Kenapa nak derma ke NGO kalau kita boleh derma terus pada yang memerlukan?
Soalan yang valid sebenarnya. Tapi saya nak tanya balik, sanggup ke memandu sejam setengah di jalan lengang macam ni masuk kawasan pedalaman untuk hantar bantuan pada yang memerlukan?
Ini thread.
Sepanjang saya & @MySolidaritas buat projek #BakulSolidaritas, bermacam jenis permintaan kami terima.
Ini contoh. Adik ipar mohon bantuan utk kakak ipar yg tinggal sorang tiada anak & suaminya pula dlm penjara.
Lagi rumit, kakak ipar ada barah rahim. High risk tak boleh keluar.
Jadi dia terputus bekalan barang asas. Kalau transfer duit pun sukar, sbb tiada pengangkutan & high risk utk dia keluar rumah time Covid-19.
Nak harapkan jiran boleh, tapi selalu sgt pun leceh juga. Dan mcm perbualan kami, sebab PKP adik beradik tak dapat nak rentas negeri.
Di sini peranan NGO utk bantu. Jadi saya start kereta, beli barang & pandu sejam setengah ke lokasi hantar bantuan. Siap sesat, berhenti call tanya adik ipar & tanya penjual pisang goreng sambil beli kudapan juga.
Syukur jumpa juga rumah akhirnya utk serah #BakulSolidaritas
Kepuasan pastilah bila dah serah bantuan & maklumkan kembali pada adik ipar yg berterima kasih sangat2.
Semua barangan ini hasil derma orang awam spt sudara-sudari. Tugas saya sbg wakil NGO adalah tukang sampaikan pada penerima bantuan.
Rakyat, jaga rakyat.
Maksud saya dari kisah ni, individu & NGO masing2 ada peranan utk bantu sesama manusia.
Cuma sbg individu, ada batasan sendiri spt komitmen, kos, logistik, masa dsbnya.
Kat sini NGO masuk utk main peranan. Sebab dah ini mmg kerja sesetengah NGO.
Bukanlah maksud saya semua derma bagi ke NGO.
Sebaiknya sbg individu, sudara-sudari bantu yg terdekat dgn anda. Ahli keluarga, rakan atau jiran.
Kalau ada RM100 cthnya, mungkin RM80 bantu jiran & selebihnya RM20 derma ke NGO.
RM20 tadi, akan pergi kpd mereka yg jauh dari kita
Menjawab balik persoalan "kenapa nak derma ke NGO kalau kita boleh derma terus pada yang memerlukan?"
Jawapan saya, ya udah derma je direct pada yg memerlukan. Tapi kalau ada duit lebih atau takde masa nak bagi bantuan sendiri, dermalah ke NGO.
Kami sampaikan bagi pihak anda.
IKLAN
Dan inilah yg kami buat melalui #BakulSolidaritas, bantuan barangan dapur, penjagaan diri dan keperluan anak kepada mereka yang dalam kesusahan.
Kalau nak turut menyumbang, boleh derma ke akaun tertera di poster.
Terima kasih kerana baca sampai sini. Mohon RT 🤟
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.