Rhys Ar🔻nika Profile picture
ڤمبرونتقن کڤد ڤارا ڤنظاليم اداله کطاعتن کڤد توهن Pemberontakan Kepada Para Penzalim Adalah Ketaatan Kepada Tuhan

Aug 5, 2021, 8 tweets

Peristiwa Hari Ini

Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

05 Ogos 1957 - Perjanjian ini ditandatangani di antara Raja-raja dengan wakil Baginda Queen Elizabeth, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray di King’s House, Kuala Lumpur.

#Merdeka

15 penandatangan utama, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, 8 orang Raja-raja Melayu, Tengku Mahkota Johor dan 5 orang Pembesar dari Negeri Sembilan beserta saksi telah menandatangani perjanjian menggunakan pena khas bertulis Federation of Malaya Agreement 1957.

Perjanjian ini telah ditandatangani dalam 40 salinan, 20 dalam Bahasa Melayu (Tulisan Jawi) dan 20 lagi dalam Bahasa Inggeris. Dua salinan daripada perjanjian itu dihantar kepada kerajaan British, sementara dua lagi disimpan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Satu salinan setiap satu (Bahasa Melayu dan Inggeris) dihantar kepada setiap negeri termasuk Melaka dan Pulau Pinang, sementara untuk Negeri Sembilan diserahkan enam salinan.

Menurut Artikel 3, Perjanjian ini menyatakan bahawa mulai daripada 31 Ogos 1957, Negeri-negeri Melayu dan Selat akan tertubuh menjadi satu Persekutuan Baru Melayu yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu, atau dalam bahasa Inggerisnya, The Federation of Malaya.

Peristiwa Hari Ini

Pemilihan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu

05 Ogos 1957 - Lagu Terang Bulan, Lagu Kebangsaan Negeri Perak telah dipilih sebagai lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

#Merdeka

Pemilihan Lagu Kebangsaan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih Lagu-lagu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman.

4 lagu layak ke peringkat pemilihan akhir. Pemilihan Lagu Terang Bulan dibuat berikutan unsur-unsur kemelayuan dalam Lagu Terang Bulan.

Keputusan pemilihan kemudiannya dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja untuk perkenan dan persetujuan.

Lagu Negaraku buat pertama kalinya diperdengarkan kepada khalayak ramai pada malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling