Hari ni kita cerita pasal Wahid Satay, pelawak dari studio Cathay Keris. Walaupun tak pernah berlakon dengan P. Ramlee, beliau tetap menjadi seorang pelawak yang dikagumi dan ada legasi yang tersendiri.
(Bebenang)
Mungkin ramai di kalangan kita tidak mengenali individu yang bernama Abdul Wahid bin Ahmad. Namun, apabila disebut nama 'Wahid Satay', pasti kita akan terbayangkan lawak jenakanya di layar perak.
Wahid Satay dilahirkan di Inderagiri, Riau, Sumatera pada tahun 1930. Ketika masih kecil, dia mengikut ibu bapanya berhijrah ke Singapura untuk membina penghidupan yang lebih baik.
Di Singapura, Wahid mendapat pendidikan di sekolah Melayu sehingga darjah tujuh. Kalau tak silap, darjah tujuh sekolah Melayu ni sama level dengan PMR/PT3 sekarang. Kalau tak silaplah.
Habis sekolah, Wahid Satay bekerja sebagai kelasi kapal dari tahun 1945 sehingga awal 1954. Waktu ni Wahid Satay dah keliling dunia sampai ke London, New York dan Hawaii.
Awal tahun 1954, Wahid Satay balik ke Singapura untuk mencari pekerjaan baharu. Satu hari dia cuba mohon kerja di studio Cathay Keris. Cathay Keris masa tu baru setahun beroperasi, jadi tenaga kerja masih tak ramai. Oleh sebab Wahid Satay ni pandai melukis, dia diterima bekerja.
Pada awalnya, Wahid Satay banyak tolong Art Director untuk melukis dan buat set untuk penggambaran filem. Nak dijadikan cerita, ada satu hari Wahid Satay kena petik jadi pelakon extra dalam filem berjudul Pertarohan (1954) arahan L. Krishnan.
Wahid Satay kena berlakon jadi salah seorang konco watak crook. Dalam filem tu dia kena buat beberapa aksi pergaduhan dan of course dia la yang kena lipat dalam babak tu.
Namanya mula dikenali selepas membintangi filem Pontianak pada tahun 1957. Dalam filem tu Wahid pegang watak sebagai Wak Satay. Kira watak 'comic relief' juga la dia bawa sebab ini filem seram.
Oleh kerana wataknya itu berjaya memikat hati para penonton maka sehingga kini beliau dikenali dengan nama Wahid Satay atau S.M. Wahid.
Menurut Pak Wahid, S.M. tu singkatan kepada 'Semangat Muda' atau 'Satay Man'.
Populariti Wahid Satay semakin menjulang tinggi pada penghujung tahun 1950-an sehingga awal 1960-an. Dia sering diberi peranan utama dalam filem-filem terbitan Cathay Keris seperti Satay (1958), Rasa Sayang -Eh (1959), Che Mamat Parang Tumpol (1960) dan Badang (1962).
Wahid Satay pernah diberi gelaran “JERRY LEWIS OF MALAYA” kerana gaya lakonan serta mimik mukanya mirip dengan pelawak tu. Dia juga boleh dianggap sebagai 'poster boy' Cathay Keris kerana sering menjadi tumpuan wartawan dan peminat yang melawat studio.
Pada tahun 1961, filem Che Mamat Parang Tumpol lakonan Wahid Satay telah memenangi anugerah Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Asia ke-8 yang diadakan di Manila. Ia merupakan kejayaan terbesar Wahid Satay sepanjang menjadi bintang filem.
Kalau ada majlis rasmi Cathay Keris, Wahid Satay akan jadi penghiburnya. Dia juga pernah dihantar ke Festival Filem Asia 1963 untuk jadi wakil studio Cathay Keris sebagai delegasi Malaya/Singapura.
Dari kiri: Rahmah Ali, Wahid Satay, Roseyatimah, Hussain Haniff & Latifah Omar
Filem-filem lakonan Wahid Satay
Wahid Satay kini berusia 91 tahun dan menetap bersama keluarganya di Singapura. Didoakan agar beliau sentiasa diberi kesihatan yang baik serta bahagia di samping keluarga tercinta.
Saya berpeluang jumpa Pak Wahid Satay pada tahun 2019. Dia masih steady. Waktu saya interview ni pun dia masih ingat lagi kisah-kisah di zaman kegemilangannya dulu. Saya jadi excited bila dapat jumpa dengan legend ni 🙏🏼😂
Tamat ringkasan kisah hidup Wahid Satay. Bebenang ini adalah permintaan daripada @Brijtalk @nafisnba. Enjoy!
Terima kasih sebab sudi baca 🙏🏼
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.