Sorry lambat. Saya cuba terangkan dari sudut laut, geo-petrochem dan macam mana boleh terbakar dan padam.
Ni ialah kebocoran pipeline system dari salah satu pelantar minyak Pemex (Petroleos Mexicanos) iaitu Ku Maloob Zaap, sedalam 100m laut.
Pemex ni macam Petronas.
1. Struktur laut
Secara asasnya, laut ada banyak bahagian. Tapi saya nak sentuh dua ja iaitu, shallow-water dan deep-water region.
Bawah kerak bumi, ada minyak mentah (crude oil) dan gas asli (natural gas) hasil daripada mendapan hidupan organik bertahun.
Kapal yang sedut minyak dipanggil FPSO (Floating Production Storage and Offloading) ship.
Dekat deep-water region, depa drill dan extract minyak dari bawah tanah direct terus ke kapal dan simpan di pelantar minyak.
Tapi shallow-water region, depa install pipeline system sebab dekat dengan on-shore.
Depa drill, extract dan transport minyak melalui pipeline di dasar laut.
Ni ilustrasi Ku Maloob Zaap, menggunakan pipeline system sebab dekat dengan darat, sejauh 105km dari Tobasco, Mexico.
Depa hantar orang untuk masuk dalam laut dalam pasang pipeline ni. Ni antara kerja paling hardcore.
Housemate saya kerja as CMMS engineer untuk navigate dan monitor safety kapal kapal FPSO ni, tapi bukan under Pemex.
As time pass by, daily maintenance is required. Sebab di dasar laut, tekanan air tinggi, air lebih sejuk (4 celcius) dan lebih tumpat. Pipeline lebih senang karat dan antara faktor boleh bocor.
Yang senang bocor ialah natural gas. Sebab dia ialah low molecular weight compounds.
Antara komponen Volatile Organic Compound (VOC) dalam natural gas ialah methane dan ethane.
Bawah laut, tekanan tinggi.
Bila bocor, akan ada geseran.
Geseran hasilkan haba.
Haba akan nyalakan api.
Sekali terbakar, dia akan hasilkan chain reaction.
Api dia besar dan unstoppable.
2. Boleh ka api nyala dalam air.
Jawapan dia tak boleh.
Tapi natural gas tu akan naik atas ke permukaan laut sebab dia gas, kurang tumpat. Haba dari bawah akan radiate ke minyak di permukaan laut dan ignite api.
Sebab tu boleh terjadinya api atas laut.
Tak boleh padam api yang terjadi akibat pembakaran minyak.
Sebab minyak akan terapung atas air. Bila siram air banyak mana sekalipun, air akan turun bawah minyak.
Kebakaran minyak ialah kebakaran paling bahaya sebab lawan dia bukan air.
Cara untuk padam api atas laut ialah guna liquid nitrogen, sejenjs Cryogenic molecule.
Cryogenic bermaksud mempunyai freezing point yang sangat rendah.
Freezing point Nitrogen, N2 ialah -210 celcius. Sejuk gila. Dia akan bekukan almost semua material.
Yang depa sembur ni liquid Nitrogen.
Dia akan bekukan terus api below ignition point of methane. Ambik masa 5 jam jugak la.
Kalal yang hujung kiri tu bukan tak function, tapi dia elak api dari merebak. Ni nama dia heat radius control.
Btw, tu bukan kapal malaysia.
Harga 1 tong nitrogen ialah RM40,000.
Bayangkan berapa ton depa pakai.
Boss Pemex, Patron Octavio Romero cakap ni insiden teknikal dan banyak faktor lain yang terlibat contohnya earth tectonic shift and tidal wave.
Atau kita just boleh assume spongebob punca. Haha
Haa tu la cerita dia. Boleh save dan baca thread ni sebelum tidur. Sebab dia macam dalam movie Deep Water Horizon.
Akhir sekali, semoga Petronas terus maju dan dielakkan dari insiden sebegini.
Enjoy the read !
Btw, I’m just a person in the field of organic chemistry, involved in consultation work with some oil and gas company. Nothing much.
Kalau ada apa apa benda pasal kimia, tag ja kay !
Take care.
Pembetulan untuk tweet ke-3 saya, tertukar teknikal FPSO dengan oil rig.
Oil rig extract crude oil
FPSO simpan atau transport.
Sowy semua tak perasan. And thanks !
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.