"An investment in knowledge pays the best interest," - Benjamin Franklin.
Jadi, jom kita tingkatkan knowledge kita dalam Return of Investment (ROI) demi interest yang terbaik!
Post kali ni adalah tentang cara nak kira dan analisis Return of Investment (ROI) 🚀🚀🚀
Investment ada banyak jenis, tapi bagi business owners, mostly investment yang berkaitan adalah untuk buat marketing dan branding.
ROI adalah metrik yang ramai orang guna untuk check untung dan rugi sesuatu pelaburan yang kita buat.
Metrik ni akan check berbaloi atau tak kos yang kita laburkan dengan apa yang kita akan dapat.
Dalam bisnes, metrik macam ROI, cash flow dan yang berkaitan dengan duit memang semua penting, jadi, memang patut kita semua belajar basic berkaitan ROI.
Untuk kira ROI, ada dua cara.
#1 ROI = (Net Return of Investment ÷ Cost of Investment ) x 100%
#2 ROI = ((Final Value of Investment - Initial Values of Investment) ÷ Cost of Investment) x 100%
Sebelum kita tahu ROI, ada beberapa benda perlu ingat. ROI selalu dalam bentuk peratus, sebab lebih mudah nak faham dan lagi satu, ROI boleh jadi dalam bentuk positif (+) dan negatif (-).
Bila ROI dalam bentuk positif, maksudnya return lebih besar dari kos. Kiranya untung. Tapi, bila kira-kira ROI dan nombor yang keluar tu negatif, maksudnya return kurang daripada kos. Bermaksud situ rugi.
Contoh, kita beli 1,000 saham syarikat XYZ, RM10 satu saham. Setahun lepas tu, kita jual semua saham tu RM13 satu saham.
Dan selama setahun kita pegang saham, dividen sebanyak RM500. Dan kita ada spent sebanyak RM123 untuk komisen beli dan jual saham tersebut.
Jadi, kiraan ROI tu akan nampak macam ni;
ROI = ([(RM13 - RM10 ) x 1000 + RM500 - RM123] ÷ (RM10 x 1000)) x 100 = 41.31%
Dan kiraan ROI ni ada kebaikan dan kekurangan juga. Yang baiknya, senang nak kira dan metrik ni senang kita nak track dalam bisnes.
Sebabkan kiraan yang simple, kiraan ni universal bagi banyak bisnes kira untung atau rugi, dan tak senang salah faham sebab peratus tu sama dalam semua konteks.
Taaapi, untuk kekurangan pula, ROI ni tiada masukkan faktor masa. Contohnya kalau ada ROI 14% dan 25%, mesti kita terus rasa 25% lagi banyak. Cuma mungkin 14% ROI tu untuk setahun, tapi yang 25% ROI tu untuk 5 tahun.
Bila masuk faktor masa macam ni, baru nampak yang 14% ROI dalam setahun lagi elok berbanding 25% ROI dalam 5 tahun (5% saja ROI setahun).
Macam di website omnicalculator.com/finance/roi, mereka siap bantu kita kira ROI, annualized ROI pun ada! Annualized ROI ni adalah untung rugi tahunan, bagus kita guna untuk buat bajet awal tahun.
ROI ni juga hanya fokus pada keuntungan atau kerugian dari segi kewangan. Kiraan ROI takkan masukkan faktor macam risiko dan kebaikan sosial atau alam sekitar.
Tapi, secara keseluruhannya, ROI adalah metrik yang digunakan secara universal untuk track keadaan investment kita, sama ada invest saham ke, invest untuk bisnes ke diri sendiri ke.
Jadi, jom sama-sama manfaatkan metrik ni bila dah tahu. Barulah boleh tengok berbaloi atau tak kita invest banyak pada marketing 🤩 Kalau taknak kira ROI sendiri pun boleh, jom hubungi Monocal dan Monocal akan kirakan untuk anda!
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.