Ayman Rashdan Wong Profile picture
"Realist in an idealistic world"

Jul 26, 2021, 7 tweets

Nak faham feudalisme, boleh tonton Game of Thrones. Ia basically sistem politik di mana raja tak ada direct control ke atas rakyat ("subject") dia. Nak duit, nak tentera, kena tanya bangsawan ("lords") dulu.

Dalam Politik Untuk Pemula pun aku ada terangkan.

Dalam GOT, raja tak ada kuasa mutlak. Tiada "standing army" yang berkhidmat untuk negara. Pengaruh raja hanya terhad ke ibu negara.

Kalau raja nak berperang, dia kena tanya "lord" ini, "lord" itu untuk "raise army". Sampai Joffrey rasa leceh dan nak buat standing army sendiri.

Sistem ini diamalkan di Eropah sekitar 500-1500, di China pada Dinasti Zhou (1046-256 SM), di Jepun semasa Keshogunan Tokugawa (1603-1868).

Zaman Tokugawa, Maharaja Jepun tak ada kuasa, sebaliknya kuasa di tangan Shogun yang disokong bangsawan2 (daimyo) yang disokong samurai.

Samurai tak bertaat setia kepada maharaja, sebaliknya kepada daimyo yang pegang tanah.

Sehingga adanya gerakan Ōsei Fukko (王政復古) atau "Restoration of Imperial Rule", baru kuasa shogun/daimyo dimansuhkan. Kuasa dikembalikan kepada maharaja bermula 1868.

Pemusatan kuasa di tangan maharaja membawa pemodenan di Jepun (Meiji Reformation), begitu juga di Eropah. Eropah mula maju selepas berlaku pemusatan kuasa. Sebab raja guna kuasa mencukai untuk menambah duit kerajaan, yang diguna untuk peperangan dan pembangunan.

Dalam perbahasan sains politik, istilah "neo-feudal" diguna untuk merujuk kepada fenomena politik moden yang ada ciri-ciri feudal. Kerajaan pusat tidak lagi mempunyai kuasa mutlak, sebaliknya "bangsawan" baharu menjadi penghadang antara kerajaan dan rakyat.

Disebabkan feudalisme dikaitkan dengan zaman pertengahan (500-1500) Eropah yang bersinonim dengan kemunduran, orang suka pakai istilah "feudal" untuk apa-apa yang dianggap kuno, kolot. Tapi itu dah lari dari maksud asal "feudal".

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling