I observe, I write, I share Profile picture
@501Awani

Aug 17, 2021, 6 tweets

Difahamkan dua mesyuarat politik bakal berlangsung malam ini berhubung isu pemilihan Calon Perdana Menteri Ke-9.

1.Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMMO
2.Mesyuarat Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional

Tiada perincian lanjut buat masa ini.

Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional juga telah tiba di Menara Dato Onn bagi menghadiri mesyuarat khas malam ini. Kelihatan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berjalan masuk. Antara nama-nama yang disebut sebagai calon PM seterusnya.

Turut kelihatan, Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin serta beberapa lagi MP lain. Mesyuarat Ahli-Ahli Parlimen BN dijadual bermula 9.30 malam.

Calon PM: MKT UMNO malam ini putuskan satu nama - Sumber astroawani.com/berita-malaysi…

Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Seorang lagi nama yang turut disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Sharkar Shamsudin maklumkan kepada media, calon Perdana Menteri akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli-ahli Parlimen BN.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling