Selamat pagi dari Menara Dato Onn.
Pagi ini sebilangan besar Ahli-ahli Parlimen UMNO, BN dilihat menaiki bas ke Istana Negara setelah diperkenan untuk mengadap YDP Agong.
Difahamkan ini bagi mengesahkan sokongan mereka terhadap calon PM yang dipilih melalui SD.
Sebelum ini media melaporkan Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional sebagai Perdana Menteri Ke-9.
Bilangan Ahli Dewan Rakyat yang menyokong Naib Presiden UMNO itu dikatakan mencecah 114 orang, melebihi minimum majoriti yang diperlukan yakni 110.
Rakan setugas @RidauddinDaud sedia menunggu pintu dua Istana Negara sementara ketibaan bas-bas yang membawa Ahli-ahli Parlimen UMNO, BN.
Beberapa Ahli Parlimen UMNO dari first batch ke Istana Negara pagi ini, sudah mula kembali ke Menara Dato Onn. Antara yang kelihatan:- TS Shahidan Kassim (Arau) Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) TS Annuar Musa (Ketereh)
Calon PM dari Barisan Nasional DS Ismail Sabri Yaakob mengetuai batch kedua MP BN-UMNO ke Istana Negara.
Turut kelihatan DS Halimah Sadique (Kota Tinggi), DS Dr Adham Baba (Tenggara) serta beberapa MP lain.
“Tiada kenyataan lagi buat masa ini” - @IsmailSabri60 / @501Awani
Sambungan:
“Ini kumpulan ketiga UMNO, BN” - DS Ahmad Maslan (Pontian).
Antara yang kelihatan :
DS Bung Moktar (Kinabatangan)
DS M Saravanan (Tapah)
DS Mahdzir Khalid (Padang Terap)
D Wee Jeck Seng (Tanjung Piai)
@501Awani
[2.50pm] Sebahagian daripada kumpulan kedua Ahli-ahli Parlimen UMNO, BN pulang dari Istana Negara.
#PolitikMalaysia
#PM9
#AWANInews
@501awani
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.