang ni. Kalau hero dipanggil Orang Muda.

Suami pertama beliau bernama M. Taib, seorang pemain seksofon yang bersamanya di pentas bangsawan. Tapi jodoh mereka tak panjang sebab suaminya terkorban sewaktu Perang Dunia Kedua.

Selepas beberapa tahun menjanda, Siti Tanjung Perak telah mendirikan rumahtangga dengan Abdul Ghani, seorang anggota polis.

Siti Tanjung Perak melangkah ke dunia filem pada tahun 1947, menerusi filem Seruan Merdeka terbitan Malayan Art Production. Filem ini mengisahkan seorang nasionalis Melayu menentang penjajahan Jepun.

Pada tahun yang sama Siti Tanjung Perak berhijrah ke studio Jalan Ampas dengan mengikat kontrak selama tiga tahun. Filem pertamanya di studio Jalan Ampas berjudul Singapura Di Waktu Malam arahan B.S. Rajhans.

Tahun demi tahun dia semakin banyak mendapat tawaran berlakon bersama pelakon-pelakon handalan yang lain antaranya P. Ramlee, Siput Sarawak dan S. Roomai Noor. Setiap tiga tahun kontraknya akan disambung kerana prestasi lakonannya sentiasa memuaskan.

Antara watak yang menjadi ‘trademark’ kepada Siti Tanjung Perak ialah ibu yang garang. Lebih kurang macam watak Mak Dara la, jenis garang tak boleh bawa bincang punya.

Populariti Siti Tanjung Perak menjulang tinggi selepas dia berjaya membawa satu watak dalam filem Bujang Lapok sebagai mak kepada Zaiton. Dah la garang, duit hantaran pun dia pau sampai seribu serba satu. Rabak poket abang Sudin.

Setelah kontraknya di studio Jalan Ampas tamat, Mak Iti (nama timangannya) berhijrah ke studio Cathay Keris dengan tawaran gaji yang lebih baik. Kalau di studio Jalan Ampas dulu, gajinya sekitar $90 sebulan. Di Cathay Keris gajinya naik sekitar $200 sebulan tidak termasuk bonus.

Sebagai seorang pelakon, Mak Iti sememangnya memiliki bakat yang serba boleh. Berilah apa sahaja watak, daripada watak sekejam-kejam manusia sampai ke watak penyayang, semua dia boleh tapau. Takda hal punya.

Di Cathay Keris, filem Mak Iti yang paling meninggalkan kesan kepada penonton ialah Bawang Puteh Bawang Merah dan Rumah Itu Dunia Aku. Teruk dia kerjakan Latifah Omar dalam dua filem tu. Betul-betul real dia bagi. Kalau tak percaya pergi tonton.

Siti Tanjung Perak telah berlakon dalam lebih 50 buah filem sepanjang kariernya. Lepas studio Cathay Keris ditutup pada tahun 1973, Mak Iti sesekali berlakon dalam drama tv di Singapura.

Filem-filem lakonan Siti Tanjong Perak

Tak lama lepas tu Mak Iti bersara daripada dunia lakonan. Kata Mak Iti: “Susah berlakon drama tv, segalanya kena ikut skrip. Kita dulu lain, tak pernah pakai skrip segala”. Mungkin susah nak improvise skrip yang diajar sebab waktu ni pun usianya sudah 60 tahun.

Selepas bersara daripada berlakon, Siti Tanjung Perak tak berapa gemar tengok filem yang dilakonkannya dulu, lebih-lebih lagi kalau dalam filem tu dia pegang watak jahat. “Enggak enak tengok saya jadi jahat. Kadang-kadang fikir sendiri kenapalah aku ahu jadi jahat dulu!”

Siti Tanjung Perak turut hadir di Melaka sempena Festival Filem Malaysia ke-7 pada tahun 1987. Umurnya waktu itu 75 tahun. Mak Iti sempat bertemu rakan-rakannya yang masih ada ketika itu, termasuklah Aini Jasmin. 5 kemudian Mak Iti meninggal dunia di Singapura pada 6 Ogos 1992.

Tamat ringkasan kisah hidup Siti Tanjung Perak. Terima kasih kerana sudi membaca 🙏🏼

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling