SURPRISE BOX CHOCOLATE🔥🎁 Profile picture
TRUSTED SELLER 💯! TOP service for Surprise Box!🔥 CUSTOMIZE BOX available here 💝 | RM4.60 postage fee 🚚 | Custom box can whatsapp! Link below ⤵️📱

Jul 22, 2021, 39 tweets

Thread ni khas untuk pelajar yg akan masuk ke alam Universiti! I akan share apa yg akan membantu korang sepanjang study life 📚

Freshman Edition!

1. Laptop

Kalau masuk study mesti kena ada laptop untuk study. Kalau takde laptop 💻 boleh guna pc. Bawa la pegi uni korang. Make sure pc or laptop korang tu tak lagging sangat.

2. Pandai urus timetable study

Kalau korang kena buat jadual sendiri, I suggest supaya ambil masa gap antara subject. Kalau takde gap pun at least jangan back-to-back kelas. Nanti otak letih. Tapi kalau rasa boleh carry jadual macam tu, boleh teruskan.

3. Sci-hub

Kalau korang jumpa article journal tapi kena bayar untuk dapatkan full access, boleh guna sci hub. Search je kat google. Benda ni free je. Tapi tak semua website dia boleh unlock.

4. Google Scholar

Kalau tak jumpa article journal yg berkaitan, boleh guna goolge scholar yg memang khas untuk search title research. Plus! Korang kena pandai cari keyword!

5. Mendeley

Siapa yg tak reti nak cite citation, boleh guna mendeley. Nak mahir cara guna ni boleh tengok kat youtube sbb simple nak guna.

6. Google Docs

Kan banyak kena buat assignment kumpulan tapi semua kawan kat rumah sendiri, so gunakan google docs untuk kawan nampak semua kerja yg perlu dibuat. Takyah nak send as words kat whatsapp. Yg ni jimat masa!

7. Kain Hijau

Boleh digunakan sebagai green screen. Kenapa? Nanti senang nak buat video untuk presentation atau any video work. Senang nak remove background. Trust me it will help you alot!

8. Green Screen Apps

Kalau nak guna aplikasi kat phone, boleh guna instagram sbb dia ada function green screen tapi timing dia agak singkat. Tiktok pun ada green screen dan terus letak gambar apa nak kat belakang.

9. Edit Video

Alam uni kau kena tahu pasal edit video! Sejak covid melanda, banyak assignment melibatkan video. Jadi korang kena tahu mcm mana nak edit video!

Ni antara apps yg I guna sepanjang online class!

10. Microphone

Kalau rasa nak dengar suara lagi jelas better beli microphone. Kadang2 kita record letak camera jauh tapi bila cakap tak dengar pun suara. So, belilah satu mic untuk memudahkan kerja nanti.

Ni yg saya pakai. Beli kat shopee je. Ada gak mic yg bawah RM20

11. Voice Record

Tak nak beli mic? Just guna voice over je dalam video tu. Tapi kalau jenis memang kena cakap directly thru camera I tak recommend untuk voice record. Melainkan korang pandai edit nanti. Sbb ada lecturer ni particular hal ni. Eg: multimedia courses

12. Turnitin

Aplikasi plagiat ni famous semua Universiti. So, korang kena make sure check plagiarism berapa %. Boleh check plagiat kat online website. Tapi boleh juga beli kat shopee then suruh dorang check kan sekali!

13. Grammarly

Apps ni tak ramai student guna. I suggest supaya korang beli ni dan gunakan dalam words korang. Apps ni boleh check plagiat juga! Tapi tak strict mcm turnitin la~ pastu dia boleh check grammar korang sekali! Berbaloi!

14. Games!

Ramai student lupa nak release stress setiap kali lepas study dan buat assignment. Korang kena ada satu game dalam fon (at least) supaya otak kita dapat berehat. Nak beli board games pun boleh tak jd masalah. Nak bersukan? Buatlah apa pun asalkan tenangkan minda!

15. Record Video

Ni penting! Kalau korang takde camera at least ada telefon yg boleh record video pun dah ok! Benda ni penting taw sbb banyak assignment melibatkan record video! Tak perlu phone mahal. Asalkan dia boleh record dan mic function dah ok 👍🏻

16. Top Universiti Malaysia

Kalau korang dapat antara top ranking Universiti, pergilah! Jangan tolak. Rugi nanti. And siapa yg cuba tolak, kalau next permohonan susah nak dapat balik Universiti yg sama.

17. Part Time Job

Siapa yg nak cari kerja part time, boleh try dalam kampus (if korg balik uni) byk kedai nak pekerja student je sbb masa flexible. Or korang buat je business sendiri (Siapa yg ada modal) but pastikan pandai urus masa!

18. Jangan Percaya Senior

Kes ni jd kat I sendiri mengenai transfer credit! Ada senior kata my old uni tak layak transfer credit. So I pun tak try la transfer and suddenly my junior yg baru masuk elok je dpt transfer. Tak pasal I kena study benda sama 😂

19. Screen Record

Kalau korang yg jenis susah nak faham atau slow learner, boleh record sepanjang kelas tu berlangsung. Guna je apps screen recorder yg ada kat laptop 💻 atau guna phone dan record audio sepanjang lecturer mengajar!

20. Email Student

Lepas dah dapat email student (@.edu.my) korang boleh gunakan untuk sign in free Microsoft Office dan email tu juga boleh guna untuk log in macam2 apps yg support Universiti access taw 😱😱

21. Diskaun Pelajar

Gunakan kad matrik pelajar korang untuk dapatkan diskaun. Ada kedai yg bagi potongan harga kalau anda student. Tanya kedai atau baca kalau ada “student discount”.

22. Nasi Bujang

Kalau korang kekurangan duit or nak jimat, try order nasi bujang. Kalau kat kolej biasanya nasi bujan dalam RM2.50 hingga RM3 je. Tapi tanya dulu berapa harga sbb harga dia maybe berbeza ikut kawasan 🙂

23. Nasi Lauk

Okay nasi berlauk ni jimat gak. Korang boleh asingkan nasi dan lauk. Pastu boleh jadikan makanan tengah hari dan malam. Jimat duit. Ambil la nasi untuk dua kali makan. Serious jimat weh

24. Due Date Assignment

Pastikan bila tarikh dan masa dekat portal. Sebab ada lecturer dia cakap je submit 27/12 tapi bila tengok dekat masa dia setting 12:00am. Korang rasa bila kena submit?

Good luck 😉

25. SpecLaptop

Pastikan jangan buat benda yg boleh membuatkan laptop korg rosak. Jangan install games or any apps yg boleh menyebabkan laptop berat dan lagging. Check spec laptop or pc anda sebelum nak install pape.

Jangan buka websites pelik 😇

26. Concentration Music

Kalau masa buat kerja dan susah nak fokus, boleh buka kat youtube dan search concentration music. Banyak music dan duration dia panjang. Cuba korang try dengar music macam ni. Sepanjang study ni mmg benda ni bantu untuk fokus buat kerja.

27. Group @ Solo Assignment

If korang dpt team yg susah bawa bincang and seen in ws, buatlah solo (kalau ada option buat individual). Tapi ikut kemampuan korg. Kalau solo susah, buatlah group. Ada pros and cons ~

28. Group Work

Kalau dapat team yg kurang function, nak tak nak korang kena start bahagikan tugas so that korang nampak flow untuk kerja tu. Pastikan semua org ambik part masing2. Jangan biarkan ada yg dpt markah free ye!

29. ALERT IN WHATSAPP GROUP!

Sejak study online, semua org akan main fon. So nanti korang kena alert any group dgn lecturer, group assignment and so on. Kalau ada team yg tak seen “alert” mereka. Bagi mereka sedar ttg kerja yg diberikan.

30. Jangan BAIK SANGAT

Kalau ada kawan yg tak siap kerja, korang jangan bagi jawapan korang. Instead guide dia macam mana dia nak jawab soalan tu! Jangan bagi jawapan kau! If kau guide dan dia ikut, means dia mmg nak buat kerja tu but if sebaliknya, faham sendiri laa~

31. Buat Whatsapp Group dgn DIRI SENDIRI

Kalau nak senang nampak kerja, cuba korang buat 1 group between kau je. Then kau pin ws tu.. Lepastu, bila ada kerja from group ws kelas, korang boleh forward kat dalam group yg ada kau je... Seriously sgt membantu!

32. PTPTN

Duit PTPTN jangan join MLM or melabur dekat benda tak patut. Pentingkan benda yg perlu dulu. Contoh, beli kertas A4 or ink printer. You will use it a lot soon! Jangan membazir or fall to scam!

33. NO Need to Flex

If only korang ada duit lebih and I mean like BANYAK GILA baru korang boleh melabur dekat benda lain. Kalau nak beli ipad then go. But trust me if kena pilih laptop or ipad, buy laptop first! Priorities your needs!

34. Alert Siapa Free Rider

Korang kena make sure siapa antara dalam group kau yg suka free ride. Semua benda tak reti buat. Alasan! Benda boleh belajar. Bukannya cakap “aku tak pandai”. Kalau boleh korg mark nama dia and jangan join group dia for next sem! Hafal je no. matric!

35. Install Apps kat Fon

For new student, jimat space untuk install apps yg akan digunakan oleh uni korg. My uni guna scan attendance sendiri and webex for online class, so make sure dua apps ni ada dalam fon korang 😇

36. New Laptop

Kalau korg nak beli laptop baru, better cari ram 4gb ke atas dan generation yg latest. Jangan beli laptop yg old gen sbb nanti ada masalah lagging 😌 laptop nak pakai lama 💻

37. Quillbot

Function benda tu untuk “rephrase” or “tukar ayat” yg kau copy paste from google. Tapi kena ingat, turnitin tahu kau ambil dari mana. So, lepas dah rephrase tolong adjust ayat bagi lain sikit. Kalau tak 20% tak lari untuk plagiat ~ 😚

38. Teleprompter

Function untuk senang korang baca text but tak nampak sangat mcm membaca. I byk kali record guna fon and guna prompter kat laptop. Search je free teleprompter kat google. Thanks me later. Nak guna fon terus boleh gak but I tak suka sgt. Fon cpt habis bateri.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling