Rhys Ar🔻nika Profile picture
ڤمبرونتقن کڤد ڤارا ڤنظاليم اداله کطاعتن کڤد توهن Pemberontakan Kepada Para Penzalim Adalah Ketaatan Kepada Tuhan

Aug 12, 2021, 9 tweets

Siapa yang buat cerita berlaku situasi tegang di Laut Malaya (Laut China Selatan)?

Tiada pihak yang bertembung pun, macam mana boleh tegang?

Large Scale Exercise 2021.

Latihan Angkatan Laut Amerika Syarikat yang berlangsung dari 3 Ogos 2021 hingga 16 Ogos 2021.

Tujuannya supaya membolehkan Komander Armada dapat mengendalikan operasi dan formasi armada utama seperti kumpulan serangan kapal induk, kumpulan serangan amfibia dan kumpulan kapal permukaan di serata tempat pada masa yang sama termasuk latihan peperangan siber tentera laut.

China pula telah mengadakan latihan tentera laut selama 5 hari, bermula jumaat lepas, 6 Ogos di kawasan Pulau Hainan berikutan kehadiran kumpulan kapal induk British.

China akan mengadakan latihan tentera darat dan udara bersama Rusia di Ningxia Hui pada 13 Ogos.

Kapal Induk HMS Queen Elizabeth sedang berlabuh di Guam.

Hati-hati dengan maklumat atau berita yang korang terima daripada sumber atau media sosial lain yang tidak bertanggungjawab. Mereka hanya pentingkan populariti dan mencetuskan isu-isu panas terkini.

Mereka ada target, mungkin nak banyakkan views atau followers.

Pihak China, Rusia dan US+sekutu hanya lakukan latihan ketenteraan aka show off force aka cegah rintang. Masing-masing hanya nak tunjuk hebat/kuat.

Setiap tahun memang ada latihan ketenteraan besar-besaran kerana mereka kuasa besar dunia terutamanya dalam ketenteraan.

Perang?

Masing-masing belum bersedia dari segi aset tentera dan ekonomi. Masing-masing ada kebergantungan ekonomi.

Dalam situasi sekarang bukan menang jadi arang, kalah jadi abu tetapi jika yang kalah jadi abu, yang menang pun akan jadi abu.

Negara-negara Asean?

Lebih kepada pemerhati kerana sedar dengan kekuatan yang ada. Lebih baik neutral dan selesaikan secara diplomatik.

Ibarat 2 ekor gajah bergaduh, jangan jadi kancil yang mati ditengah-tengah.

Laut Malaya?

Sebab nama Laut China Selatan la China claim semua kawasan laut tu wilayah dia. Yang duduk Sabah/Sarawak tu jangan trigger sangat. Boleh je kalau korang nak letak nama laut ape pun, Laut Borneo ke ape ke. ✌️

Nah, bagi sikit bukti2 sejarah kat korang, tengok ye. 👇

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling