Anda pernah terfikir tak, filem Melayu apa yang ditayangkan pada 31 Ogos 1957? 🤔
Jawapannya ialah Dendam Pontianak. Orang dulu sambut merdeka dengan tonton filem seram!
Dendam Pontianak merupakan sekuel kepada filem Pontianak yang juga ditayangkan pada tahun 1957. Ia dilakonkan oleh Maria Menado, Mustapha Maarof, Salmah Ahmad dll. Cerita siri 'Pontianak' ini ditulis oleh suami Maria Menado sendiri iaitu A. Razak dan diarahkan oleh B.N. Rao.
Semasa filem Dendam Pontianak sedang diselenggarakan, ia dilaporkan sebagai "Filem hantu yang paling hebat sekali dalam dunia filem Melayu ini" dalam akhbar Berita Harian bertarikh 26 Julai 1957.
Kedua filem Pontianak dan Dendam Pontianak ini mendapat kutipan box office ketika ditayangkan. Salah satu faktornya ialah waktu tayangan yang tepat. Pontianak tayang pada hari raya puasa, Dendam Pontianak pula tayang pada hari kemerdekaan.
Baik punya strategi.
Tahun berikutnya, filem Sumpah Pontianak pula dibuat untuk melengkapkan trilogi Pontianak ini. Ia ditayangkan semasa hari raya puasa tahun 1958. Lebih istimewa, filem ini dibuat dalam bentuk Cathayscope (penjenamaan semula Cinemascope).
Cinemascope ni apa pula? Secara ringkasnya, ia adalah satu sistem layar lebar yang memberi lebih kepuasan ketika menonton di pawagam.
Malangnya, dua daripada tiga filem dari trilogi ini telah dikategorikan sebagai filem yang hilang (lost film) kerana salinan asalnya telah dibuang ke dalam Sungai Gombak oleh Ho Ah Loke, salah seorang pemilik studio Cathay Keris.
Kenapa filem ini dibuang? Ada beberapa versi cerita. Yang paling logik: Sekitar tahun 60-an, Ho Ah Loke buang sebab tak sanggup tanggung kos simpan salinan2 filem di rumahnya kerana ia makan ruang yang luas dan kena pasang aircond 24 jam. Kalau tak, salinan2 filem tu akan rosak.
Filem-filem tu pun dah tak ditayangkan di pawagam. Jadi Ho Ah Loke ambil keputusan untuk buang saja salinan2 filem yang ada dalam simpanannya daripada menanggung kos yang tinggi. Dianggarkan sebanyak 25 buah judul filem Melayu dibuang ke dasar Sungai Gombak dalam peristiwa itu 🤦🏼♂️
Tindakan Ho Ah Loke tu mungkin dapat selesaikan masalah yang dihadapinya. Tapi bagi kita semua, ia adalah satu tragedi yang melenyapkan bahan sejarah yang amat bernilai dalam sejarah perfileman Melayu.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.